Wednesday, August 17, 2016

[TEKNIK TANGKAP LENTOK]

[TEKNIK TANGKAP LENTOK]

1) Bila orang mintak PM harga , apa nak buat?

Ingat ye, pada saat itu, NAFSU membeli customer pada tahap maksima, anda perlukan strategi untuk PANCING customer anda.

Apa saja yang ditanya, terus jawab. Jangan tangguh sampai 5-10 minit.

Sebab apa?

Nanti nafsu membelinya sejuk dan dia akan hilang minat untuk membeli.

Kenalkan diri dan ucapkan terima kasih kerana berminat dengan produk/servis anda. Pelanggan akan rasa dihargai.

Tanyakan kepada pelanggan apa masalah yang beliau hadapi dan bagaimana anda dapat membantu.

Cara ini menunjukkan kita lebih prihatin terhadap pelanggan kita. Selalu letakkan ayat pertanyaan di hujung ayat supaya ada one to one conversation

Contoh: 

"Salam sis, saya Mubarak dari (Nama page) Terima kasih kerana berminat dengan (produk). Saya akan maklumkan harga dekat sis nanti tapi sebelum itu apa yang saya boleh bantu sis? =)"

(Nampak tak ada ayat pertanyaan supaya berlaku conversation dan engagement kat situ, jadi takde la kita syok sendiri. Distract customer tu, bagi dia nampak NILAI bukannya HARGA produk anda)

2) Jangan nampak terlampau nak menjual, kerana customer dah naik muak dengan HARDSELL, mereka juga nak layanan best-best, nak dibelai dan dimanja oleh anda. 

Jadi anda perlu relax, banyak borak dan tunjukkan anda ambil berat terhadap keperluan customer anda.

3) DAN!

Haa yang ni JANGAN sesekali buat. 

Please!
Please!
Please!

Jangan jatuhkan produk orang lain apabila tengah borak dengan customer anda dengan niat anda nak jual barang anda.

Mereka lebih bijak dalam menilai sesuatu barang pada zaman ini.

Ceritakan kelebihan produk anda dan elakkan membandingkan ATAU merendahkan produk pesaing anda.
Ini memang tak cool langsung, malah anda nampak sengat DESPERATE untuk jual produk anda.

Tips: Letakkan emoji smiley yang kiut miut di hujung ayat walaupun anda tengah berduka cita masa tu.

4) Bila customer diam apa nak buat?

Ada jenis yang nak tanya husband, yang nak tunggu gaji masuk dan banyak lagi la ragam dia.
Anda rilek, jangan malu untuk follow up semula dengan pelanggan. 

Contoh:
"Hi sis, haritu ada PM saya kan? Nak tanya, sis berminat lagi?"
Followup je sampai dia cakap "SAYA TAK BERMINAT"
Peluang untuk anda close sale dengan follow up ialah 50-50 & kalau tak follow up memang tak payah cerita pasal peluang la.

Tips: Elakkan dari guna ayat ini, "Hi sis, haritu ada PM saya kan? Nak tanya, sis berminat lagi TAK?"

Perkataan "TAK" itu macam satu PUAKA yang menyebabkan mereka hilang minat atau terus turn off.
Begitu juga dengan perkataan "BELI", gantikan dengan "DAPATKAN". Nescaya anda nampak lebih bergaya, bemutu dan unggul gitu.

5) Bila dia dah beli, jangan terus BYE-BYE.
Doakan customer anda supaya urusannya dipermudah (tak kira la muslim atau non muslim).

Bagi muslim, ia menunjukkan anda sangat peka dengan masalah orang lain walaupun anda berniaga.

INGAT!
Kebarangkalian untuk dia membeli semua ATAU merekomenkan anda dekat rakan-rakannya lebih tinggi bila dia sudah selesa berurusan dengan anda.

Semoga bermanfaat.

Anda Kaya Dan Berjaya !

No comments:

Post a Comment