Wednesday, August 24, 2016

Teknik marmet boleh banyakkan susu yang kurang

Assalamualaikum semua,

Saya cuma nak share yang saya baru je belajar teknik marmet. Tak berapa pandai sangat sebab susu tu selalu tak masuk dalam botol. Menitik kat jari hahaha

Biasanya saya akan pakai breast pump lacte duet. Kadang tu susu banyak. Kadang susu sikit😄

Pernah tu tengok sikit gile. So terdetik kat fikiran why not kita cuba marmet?
Saya pun google lah. So balik tengahari anta susu anak try buat marmet. (Saya ep mom, anak tak nk df)

Keluar la juga sikit tak sampai pun 1oz. So cuba buat belah kanan dan kiri. Bila dah boring saya pun stop dan masuk kerja.

Yang buat terkejut tu, petang tu dan hari berikutnya susu terus banyak. Sekali pum boleh dapat 5-6oz.

Mungkin saya picit di tempat di mana kilang susu tu tersumbat🤔
So saya nak share kan dekat sini kot anda mengalami masalah susu yang kurang macam saya. Cubalah marmet.

Urutan yang simple je. Boleh boost susu dan buat susu memancut2😊😊

Caranya lebih kurang mcm dlm gambar ni. Kalau rasa nak lebih lagi info try la google. Ada je yang share secara details tentang teknik marmet.



Anyway, marmet adalah kaedah yang ke dua terbagus selepas direct feeding dari anak. Sangat bagus stimulate breast lebih baik dari breast pump.

So? Tunggu apa lagi jom marmet😍😍


No comments:

Post a Comment