Monday, November 9, 2020

KENALI SAYA

 Assalamualaikum, 

Saya Nurhuda Binti Kassim, berusia 33 tahun pada tahun 2020. 



Saya adalah Senior Partner di dalam perniagaan Tasneem. Saya mula mengenali Tasneem pada tahun ini semasa bulan June ke Julai macam tu. Masa raya Haji pada tahun ini. Anak saya Ainan dan Hadiff seorang yang sukar untuk tidur malam. 

Impian saya ialah anak mudah tidur. Dan saya mendapat me time setiap hari. Suatu hari saya ternampak kawan saya post pasal Tasneem. Dia menggunakan Calm time dan Sleepy Pillow Mist. Calm time di gunakan sebagai balm untuk menambah fokus ketika belajar. Jam ketika itu baru menunjukkan jam 8 mlm. Sejam selepas tu kawan saya spray kan Sleepy Pillow Mist tu ke bantal dan mainan anaknya..

Bila jam masuk jam 9 anaknya dah tidur dengan lena. Keterujaan saya pada masa itu adalah pada tahap maksima. Saya perlu cuba Tasneem. Saya mesej Ekin dan bertanyakan tentang Tasneem. Rm98 untuk dua balm. Satu balm untuk beri rasa tenang. Satu lagi balm untuk Tidur. Ikutkan yang Ekin pakai sleep tu jenis spray. Tapi saya prefer yang balm. Sebab bagi saya balm lagi tahan lama

Adalah di sarankan untuk ambil kedua-dua balm sebab sebelum tidur anak perlu tenang. Terdapat pati Lavendar yang bantu hormon anak untuk lebih tenang dan memberi fokus dalam pelajaran di dalam balm calm time. Sementara di dalam sleep time terdapat pati cedarwood, chamomile dan lain-lain bahan untuk membantu anak mudah tidur dengan lena dan bangun semula dengan mood yang lebih ceria. 

Jom tengok cinta hati pertama saya ni hihi




Selepas sebulan menggunakan Tasneem saya decide untuk join team Tasneem under Master Apheeza Dewi. Bulan pertama saya terus daftar sebagai partner dengan belian bulanan RM 500 iaitu pada bulan Ogos pertengahan. Pada bulan September saya teruskan dengan pangkat Patner. dan buat belian lebih dari RM 2500 untuk layak naik rank Senior Partner. Alhamdullilah mudah. Dan saya masih berusaha hari ini untuk ke rank Leader selewat-lewatnya   Disember 2020. 

Doakan ye. Amin.. 








Sunday, November 8, 2020

Sembelit Di Kalangan Kanak-Kanak

 Pernahkah anak anda sembelit?



    Masalah sembelit selalunya jarang berlaku pada bayi yang menyusu badan secara ekslusif dari ibunya.  Anak saya Ainan Husna menyusu dari bayi hingga setahun 8 bulan memang tiada sembelit. Tapi semasa saya putuskan susu dan bertukar ke susu formula yang pertama, terus sembelit. 


    Terpaksa beri susu formula sebab time tu dah mengandungkan Muhammad Hadiff. Hehe. Kalau tak silap susu pertama yang menyebabkan Ainan sembelit ialah S26. Mengikut sukatan yang di beri setiap ml air sama dengan 1 scoop susu. Ainan memang tak tahan. Sembelit


    Susah nak membuang. Meneran time membuang. Sampai satu tahap Ainan menahan berak sebab dia takut proses sembelit tu kan menyakitkan. Ternyata Ainan tak boleh minum susu lembu. Tukar lah susu kambing. Allahu, cirit birit pula. Panas lah agaknya. Padahal masa tu ibu dah beli sedozen susu kambing. Tak silap susu kambing suffy. Import dari kelantan hihi.


    Lepas minum susu kambing. Elok je memula. Masuk kotak ke 3 terus cirit-birit. Terus ke KPJ Kluang. Admit wad, satu family berkampung kat KPJ haha.. Nasib baik Ainan ada Medical Card :) Lepas admid wad tu doktor terus cadangkan untuk Ainan minum susu soya. So dari hari tu hingga hari ni susu Ainan ialah Dugro Soy. Cerdik cergas bulat je anak ibu tu hahah..


    So berbalik kepada sembelit tu. Memang agak susah nak mencari susu yang sesuai dengan anak kita tau. Kawan saya dia takde rezeki nak menyusukan anak dia dari satu ke satu susu dia tukar. Dari yang murah hingga yang paling mahal sekali.


Tanda-Tanda Bayi Sedang Sembelit


Tapi, nak share solusi ni korang boleh cuba ini untuk kurangkan sembelit anak-anak. 

1.  Bayi yang berumur 6-7 bulan anda boleh anda boleh beri buah-buahan ini sebagai snek 2 hingga 3 kali sehari,tapi hadkan 2-3 oz setiap hidangan. Buah-buahannya seperti Betik, Buah Naga, Avocado, Plum

2.  Beri makanan berasaskan timun (tanpa kulit), labu, butternut dan zuchini (tanpa kulit)

3.  Berikan air kosong 1-3 oz semasa makan. Iaitu sebelum dan selepas makan

4. Elak buah-buahan ini epal dan pisang. Dua buah ni selalunya di cadangkan untuk makan jika cirit-birit.

5.  Elak beras kalau dah start bagi bubur nasi atau nasi , boleh gantikan dengan mix porridge millet quinoa

6.  Elak lobak merah dan kentang. Sebab ia adalah dalam kategori karbo. Sama function dengan nasi. Bila makan dua ni boleh buat sembelit makin teruk,sebab keduanya lambat hadam

7.  Elak dan lambatkan pengambilan ayam, daging, ikan untuk satu bulan lagi. Dapatkan protein dari sumber lain seperti kekacang, millet, quinoa, green peas

8. Gunakan T rub dari Tasneem Naturel. Trub ni berfungsi seperti minyak telon. Ia bantu mengurangkan angin di dalam perut. Kalau anak sembelit pun elok sangat pakai trub tasneem ni.

Boleh tengok fungsi Trub Tasneem kat bawah ni ye :)

FUNGSI T RUB TASNEEM

Untuk bayi yang kembung, sembelit. Ibu-ibu boleh gunakan teknik kayuhan basikal untuk merangsang usus tu bergerak. Maka senang lah najis di dalam perut bayi dapat bergerak cepat ke laluannya. hehe. 

T rub tu ibu-ibu boleh sapu pada tapak kaki dan perut. Pastikan ibu-ibu gunakan kaedah urutan  I LOVE YOU. 

 
Macam ni lah urutan I LOVE YOU di buat. 


Sebelum habis meh tengok pulak testimoni dari pengguna Trub Tasneem. 






Amacam teruja tak :)



Harga Trub ni murah je awak. RM49 sahaja. 
Tahan 3-5 bulan bergantung pada cara anda pakai. 
Boleh whatsapp saya untuk belian. 
Kalau beli dua pcs iaitu combo boleh dapat diskaun lagi dan juga free gift. 
Best sangat. Nak lagi best boleh join Dropship for free. 
Dapat diskaun gile best dan dapat menyebarkan kebaikan Tasneem hihi. 

Whatsapp : 017-6334570
Fb : Nurhuda Kassim
Fb Pages : Tasneem Naturel Simpang Renggam by Huda
Instagram: tasneemhudasr


Mudah-mudahan tips yang di berikan boleh bantu mak-mak di luar sana mengatasi sembelit anak-anak anda ok. 


Sembelit, jom kenali sembelit 😊

Apa itu sembelit?

Definisi
Sembelit adalah kekerapan membuang air besar yang berkurangan dari hari ke hari. Berlaku juga kesukaran untuk membuang najis

Apakah penyebab sembelit?
Selalunya sembelit terjadi kerana beberapa faktor 

1. Kita kurang ambil serat di dalam pemakanan seharian
2. Kurang melakukan aktiviti
3. Salah pilih susu, ini terutamanya berlaku kepada bayi
4. Menahan membuang air besar
5. Kekurangan air
6. Masalah kolon dan rektum
7. Masalah fungsi usus

Check balik adakah anda ada faktor-faktor tersebut? Kalau iya, kenelah buat sebaliknya. Banyakkan makan serat, banyakkan minum air masak dan jangan menahan ketika rasa ingin membuang air besar

Selalunya kita akan menahan membuang air besar bila kita tengah buat benda yang kita suka, seperti tengok drama atau sedang main handphone 

Tahu tak terdapat pelbagai kesan jika kita terus mengabaikan sembelit

1. Boleh menyebabkan buasir. Ini berlaku sebab kita suka sangat menahan untuk membuang air besar


2. Kalau kita sembelit biasanya adalah di sebabkan kurangnya air di dalam badan. Bila air kurang kulit akan menjadi kering dan berbintik, kulit juga akan hilang keanjalan. Nampak cepat tua lah nanti. Rugi kan 😊


3. Kembung perut. Bila sembelit angin akan berkisar di perut. Perut terasa berangin. Tak selesa dan kalau kita tepuk seperti bunyi gendang. Sangat menganggu aktiviti harian


4. Rekahan pada bibir. Biasanya bila kurang air, memang nampak lah kesan rekahan pada bibir. So kene cepat-cepat cukupkan keperluan air harian. Air yang cukup kene sukat berdasarkan berat badan kita. 25kg=1 liter air. Jangan lupa kira tau


5. Kesakitan bahu. Bila usus tak berapa ok, maka ia akan menekan sendiri di bahu. Sebab tu bahu kita akan merasa sakit jika sembelit tidak di rawat dengan cepat


6. Perasaan bimbang dan stress. Ketidakselesaan pada perut, menyebabkan kembung. Kembung menyebabkan angin naik ke atas. Terkadang menyebabkan kita pening. Maka wujud perasaan bimbang dan mulai stress


Nah, adakah banyak simptom di atas ada pada anda? Yok atasi sembelit. 

Sembelit juga selalu terjadi kepada anak kecil. Antara sebab berlakunya sembelit pada anak kecil ialah

1. Bayi trauma dengan sembelit. 
Bayi merasa sakit ketika membuang. Maka dia mengambil jalan mudah untuk menahan diri dari membuang. Maka terjadilah sembelit

2. Sensitif pada makanan tertentu
Bayi sensitif pada makanan yang ibunya makan, atau yang dia makan. Contohnya susu, madu, buah-buah seperti pisang, roti dan lain-lain

3. Cara membuat susu formula kurang tepat. 
Ibu atau ayah membuat susu terlalu pekat dan tidak mengikut sukatan yang di berikan pada kotak susu

4. Dehidrasi
Bayi kekurangan air. Kurang minum air selain susu menyebabkan dehidrasi dan sukar untuk membuang

5. Masalah kesihatan 
Boleh terjadi oleh penyakit seperti kerosakkan kelenjar tiroid, dan lain-lain

6. Bayi tidak dapat mencerna bahan di dalam susu
Setiap brand susu mempunyai bahan yang berbeza-beza. Ini membuatkan bayi tak sesuai dengan brand tertentu. Di sarankan untuk tukar susu

7. Memulakan pemakanan pepejal
Biasa bayi akan makan makanan pepejal seawal 6bulan. Bayi biasanya cuma minum susu. Maka bila di kenalkan dengan makanan pepejal mungkin akan berlaku sembelit 😊😊



Wednesday, July 8, 2020

Pengalaman D&C (Dilatation and curretage) 7/7/2020 4th baby 👶😍

Assalamualaikum,

Sambungan dari post lepas. Nak cite pasal dnc. Operation kecil untuk membuang sisa-sisa kandungan yang tak sempurna.

Kisah bermula bila pagi 7/7/2020, dah pergi kerja pun. Semangat nak selesaikan eksperimen dan nak bungkus rehal kristal untuk persaraan Tn Hj Khiru Nasir bin Rohani

Tapi, pagi tu lepas buka pintu bilik persediaan dan makmal 7, settle label untuk barang eksperimen yang tertangguh badan dah rasa tak best.

Kepala dah senoneng, kaki tangan dah sejuk. Mulut terasa sejuk dan kebas. Memang 3 hari ni darah keluar heavy sgt.

Mungkin sebab darah keluar banyak sangat. Badan pun dah start rasa lemah. Wasap husband ajak pergi hospital

Inform suhaimi suruh tengok makmal. Wasap kak wati minta settle kan hadiah pengetua. Walaupun kak wati demam dia gagahkan juga bantu. Terima kasih kak wati 😍

 cantik rehal kristal dlm box tu. Just like macam yang sy imagine kan. Rehal ni rm160 siap ada ukiran nama Khiru Nasir.

Ok settle bab ni. 
Letak rehal tu dekat guard kak wati siapkan. Terus isi borang keluar bagitau nak ke hospital bt pahat, inform pengetua

Balik, makan, tunggu husband balik. Husband balik terus shoot ke bp. Mula-mula ke kecemasan, then doc check dan refer ke pakar 5. Daftar, ambil berat tinggi. Tanya hal2 biasa lah ada contact dengan org covid tak bla bla bla...

Then, jumpe doc nye. 
Masuk-masuk je dia tanya.
Dari Simpang Renggam?
Kenapa tak ke Kluang. 

Astaga!
Rupanya hospital kluang dah buka untuk ibu mengandung dan labour room. 
Sedih tak dapat ke kluang 
Sebab mmg cinta mati dengan hospital kluang tu. Sebab facilities dengan doc dia best. Hahaha.. 

Cakap dengan doc nak gi kluang.
Tapi dia cakap takpe saya check dulu. 
Scan perut kantung is there, tapi tak berkembang dan dah bertukar bentuk. 

Check jalan pun dah buka. 
Ready lah nak miss carriage tu. 

Doc decide untuk dnc. 
Im like what!?
Takut nye nak dnc. 
Minta option lain mcm induce ke, macam 3 baby tu kan. Tp doc nye tak bagi :/

Terus buatkan surat suruh masuk wad 6b. Kebetulan sama pulak dengan wife abg zahini  (buang rahim kanser katanya)

Dah siap pergi semula ke kaunter kecemasan, daftar wad. Then tunggu husband siap solat. Naik atas check in

kak rini dh sedar lepas 3 jam lebih operate.

kite plak check in, amik darah segala

Doc minta puasa 6jam. Start dari kul1 tghari. Tunggu punya tunggu lepas mandi maghrib tu nurse suh tukar baju.

Nebes nye nak masuk operation theatre tu kan. 1st time gais..

So kite tukar lah baju. Buka lah segalanya. 
Terkial-kial nak pakai baju operation tu. Minta lah sorang adik ni ikatkan hahaha

Then, baring dan tolak ke operation theatre. Dia tanya details. Then tolak masuk. Ramai woi dlm operation theatre tu. Ada dekat 8orang lah

2 orang doc bius. Bape banyak kali tah dia cucuk tulang belakang tu. Termengeliat bila dia cucuk tak jadi2. Ke atau tu memang procedure dia. Entah lah..

Dia suh duduk posisi macam ni, membongkok dan pegang bantal. Settle bius. Kaki terus rasa kebas, cam kaki gajah lak rasa hahaha

Pastu dia start buat lah dnc. Tak rasa apa, dok terkebil-kebil rasa apa doc buat ni. Sebab dia tutup atas. So kita tak nampak ape jadi. Tapi kita sedar

Dalam 20 minit camtu dah siap procedurenya. Dia pakai kan pad. Then tolak keluar. Proecude yang sangat cepat dan tak menyakitkan. Sebab dia bius hahaha. Klu tak bius tu tak tau lah cane kan.. 

Then, tolak ke recovery wad. Dekat luar dalam 1/2jam. Time tu kepala pening gila, rasa nak muntah. Tapi layan kan mata tidur jap. Sedar2 dia nak tolak dah ke wad

Sampai wad nurse angkat dan tukarkan baju. Sebab kaki kebas lagi. Nurse cakap baring je jangan gerak 6jam. Terus rasa nak muntah dan muntah lah sikit

Ini lah sebabnya kita kene puasa. Sbb takut muntah lah yek😂

Ok then, amik hp msg husband ckp nk tidur. Anak dah rindu. Hihi. Nak mee time pun xlarat dah. Terjaga 3.45pagi. Tgk hp ada ni hihi

My husband dan baby boo selfie. Sorry syg ibu dh xlrt mlm td hihi. 

Bangun terus gerakkan kaki, gi toilet dan mengarang blog ni hahaha.. 
Nak simpan sini buat kenangan. 

Ok itu je cite kite. Sampai ketemu lagi. ❤️❤️

View pagi ni heheh. Ok bye 😘

Miscarriage again in 10 weeks

Assalamualaikum rakan blogger.
Saya di uji lagi. Mengandung lagi untuk ke sekian kali

Kali ni upt di check sebab lewat 5 hari. Tak sangka positive sebab kami biasa memang rancang sebaiknya ikut jadual

Kun fa ya kun, mungkin Allah nak tunjukkan kuasa nya, sebaik mana kita merancang. Baik lagi rancangan Nya. 

3/6/2020 check upt positive. Cakap dengan suami. Tahniah!

Mula jaga kandungan. Makan Ostematrix, vit c dan vitalea. Pengawalannya sangat baik. Im feel the plasenta is there, ada rasa berat di ari2..

No morning or evening sickness. Ingatkan baby boy. Sebab simptom sama time mengandungkan Hadiff. 

Tapi... 
Masuk minggu ke 8, dah start bledding.
Again, hati ini di ketuk kerisauan. 

Ke klinik rafeah, scan baby yg sepatutnya berusia usia 8 minggu xde. Harap sangat nampak baby loncat2 with heart beat. Tapi rezeki xberpihak pada kami. Redha lagi....

Doktor scan kantung baru 6 minggu. Sedangkan ikut kiraan 8 minggu. Doktor suruh repeat appointments 14/7/2020

Sabar menanti kan tarikh baru, darah makin hari makin banyak pulak turun nye. Hingga lah detik ini. 7/7/2020.

Tarikh double mcm abg kakak dan baby yg keguguran sebelum ni. Baby kali ni pun dapat tarikh double.. Hahah. Xtau lah kebetulan yg sangat indah

Ainan lahir 5/5/2016
Hadiff lahir 9/9/2017
Baby gugur 1st 3/3/2020 (induce) 
Baby gugur 2nd 7/7/2020 (dnc) 

Perancangan Allah maha hebat kan. Siapa kita hendak menidakkan takdir. The day to remember :)

Ok next post nak cite pasal dnc . Operate kecil untuk keluarkan sisa2 baby yg tak jadi ❤️❤️❤️

3/6/2020 upt 4th baby

check in 😍 7/7/2020

Tuesday, March 3, 2020

Alhamdullilah complete miscarriage

Alhamdullilah Allah tolong lg. Sakit induce xlama. Hari ini 3/3/2020, keluar lah kantung tempat tinggal baby.

Tarikh cantik double mcm kakak dan bang nye. Kakak lahir 5/5/2016, abg lahir 9/9/2017 dan kantung baby keluar 3/3/2020

Maha hebat perancangan Allah. 
Sy nama kan dia Muhammad. 
Walaupun tak nampak janin tu ada. Tp dia dah pun terbentuk

Kalau betul dia kembar, mcm doctor ckp. Sbb kantung tu terbelah di tengah. Sy nama kan lagi sorang sebagai ahmad
Selamat jalan anak ibu ahmad dan Muhammad 🙂🙂

Berlari-lari di syurga. Tarik lah kami ibu bapa ke syurga juga nnti..

Kat bawah ni kantung yang keluar tadi. 
Bulat tu plasenta lah. Kantung kat dalam. Bby dlm tu🙂🙂

Pengalaman induce, sakit jugak. Macam contraction nak bersalin tu. Lepas doctor masukkan ubat terus sakit tu datang. Layan lah contraction tu sambil baring. Kene baring sejam bagi ubat tu jalan

Lepas sejam rasa nk ke toilet terus bangun buang air kecil. Tup tup keluar cm belon. 
Mmg kantung dah keluar

Syukut sgt2. Panggil nurse cakap dah keluar. Dia terus suh g bilik scan, doc scan tgk ada darah beku lagi. Dia korek bagi clear

Cucuk ubat kecut kan rahim, bagi ubat ponstan (ubat tahan sakit) sbb sakit pinggang dan perut.

Petang ni kalau ok boleh balik, alhamdullilah. Pantang 2 minggu dkt rumah.

Kt cuba lagi setahun lagi yek. Serik skit hahahah.. 

Hari ni kene induce - 1st experience kene induce

Assalamualaikum,

Pagi ni kene induce since kelmarin petang keluar macam daging seketul. Tapi tak besar, sebesar ibu jari je

Darah tu keluar jam 5.40 ptg. Then kite bawak pergi jalan2.. Badan jadi letih sbb mungkin drh bnyk keluar kot

So, pagi semalam 2/3/2020 decide utk serah diri dkt kecemasan. So doc dh check semua. Doc scan bawah, macam ada divider pada kantung. Twin ke dia cakap?

Wallahualam, kt pun tak tau. Mungkin dedua pun xdpt survive. Dua2 lah keguguran.. Mummy is redha je.

Sekarang ni tgh layan induce punye ubat  rasa dia mcm contraction. Tp sakit tu berterusan. Kalau contraction tu kan dtg sekali sekala. Ni sakit je mcm nk berak pun ada. Nasib baik dh siap membuang td

Bertabah jelah ibu nye😂😂😂😂
Ok adios. Nk lyn contraction. Kui2

Wednesday, February 19, 2020

it supposely..

Assalamualaikum
Just nak meluah rasa dekat dalam blog. 
Sebab berat mulut nak share segalanya dengan orang lain

Sejenis malas nak bercakap, sejenis tak suke orang kesian dan cari simpati. 
Kat sini jelah nak meluah

It supposely 11weeks 1 day my pregnancy journey. Tapi.. Bila scan baby xde separuh jiwa juga hilang

Hari2 dok pk awak ada x baby. Ibu salah kira tarikh ke? (ok dh start emo😂)

Dr sabtu hingga hari ni rabu 19 February 2020, masih ada spotting keluar macam hari first period tu

Menunggu juga kalau nak keluar sendiri fi gugur. Xsanggup rasanya nk tunggu next scan 3/3/2020

Harapan palsu baby ada atau baby xde😭😭

Penantian tu satu penyiksaan kan. 
Mcm nk ke hospital terus jalan kan dnc. Tp who knows kun fa ya kun kalau tiba-tiba check 2 minggu lg ada heartbeat?

Anyway. Sy dah dpt kan 2nd opinion dari klinik rafeah. Dia scan baby xde. Tp kantung tu berusia 7weeks ++. Hari tu kk Simpang renggam scan kantung 5 weeks

Hari2 sedapkan hati. Kalau ada rezeki bagi lah baby yg sihat, yg sempurna tanpa cacat cela

Tapi jika bukan hak ibu, kembali lah pada pencipta. Ibu redha. 

Ibu masih menanti.. Utk next scan. 
Hari2 pujuk hati.. 

Kadang nk move on kadang xnak. Ibu keliru😢

Bawah ni scan dr klinik. 
Xde baby cuma kantung

Hope sgt dpt khabar gembira 3/3/2020 ni  klu xde pun ibu belajar redha🙂🙂

Siapa ibu utk menidakkan perancangan Allah yg maha hebat🙂


Sunday, February 16, 2020

3rd pregnancy and its blighted ovum?

Assalamualaikum lama xupdate sini. Selalunya akan update time pregnant kan.

Yes. Tgh pregnant yg ke 3. Hari tu buat upt 3/1/2020 dan positif

Ikut kan hari ni 10weeks 4@5 days gitu.
Dah buat buku pink, dah minum air gula dan dtg appointment klinik 2x.

Dan dah start amik bp 2 minggu sekali since berat naik dgn jayanya. Ok berbalik cerita hari ni

Sy pergi scan dan rujuk doktor sbb ada bleeding dan spotting mcm period awal tu  bertali dan berkabut 

Time buang air tu mesti ada cm drh period tu. Ok bila doc scan doc ckp kandungan tak macam 10 weeks. Kantung ada tp mcm kantung 5weeks, adakah salah tarikh?

Of course tak. Sbb mmg dr tarikh period tu mmg betul 10weeks. Tapi di mana baby?
Hanya kantung. Supposedly dh ada heartbeat kan. 

Ok sy pun just ckp xtah lah doc. Tp mmg kiraan tu betul. Bulan 12 tu lah last period. 3/1 tu check dh positive naik dgn terangnya

Doc ckp ada kemungkinan miscarriage. Kalau ada darah yang banyak sila pergi hospital. Atau nk tunggu lg 2 minggu, tgk mcm mane perkembangan

I decide to choose wait for another 2 weeks. Mane tau ada rezeki baby. Atau kalau gugur pun bia lah keluar normal dr d&c or cuci rahim..

Balik klinik google. Ada satu blog ni share blighted ovum. Mcm iye je. Org tu dh pregnant 10 weeks juga. Tp bile scan mcm 5weeks. Dia balik rumah tunggu smpai baby or kantung keluar sendiri..

Ini terjadi sbb mungkin kromosom terlebih, so baby tak develop. Simptom mmg ada je. Tp baby xde. Xpelah redha je. 

Jika ini yg terbaik sy terima. Mungkin belum masa menimang anak no 3, Allah suruh fokus pada Ainan dan Hadiff. Allah kan sebaik2 perancang😊

Stay tuned. Pape kt update. Doakan ye..