Showing posts with label Notes dexandra. Show all posts
Showing posts with label Notes dexandra. Show all posts

Tuesday, August 30, 2016

TIPS REZEKI MENCURAH-CURAH DALAM MASA 7 HARI]

[TIPS REZEKI MENCURAH-CURAH DALAM MASA 7 HARI]

Paksa diri buat 7S ini tanpa gagal.

◆ Solat di awal waktu & sentiasa pelihara aurat.

◆ Solat Dhuha sebelum memulakan urusan bisnes/kerjaya.

◆ Solat Tahajjud pukul 4 pagi -  bercerita kepada ALLAH tentang perancangan bisnes/kerjaya, keinginan nak kaya & kemahuan akan nikmat dunia akhirat.

◆ Sedeqah walau sedikit.

◆ Surah Al-Waqiah dibaca selepas Solat Isyak, untuk elak kemiskinan.

◆ Sembang dengan mak ayah & pasangan setiap hari walaupun 5 minit; mohon kemaafan & keredhaan.

◆ Seribu kali istighfar terutama ketika memandu untuk menyelesaikan urusan bisnes/kerjaya.

Cubalah. Dan lihat sendiri keajaiban yang akan kita nikmati. πŸ˜‰

Sukses = 80% tawakal + 20% usaha. ❤


Let's Spread

Tips jualan laju

Tips sales laju dari seorang agent πŸ˜„πŸ˜„
Jom hadamπŸ˜†


xde tips sgt lia..
cuma setiap mlm sebelum tido maafkan semua org & niat..cth: `aku dah jual 20 botol dexandra`.
Niat yg kita dh buat bukan yg akan kita buat.

Lg satu amalkan setiap mlm baca surah al-waqiah.jadikan amalan

Lazimkan diri selepas tiap solat x kira solat wajib or solat sunat.
zikir 
Subhanallah wabihamdihi subhanallah hilla`zim 33x

Inna haza larizquna min nafad 33x

Jangan lupa solat Dhuha..klau mampu buat 4 rakaat.

Selebihnya guna DUIT
Doa 
Usaha
Ikhtiar
Tawakkal

Itu aje perkongsian mashi...moga memberi manfaat pd semua team CO..
Sharing2 ilmu yeπŸ˜‰πŸ˜¬

Tuesday, August 23, 2016

Kunci kejayaan

*KUNCI KEJAYAAN*


.
Biar anda buat LAMBAT, tapi *JANGAN* sesekali *STOP*!!
.
Biar orang pandang NEGATIF, tapi *JANGAN* sesekali *GIVEUP*..
.
Orang kata NO, anda kata *NEXT*!!
.
Sentiasa *CURI MASA, RUANG & PELUANG* yang ada setiap hari (24hour)
.
Dalam berusaha, mesti ada *KESABARAN*..
.
Dalam bersabar, mesti ada *USAHA* dan *TINDAKAN*..
.
Cepat atau lambat, kita pasti sampai ke *PUNCAK KEJAYAAN*.

5 sebab kenapa kita perlu menyimpan setiap hari

5 SEBAB MENGAPA 
KITA PERLU MENYIMPAN SETIAP HARI

<Fwd dr group RRYR>

Perhatian!
Sila baca dengan pelahan dan teliti - fahamkan

5 SEBAB MENGAPA 
KITA PERLU MENYIMPAN SETIAP HARI

● KEPERCAYAAN

Membina kepercayaan memerlukan masa yang panjang. Tapi boleh roboh dalam sekelip mata.

 Oleh itu, andai kita boleh menyimpan duit setiap hari & lupakan secara konsisten, kita sudah mula mendapat kepercayaan orang lain. 

Sangat berbeza berdiri depan manusia bila gaya dan susunan percakapan KEYAKINAN kita berhadapan dengan custermer 

● KETAGIHAN POSITIF

Kalau kita boleh berbelanja setiap hari tanpa gagal, kita mesti boleh juga menyimpan setiap hari. 

Angka untuk bermula yang saya rekemen adalah sekitar rm10-rm20. Ya, nampak kecil tapi angka itu mulai meningkat sedikit demi sedikit. 

Aktiviti ini susah & sukar pada awalnya tetapi bila ketagihan menyimpan lebih seronok dari berbelanja, kita sudah berada di trek yang betul. 

Tak ramai yang boleh lakukan ini. Ini teknik old school yang mudah. Sebab terlampau mudah, ramai tak nak buat.

 Akhirnya umur dah jejak 50 tahun tapi simpanan FFA masih ciput & berangan nak tunggu duit Kwsp pula untuk selesaikan masalah kewangan. 

Formula guna duit Kwsp untuk persaraan sangat bahaya. Jangan sampai bongkok baru nak belajar uruskan wang peribadi. 

■ LEBIH KAYA DARI SEMALAM

Usahawan yang berjaya menyimpan tidak akan kalah. Mereka sentiasa bertambah kaya setiap hari. 

Simpan hari ini rm50, dah menjadi kaya rm50 dari semalam. Angka tersebut tidak menipu. Angka ini boleh di kira. Biar sedikit asalkan konsisten. 

Sikap ini boleh berjangkit kepada yang lain termasuk keluarga & anak-anak. Cari jalan untuk menyimpan, jangan kalut dengan alasan. 

Gagal menyimpan ketika muda boleh mengakibatkan terlampau busy mencari duit ketika tua. 

■ CIPTA PELUANG

Usahawan yang mempunyai duit boleh menyambar & mencipta peluang. Usahawan yang pokai, boleh tengok & mengeluh sahaja. 

Andai terlibat peluang beli rumah murah, Usahawan ada duit boleh sambar peluang tersebut. Yang sengkek, tengok saja

Berbagai peluang pasti ada setiap detik. Andai tak menyimpan dari sekarang, peluang tersebut berlalu begitu sahaja. 

Orang yang berwang pasti mempunyai berbagai kelebihan termasuk membuat kebaikan kepada ibubapa, jiran sekeliling, saudara mara & sahabat handai. 

■ PERIBADI

Hampir semua impian memerlukan faktor kewangan untuk merealsasikannya. 

Tiada yang percuma. Usahawan yang menyimpan & mempunyai kewangan yang tegap mempunyai banyak pilihan. Simpanan tunai juga boleh membeli masa untuk akan datang. 

Boleh memilih untuk aktiviti dan pelaburan apa yang kita minat tanpa memikirkan duit lagi. Ini idaman ramai manusia. Kebebasan kewangan.

 Untuk menuju ke planet tersebut, tabiat simpan setiap hari untuk di lupakan mesti di mulakan. 

Bila? SEKARANG!
 
Jangan percaya bisikan budak kecil dari dalam diri. Halau budak tersebut & mulakan isi borang simpanan sekarang. 

# Ilmu tidak berguna tanpa di amalkan. Betul. Memang betul. 

Perasaan ini untuk semua Team RYRR yang hendak balik Doakan saya Menyimpan Menyimpan Menyimpan dan selamat sampai ke hujung peta 
Saya sangat berbangga juga ber untung berada dalam RYRR tahun ni

Jutaan Terima Kasih kepada Guru Kesayangan kita mengajar sesuatu elmu masa depan "saving is gold" IloveUToo DAO 

Jutaan terima Kasih kepada Guru sweet kita mengajar elmu "kedekut is First in investment "
IloveUToo Hj Jerry

Jutaan Team Richwork bertungkus lumuqq menjayakan program yang selesa dengan senyuman.. Paling Best " makan memang terbaikkk" Syurkur Alhamdulillah 

Moga jasa baik semua Dibalas dengan Kebahagiaan Dunia Akhirat 
ikhlas dari saya Sahabat RYRR hujung peta 

πŸ‘‰ PMD

Its about mentality😊

Assalamualaikum wbt ....PAGI ❗😜

Nak share sikit...ttg....Mentality;

*MARKET TEPU*
*DAH RAMAI ORANG JUAL*

KENAPA MARKET BOLEH TEPU?

....ini terjadi bila bukak facebook.....asyik nampak iklan Dexandra jer....

lepas tu bila dah buat iklan...copy paste ayat dan gambar kat fb.....

xde org like...
xde org beli....
xde org tanya pun

Nak tau sebab apa?

SEBAB; 

kita asyik nak jual pada org yg sama....
org yg dah pakai dexandra....
org yg dah JUAL dexandra

Orang dah pakai Dexandra = Kawan yg dah memang friend kat fb kita

Orang dah jual dexandra = Jelas la mmg nampak kat fb dia jual dexandra

Huraian;

Kita rasa market TEPU sebab kita jual dan PERKENALKAN dexandra kpd ORANG YANG SAMA jer.....

berhari2....
berminggu2....
berbulan2

Faham? πŸ€”πŸ€”

TAK FAHAM 😾😾

MAKSUDNYA.....bila kita dah rasa market TEPU.....

>> kene la *perkenalkan* kpd ORANG BARU

Macamana nak perkenalkan kpd orang baru ttg Dexandra?

Jawapannya;

1. ADD *ORANG BARU* SETIAP HARI 
2. PUBLIC kan post fb/ig 

Penting!!

Jangan lebih 15 org setiap hari...klu lebih berisiko kene BLOCK oleh fb...fb anggap kita SPAMMING 

dan AWAS!!!!

JANGAN ADD ORANG YANG *DAH JUAL* DEXANDRA...

Kalau nak BELAJAR cara ORANG LAIN menjual dexandra......just follow jer

atau LEBIH AFDHOL....tanya pada orang yg memperkenalkan anda dalam bisnes dexandra ni.....

sebab dia umpama MAK anda yang MELAHIRKAN anda dalam DUNIA DEXANDRA ni...

dan JANGAN lupa jaga hubungan anda dengan MAK dexandra anda....

SEBAB ada 2 risiko anda add orang yang dah jual dexandra...

1. Anda boleh ambik (MENCURI) customer orang yang anda dah jual dexandra tu (perbuatan yang tak BAIK.....dan tak berkat....INGAT setiap perbuatan akan dapat balasan)

2. Customer anda lari kepada orang dah jual dexandra tu. ANDA sendiri yang RUGI....sebab mungkin orang yang anda baru add tu dah belajar dan mempraktikan ilmu marketing....copywriting...fbads....pandai buat gambar iklan cantik dan menarik perhatian........SURE CUSTOMER anda akan lari....sebab FITRAH manusia suka benda yang nampak CANTIK dan nampak HEBAT (Nak bagitau sebenarnya....anda pun kene la pegi belajar.....ada yg free ada yg bayar......yg penting pegi cari ELMU)

SO SEKALI LAGI.....JANGAN ADD ORANG YANG DAH JUAL DEXANDRA

Kalau agent atau stokis yang direct pada anda takpe la......

1. sbb dia agent/stokis nak GUIDE anda
2. atau anda sebagai agent nak guide dropship anda

dan sebab; 

nak tgk fb anda...
nak monitor cara kerja anda....dan
bantu betulkan mana yg kurang 

ADD ORANG YG DAH JUAL ....sangat BAHAYA 

A. STOP ADD ORANG DAH JUAL DEXANDRA

kalau nak belajar cara orang lain - follow jer.....(dan sepatutnya agent dan stokis kene ada group whatsapp dan Facebook sendiri....utk sediakan bahan iklan dan guide org bawah anda)

B. ADD ORANG BARU SETIAP HARI 15 ORANG

*STOP ADD ORANG DAH JUAL DEXANDRA*
sebab tu yang akan buat anda rasa market *DAH TAK TEPU*

Man jadda wajada
Siapa buat dia dapat

Sharing is caring
Sharing is Sedekah
Sedekah 1, dapat 10

FAKTA; 
1. Rakyat Malaysia ada 31 Juta orang
2. Orang Malaysia yang menggunakan Facebook ada 16 Juta orang

Statistik pengguna dexandra sebulan = 250,000 botol

Baru 250,000 botol terjual setiap bulan 

berbanding

31 Juta rakyat Malaysia

dan 

16 Juta pengguna facebook di Malaysia

250,000 ≠ 16 Juta ≠ 31 Juta

PERSOALANNYA;

*FRIENDLIST FB ANDA ADA BERAPA ORANG???*

πŸ‘‰ PMD

Wednesday, August 17, 2016

List tapak dan booth

Salam sume..sy nk share utk sape2 yg rajin bukak booth atau tapak niaga utk jual dexandra, boleh refer dekat website nie:-

--> www.majalah.com, under tajuk "Expo Karnival Tapak Niaga"..

Harap dapat membantu kwn2 sume dlm mempromosikan dexandra...

Insyaallah saya doakan kwn2 semua kaya dan berjaya!!! :D :D

[TEKNIK TANGKAP LENTOK]

[TEKNIK TANGKAP LENTOK]

1) Bila orang mintak PM harga , apa nak buat?

Ingat ye, pada saat itu, NAFSU membeli customer pada tahap maksima, anda perlukan strategi untuk PANCING customer anda.

Apa saja yang ditanya, terus jawab. Jangan tangguh sampai 5-10 minit.

Sebab apa?

Nanti nafsu membelinya sejuk dan dia akan hilang minat untuk membeli.

Kenalkan diri dan ucapkan terima kasih kerana berminat dengan produk/servis anda. Pelanggan akan rasa dihargai.

Tanyakan kepada pelanggan apa masalah yang beliau hadapi dan bagaimana anda dapat membantu.

Cara ini menunjukkan kita lebih prihatin terhadap pelanggan kita. Selalu letakkan ayat pertanyaan di hujung ayat supaya ada one to one conversation

Contoh: 

"Salam sis, saya Mubarak dari (Nama page) Terima kasih kerana berminat dengan (produk). Saya akan maklumkan harga dekat sis nanti tapi sebelum itu apa yang saya boleh bantu sis? =)"

(Nampak tak ada ayat pertanyaan supaya berlaku conversation dan engagement kat situ, jadi takde la kita syok sendiri. Distract customer tu, bagi dia nampak NILAI bukannya HARGA produk anda)

2) Jangan nampak terlampau nak menjual, kerana customer dah naik muak dengan HARDSELL, mereka juga nak layanan best-best, nak dibelai dan dimanja oleh anda. 

Jadi anda perlu relax, banyak borak dan tunjukkan anda ambil berat terhadap keperluan customer anda.

3) DAN!

Haa yang ni JANGAN sesekali buat. 

Please!
Please!
Please!

Jangan jatuhkan produk orang lain apabila tengah borak dengan customer anda dengan niat anda nak jual barang anda.

Mereka lebih bijak dalam menilai sesuatu barang pada zaman ini.

Ceritakan kelebihan produk anda dan elakkan membandingkan ATAU merendahkan produk pesaing anda.
Ini memang tak cool langsung, malah anda nampak sengat DESPERATE untuk jual produk anda.

Tips: Letakkan emoji smiley yang kiut miut di hujung ayat walaupun anda tengah berduka cita masa tu.

4) Bila customer diam apa nak buat?

Ada jenis yang nak tanya husband, yang nak tunggu gaji masuk dan banyak lagi la ragam dia.
Anda rilek, jangan malu untuk follow up semula dengan pelanggan. 

Contoh:
"Hi sis, haritu ada PM saya kan? Nak tanya, sis berminat lagi?"
Followup je sampai dia cakap "SAYA TAK BERMINAT"
Peluang untuk anda close sale dengan follow up ialah 50-50 & kalau tak follow up memang tak payah cerita pasal peluang la.

Tips: Elakkan dari guna ayat ini, "Hi sis, haritu ada PM saya kan? Nak tanya, sis berminat lagi TAK?"

Perkataan "TAK" itu macam satu PUAKA yang menyebabkan mereka hilang minat atau terus turn off.
Begitu juga dengan perkataan "BELI", gantikan dengan "DAPATKAN". Nescaya anda nampak lebih bergaya, bemutu dan unggul gitu.

5) Bila dia dah beli, jangan terus BYE-BYE.
Doakan customer anda supaya urusannya dipermudah (tak kira la muslim atau non muslim).

Bagi muslim, ia menunjukkan anda sangat peka dengan masalah orang lain walaupun anda berniaga.

INGAT!
Kebarangkalian untuk dia membeli semua ATAU merekomenkan anda dekat rakan-rakannya lebih tinggi bila dia sudah selesa berurusan dengan anda.

Semoga bermanfaat.

Anda Kaya Dan Berjaya !

Tuesday, August 16, 2016

Erti rezeki...

_*Rezeki dalam hidup kita lain-lain..*_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, ada anak2 yang baik, yang sedang hafaz Al Quran_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat travel sana-sini_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, business maju dan bertambah maju_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, mudah belajar dan baca Al Quran_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, ada rumah yang selesa di diami_

_*Hakikatnya..*_
_Allah menjadi kan kita semua, orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri._

_Cuma kadang2 kita yang tak nampak & tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang & material_

_*Alhamdulillah..*_

_Semua benda yang baik adalah *rezeki dari Allah*, walaupun hanya dengan dapat *baca satu ayat Al Quran* dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca *Al Quran* walaupun sekali dalam hidup dia_

_*Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat*_

_Utamakan kehendak Allah, In Sha Allah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara_

_Berlapang dada lah dalam mencari rezeki, *bersyukurlah* dalam setiap rezeki yang kita dapat_

_Rezeki kita.._
_Masih hidup lagi hari ni & berkesempatan utk bertaubat, sebab ada orang yang hari ni dia dah tak bernafas lagi & pergi berjumpa Allah nan satu tanpa sempat bertaubat.._

*Ajal tidak menunggu taubat kita tetapi kita perlu bertaubat menunggu ajal.. mampukah kita ?* 


Semoga kita sentiasa diberi rezeki yang mencukupi untuk kita.

Syukur sentiasa dengan nikmat Allah in shaa Allah anda kaya & berjaya.

Benarkah niat dhuha kita?

Ramai orang jaga solat dhuha sebab nak murah rezeki. Dan "rezeki" yang ramai orang faham adalah duit, harta benda, cemerlang exam, dan lain2.

Salah ke? Tak salah.

Tapi cuba ubah mindset sikit. Nak ubah apa? 

Ubah kepada kita jaga solat dhuha supaya Allah murahkan rezeki kita untuk jaga solat 5 waktu berjemaah, rajin baca al Quran, rajin bangun tahajud, rajin buat dakwah tarbiah, dan lain2. 

Ini semua kan rezeki. Kan?

Kalau kita minta duit, harta, cemerlang exam, dan lain2, insyaAllah kita boleh dapat. Tapi jaga solat 5 waktu berjemaah, jaga al Quran dan lain2 BELUM TENTU dapat. Senang cerita, minta dunia, belum tentu dapat akhirat.

Tapi kalau kita minta jaga solat, jaga Quran dan lain2, maka insyaAllah Allah akan bagi kita duit, harta, cemerlang exam dan lain2 yang datang dari tak disangka2. Dan senang cerita, minta akhirat insyaAllah mesti akan dapat dunia.

:)

Tips menjaga rakan niaga/dropship/agen yang semua leader bisnes perlu tahu

TIPS MENJAGA RAKAN NIAGA/DROPSHIP/AGEN YANG SEMUA LEADER BISNES PERLU TAHU

Di dalam BMC rakan niaga dan ejen berada di dalam kotak Key Partners. 

1. Engagement dengan mereka.
 
Selalu berinteraksi dengan ejen. Gunakan medium seperti whatsapp dan telegram untuk berkomunikasi. Kejutkan dan beri motivasi setiap hari kenapa mereka perlu berjaya capai KPI hari ini. Respon yang cepat, persoalan terjawab, masalah diselesaikan akan menjadikan tim kita bersemangat dan kuat.

2. Sentiasa beri dorongan

Beri idea-idea baru, teknik baru, copywriting yang mudah untuk buat jualan. Tunjukkan pengalaman dengan adakan SOP jualan. Pengetahuan produk perlu diberi setiap hari. Agar ejen/dropship memulakan kerja jualan dengan sesuatu yang fresh setiap hari.

3. 'Wake Up & follow up'

Call, PM dan whatsapp ejen/dropship yang tidak aktif. Pastikan ejen yang ada sentiasa berkualiti. Jangan dibiarkan sahaja mereka yang senyap ini berdiam diri tanpa follow up.

4. Team binding

Tanamkan dalam minda semua ejen/dropship semua orang adalah berlumba-lumba dan bukan bersaing. Minta ahli team yang aktif untuk sama berkongsi hasil dapatan harian. Kongsikan di media sosial. Tag rakan-rakan ejen lain supaya mendorong mereka juga buat jualan hari ini.

5. Tanggungjawab

Ejen masuk bukan percuma. Walaupun mereka beli produk dgn kita, kena bimbing utk pastikan produk itu terjual. Bantu beri idea dan contact agar mereka mudah untuk berusaha. Ya semua bergantung atas usaha mereka sendiri, tapi leader yang baik akan bimbing sampai mereka berjaya. Hidup kita bantu kaya dan memperkayakn diantara kita dan mereka. Bina suasana positif bersama.

6. Filter

Memang ada yang akan syahid di tengah jalan. Kalau semua sudah diberi, semua sudah dinasihatkan, coaching dan sebagainya, kalau tak buat, doakan shj. Jalan terus, buat rekrut baru. Usaha mesti dua belah pihak. Kalau tak jalan juga, termination adalah jalan terakhir. Slogan 'Kami tak tinggalkan sesiapa, tapi tak tunggu sesiapa' itu memang benar dan berkesan. 

7. Turun padang

Jumpa ejen-ejen di tempat mereka. Kenali mereka secara dekat. Fahami karakter dan perturunkan ilmu. Jangan rasa sayang duit dan masa turun mencemar duli. Ini menjamin motivasi ejen untuk sentiasa berada dalam keadaan positif dan energetik.

8. Lahirkan 'leader'

Lihat potensi dikalangan ejen yang boleh memimpin. Ini menjamin urusan kita akan lebih mudah dimana leader-leader ini akan ambil separuh dari tugasan kita. Mereka akan ganti tempat kita suatu hari nanti. Leader akan pastikan anak buah bukan channel. Dan ingatlah, siapa yang ada channel, dia adalah raja duit. 

Itu sahaja dapatan saya setakat ini. Salam jutawan semua.

Motivation

Lia nak anda semua POSITIF! Cakap, sebut dan doa benda yang baik-baik sahaja :)

Contohnye, mulai pagi dengan bismillah.. Then niat berniaga kerana ALLAH, nak bantu raaaamaii orang wangi.

MINTA la apa sahaja yang anda nak. Minta nak setiap hari dapat jual 10 botol Dexandra, nak dapat sale 5 ribu, nak rumah, nak kereta, nak anak, nak pergi umrah. Sebut sahaja. Mesti details.

MINTA yang besar2, yakin dengan Allah. Pastikan LIST PERMINTAAN tu ditulis dengan besar dan tampal kat dalam diari, buku, cermin, dinding, meja, komputer, peti ais, almari dan mana-mana tempat yang sentiasa buat anda ingat benda tu..

Tolong jangan cakap saya tak hebat, saya tak pandai buat sale, saya busy, saya tak ada ilmu. NO NO NO!! Tukarkan MINDSET anda kepada saya hebat, saya boleh jual dexandra perfume 10 botol setiap hari, saya pandai membahagikn masa.

Anda mesti UBAH apa yang anda cakap dan buat kepada sesuatu yang positif dan baik. InshaaAllah datang benda-benda baik sahaja kepada anda.

Jom buat permintaan!!! BERTINDAK SEKARANG!!! 

Boleh boleh team CO ?!!! 😍❤😍❤

P/s : Lia akan share malam ni My Visualisation Board Lia tampal dalam bilik.

Leader hebat!

*Leader hebat*
= hebat urus masa 
= hebat urus kerja (delegate) 
= hebat URUS MASALAH (key = setiap masalah ada penyelesaian)
= hebat HATI MANUSIA

Semoga team CO boleh menjadi LEADER YANG HEBAT !!!

Semuanya bermula dari kita πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻

Nak best

Kita dulu yang kena best!!! 😍

Law of attraction

*Law of Attraction*

- Thought become things.

Kesimpulan yang Lia boleh huraikan atas perbincangan kami dengan Founder Erna dan stokis2 yg telah/sedang membuat income ratusan ribu ialah:

*"All what we are now because of our thoughts"*

Kita sepatutnya FOCUS dan fikir *apa yg kita nak* bukan ape yg kita tak nak.

Cth: aku nak keluar cepat sebab tak nak tempuh jem. Aku tak suka jem. Aku takut jem. Ape yg jadi ialah, jem juga yg kita akan tempuh.

Kita sepatutnya fikir, aku akan keluar cepat, aku akan sampai awal. Aku pasti akan sampai awal. Tak perlu fikir yg lain2. 

Cth: Aku takut org tak suka. Aku takut org tak beli. Aku tak nak rugi. Aku tak nak susah. Aku takut tak laku. Aku takut tak habis stok.. Berbagai lagi cara pemikiran yg boleh memberi stress kpd diri sendiri. Akhirnya, apa yg kita fikir ini akan terjadi. 

Mengapa? Kerana kita ada lah magnet yang akan menarik apa sahaja yg kita fikirkan walaupun kita tidak mahu.

Apa yg sepatutnya kita fikir ialah mudah tapi ingin kekalkan cara pemikiran itu yg perlu dilakukan berulang kali hingga jadi habit.

Cth: Aku yakin org akan suka aku😊. Aku yakin ramai yg akan membeli😊. Aku yakin akan untung😊. Aku yakin akan senang dan senang😊. Aku pasti ianya laku😊. Aku yakin stok akan habis😊. Aku yakin dan yakin dan yakin.. Cukup.. Tak perlu fikir ape yg kita takut.. Fikir ape yg kita nak dan yg kita suka.. Bila fikiran/mindset betul, perasaan kita juga akan happy, hati juga akan senang.. Dan Law of Attraction akan bertindak mengikut ape yg kita fikirkan.

*Allah sentiasa mengikut sangkaan hambaNya*

Cara yg mudah untuk kawal pemikiran kita ialah melalui perasaan kita.

Pilih !!! Perasaan yg baik dan gembira atau perasaan yg buruk.

Feel good create your future on track of success

Feel bad create off track from what you really want.

*Bagaimana nak mempunyai perasaan yg baik, gembira?*

Fikirkan perkara2 yg baik dan akan membuat anda gembira. Fikir dan bayangkan jika anda berjaya ke tahap yg anda inginkan. Fikir kan sesuatu yang indah. Fikirkan kegembiraan bila stok kita habis dijual. Fikirkan kita mendapat ratusan ribu. Fikirkan berapa ramai yg kita dapat bantu. Fikirkan kegembiraan orang2 yang telah dibantu. Apa sahaja kita boleh fikirkan asalkan memberi kita perasaan yg baik dan gembira.

Boleh boleh semuaaa?!!! 

Nak LAGIIII Lia share?!!! 

Say, We Want More!!!


*Bagaimana proses membina pemikiran sebegini?*

1. Ask - Tulis apa yg anda ingin capai. Buat *VISUALISATION BOARD* ape yg anda ingin kan. Setiap kali setiap hari anda melihat ape yg anda tulis atau ape yg anda lihat pada visual board anda pasti gembira.

2. Believe - Percaya yg kita ada kemampuan dan kebolehan untuk mencapainya. Ape yg membezakan kita dengan org lain? Tiada. Bermula dari fikiran/mindset dan juga tindakan kita seterusnya lah yg akan membezakan kita dengan org lain. Percaya yg kita akan dapat ape yg kita impikan semasa masih hidup. Percaya kita akan capai semua tu dengan cepat dan pantas. Secara tak langsung, tindakan kita akan bertukar menjadi cepat, pelbagai idea datang utk membantu tindakan kita.

3. Receive - Feel it now as you have it now. Bayangkan perasaan gembira yg kita dapat bila kita capai satu persatu impian kita. Tanamkan perasaan gembira seperti kita seolah2 kita tahu kita hampir capai impian kita. 😍

Mulakan dari DALAMAN kita, HATI kita. Jadikan hati kita bersih dan gembira. Buang segala yang terbuku. Maafkan org lain yg membuat kesilapan dgn kita. 
FOCUS on happiness and joy. FOCUS pada harapan kita. Buang fokus kita kpd kesakitan dalaman atau luaran. Buang fokus kita kpd stress atau letih. 

"Man becomes what he think about"

Jangan cakap saya tak boleh atau tak mampu. Jangan cakap saya tiada duit. Jangan cakap saya tidak mempunyai kebolehan membuat itu ini.. Tukar !!!
KITA IALAH APA YANG KITA FIKIRKAN.

Mulakan dari hari ini, apa yg kita mahu sebenarnya. Percaya yang kita mampu dan pasti akan mendapatnya. Percaya yang kita berhak memilikinya/mendapatnya. Bayangkan setiap hari seolah2 kita berjaya mendapatnya.. Maka *Law of Attraction* akan bertindak dgn sendirinya membuka jalan dan idea untuk kita sampai ke tempat yg kita mahukan. Sampai ke impian yg kita inginkan. 

"Allah akan mengikut sangkaan hambaNya"

Mulakan setiap bangun pagi berterima kasih kepada Allah. Pasti sepanjang hari kita akan menjadi baik. Perasaan kita akan gembira sentiasa.

Bukan merungut, bukan marah.. Bukan.. Itu membuatkan hari kita akan menjadi buruk sepanjang hari. NO okay!!

"Be intentionally and fire on fire on what you want. You have to be hungry, you have to act on it"

Semoga bermanfaat utk kita semua.

Lia yakin anda akan membaca satu persatu hingga akhir kerana ini lah detik permulaan hidup kita semula 😊😍❤

Lia NAK BERJAYA sama sama dengan anda semua!!!



Apa itu bisnes?

Apa itu BISNES?

Ia bukanlah produk, marketing, sistem atau sales. Bisnes adalah diri YOU sendiri. Kalau YOU sendiri BEST, maka bisnes itu akan turut sama BEST macam YOU.

Tapi.. Kalau YOU sendiri tak best, LEMAU, juallah produk terbaik sekalipun, cara marketing paling hebat sekalipun, atau sistem terbaik di dunia sekalipun.. maka bisnes tu akan jadi tak best & lemau juga.

Faham faham?! 😍

IMPIAN LIA, Lia nak lahirkan 5 orang dari team CO boleh jadi seperti Lia. Boleh making sales ratus ratus ribu, sentiasa Positif, boleh pandang jauh kehadapan, dan semua yang best best. 

Stokis-Agent-Dropship itu semua hanyalah pangkat sahaja. Anda jangan ingat agent tak boleh buat sales lebat2. Ada Agent sales lebih tinggi dari stokis. ADA. Ada agent dah mampu beli kereta dan rumah sendiri. ADA. Yakin anda adalah agent dan dropship yang hebat!!!! Sentiasa bergerak pantas dan laju. 

*BUSINESS IS YOU*. 

Jadikan DIRI ANDA HEBAT. Sayang diri anda! 😍

Seorang leader dia boleh duplicate orang lain untuk jadi LEADER juga. 

Ni harapan Lia. Dan Lia pon dah nampak orang orang tu, cuma kena menonjolkan lagi diri anda 😍❤

Rezeki

Apabila di beri rezeki,
Katalah : Allah sedang memberi rezeki kepada orang lain melaluiku

Apabila ditangguhkan rezeki,
Katalah : Jika Allah beri rezeki pada aku sekarang mungkin ada musibah pada diriku. Jadi di tangguhkan dahulu

Apabila di tarik semula rezeki,
Katalah : Allah telah beri aku rezeki tetapi aku lalai untuk selalu ingat kepada nya... Ingatku hanya pada jasad dan mulut. Namun hatiku cinta kan harta. Lalu Allah tarik ia dari ku, agar aku lebih mencintai Nya lebih dari perkara lain..

Bersangka baik dengan Allah. Hati akan tenang. Cinta Allah, bukan bunga bunga dunia yang diberikan Nya.

InshaaAllah.
Berniaga Mudah.
Rezeki Murah.
Tanpa perlu susah payah.

Bagaimana nak naikkan momentum ketika down

*Bagaimana untuk NAIKKAN momentum kita bila rasa down?*

1. Buang semua *EMOSI.* yang membuatkan kita down
2. Betulkan *MINDSET* semula. Latih minda kita utk terus berjaya.
3. Buang *EGO.*

Bila kita berada di atas. Ada masa2 kita akan jatuh. Tapi itu tidak bererti kita akan terus jatuh. Itu adalah tanda utk kita terus BANGUN!!! Muhasabah diri itu lebih PENTING.

Masa sales jatuh adalah masa untuk
BEREHAT SEBENTAR SEBELUM MELOMPAT LEBIH TINGGI.

Cuba bayangkan...

Lompatan Mana yg lebih tinggi?

1. Dalam keadaan  berdiri dan terus melompat?
OR
2. Dalam keadaan cangkuk sedikit dan baru kita lompat?

Pasti anda ada jawapannya. 

Faham faham team Chettaki Omey semua?! ❤😍

#notes