Baru balik klinik kerajaan
Kat klinik kerajaan macam lagi mudah nampaknya
Memang kene ambil 2-3 pendapat berbeza, juga banyakkan membaca dan bertanya
Saya simpan kat sini. Biar lepas ni boleh jadi rujukan sendiri
Ok ini nasihat doktor kerajaan
- beri apa sahaja yang anak nak makan. Air manis, makanan semua. Selagi anak nak makan.
Bagi saya ini relevant sebab anak dah cirit-birit takde selera makan lagi nak sekat makannya tak payah lah kan.
- tenusu doktor kata xkisah. Sebenarnya nak elakkan anak mual je. Sebab memang ada baca bagi je anak menyusu kerap as long as dia keep hidrat. Alhamdullilah ainan masih nak makan dan minum walau sikit. Favourite dia pasta cheese & mushroom. Pasta prego ke ape tu yang utk kids.
Resepi buat pun simple2 je
- pasta 1-2 genggam
- cheese & mushroom 3 sudu
- bawang putih blend halus
- ayam
tumis kan bawang putih tu, dengan minyak sikit. Masukkan ayam, ayam dan kuah mushroom dan cheese tu. siap..Pasta tu rebus lah bagi lembut. Dah siap curah kuah ke pasta. Insyallah tak heavy untul perut
Doktor swasta tu kata pasta ni berat. Tapi bagi say as long as anak nak makan ok saje. Cuma jangan bagi berminyak sangat lah. Pedas pun no.
So sekarang saya keep bagi dia makan ape dia nak makan (Pasta, roti oreo, mihun goreng, air milo, calciyum, susu ) ini setakat hari ni. Doakan ainan cepat baik ye..
Eh lupa pulak. Doktor kata paling lama cirit-birit ni 2 minggu. Kalau tak ok juga boleh jumpe doktor lagi. Keep monitor najis dan suhu anak ye
Ada yang suruh pergi hospital sebab dah lama sangat. Tapi Ainan aktif, nak makan dan nak minum doktor kata tak perlu.
Sunday, January 13, 2019
Pengalaman Handle Anak Cirit-Birit
Dah masuk 7 hari ainan kene cirit birit ni.
Aduh risaunya lahai
Pergi klinik doktor advice untuk beri
1. Cal ci yumm (yogurt)
2. Air + gula batu
3. Ors
4. Smecta (Ini baru bagi saya, yang bagus boleh masuk dalam makanan, dalam air
Semalam google dia cakap smecta ni boleh nagi najis keras, so possibilities untuk baik tu tinggi.
1 hari satu sachet je. Ni baru bagi sikit masukkan dalam calciyum (fernleaf)
5. Tukar pampers kepada napkin untuk pengudaraan yg baik ( xbuat pun hehe)
6. Basuh/ cebok dengan air garam (also not done, pedih oii)
7. Untuk luka/ melecet saya sapu dengan herbal blend dari Shaklee je. Bagi saya, ni krim terbaik.
Calamine tak leh. Nanti lagi melepuh melecet.
8. Selain tu boleh bagi air, atau sumber-sumber yang ada prebiotik. Doktor suggest biolife (mahal la pulok, so saya bagi vitagen. tapi sikit jelah)
Benda-benda lain yang relevant boleh guna formula BRAT
1. Banana (ada potassium)
2. Rice
3. Applesauce (puree)
4. Toast (roti yang di bakar)
Setakat ni ainan nak banana je, nasi pun dia ok. Applesauce tak bagi lagi. Toast dia tak suke jugak.
Malam tadi kaki tangan sejuk, risau juga tu. Bangunkan dia suh minum susu. Demam pulak dia. Tengoklah camne nanti. Hari ni ibu cuti. Nak bawak ainan pergi klinik kerajaan pulak. Klinik kerajaan lagi ok kan. Lebih terperinci. Walaupun orang ramai gila. Tapi rasa kat Simpang Renggam ni cam ok lagi. Swasta bagi saya ok, tapi nak juga minta pandangan dari Klinik Kerajaan.
Ok lah, nak siap-siap pum susu Hadiff. Nak tinggalkan dekat pengasuh kejap sementara nak anta Ainan pergi klinik. Bye. Assalamualaikum
Layan lah pic budak-budak dua ketul ni.. hehe
Dah besar dah pun. Ainan dah 2 tahun 8bulan, Hadiff dah 1 tahun 4 bulan. Tahun lepas ainan umur cam hadiff ni dah dapat adik hehe.

Tuesday, February 13, 2018
Pengalaman Melahirkan Muhammad Hadiff
Assalamualaikum,
Ya Allah dah lama tak bersiaran dekat blog ni. Dah nak berhabuk bersawang semua lah.
Last cerita pasal pregnancy anak ke dua kan.
Alhamdullilah la ni Muhammad Hadiff dah pun 5 bulan. Dah pandai tiarap dan ketawa bila di agah. Anak sulong si Ainan Husna dah pun 1tahun 9 bulan. Dah pandai cakap, pandai jeles dan pandai usik adik. haha
Hari ni buka blog pakai pc kawan. So tetiba rasa nak update blog.
Plus teringat kat blog sebagai medium jualan Shaklee suatu masa dulu.
Vitamin Shaklee walaupun dah tak akfif di jual masih lagi ada peminatnya.
Hari ini pun ada sorang yang bertanyakan pasal Peppermint Ginger Plus.
Kalau siapa nak tau. Harga peppermint Ginger plus adalah rm62 termasuk kos pos.
Sangat bagus lah untuk hilangkan angin-angin dalam badan. Dan kalau ada masalah sebu pun elok tau.
Anyway, berbalik kepada cerita anak ke dua. Nama diberi Muhammad Hadiff bin Johor Alif, truly anak johor lah kan. hehe. Lahir cantik tarikhnya follow kakak. Kakak 5.5.2016 hadiff pulak 9.9.2017. Senang nak ingat
Perjalanan nak melahirkan Muhammad Hadiff sangat berbeza dengan melahirkan kakak. Contration mula seawal 7pagi. Bangun tidur dah rasa contraction. Setiap setengah or sejam sekali rasanya. Bangun terus cakap dengan husband ada spot di panties. Itu tanda jalan dah terbuka
Terus bangun mandi sambil layan contraction. Nasib baik dah import mak dari kampung masa tu. So mak dah pun siap masak. Tinggal makan je. Siap-siap bawak beg yang dah ready di sediakan awal hari tu. Cium anak sulong dan shot ke Hospital Kluang. Sambil layan contraction yang sentiasa kunjung tiba
Sampai kat hospital, mak ai ramai nya orang. Tak macam masa melahirkan Ainan Time tu tengah malam so memang tak ramai orang. Masa nak lahirkan Hadiff ni, memang hari-hari saya berdoa yang saya tak nak sakit lama sangat. Nak process bersalin tu cepat dan mengembirakan. Kadang-kadang saya bangun juga sepertiga malam Solat Tahajud untuk lebih direct dengan Allah.
Tak selalu saya solat tahajud tu tapi memang itu lah doanya Saya Nak anak lelaki dan di permudahkan proses bersalin kali ini. Alhamdullilah Allah makbulkan. Bila di scan hari tu memang anak lelaki.
Berbalik kepada cerita bersalin tadi, sampai je hospital terpaksa menunggu giliran memandangkan labour room semua penuh. Terpaksa menunggu di lobi labour room. Nasib baiklah hospital Kluang ni sangat selesa. Saya menahan contraction dalam diam. Setiap kali contraction datang saya akan baca doa nabi yunus " Laillaha ila anta, subhanaka ini kuntu minna zolimin" berulang-ulang kali sehingga contraction itu pergi
Di depan ada 4 orang yang masih menunggu giliran untuk di ambil perhatian oleh doktor. 7-9 pagi menunggu dengan penuh sabar akhirnya di panggil juga. Bila buka jalan dah 4cm. Doctor terkejut yelah saya kelihatan tenang dan biasa sahaja.
Selesai check saya di letakkan di katil bersebelahan labor room. Saya bagitau doktor dah tak tahan ni macam dah nak keluar, boleh tak masuk labor room sekarang. Malangnya labor penuh, Menanti lagi. Saya risau bayi di dalam perut akan lemas. Saya langsung tak boleh baring, kerana contraction datang semakin kerap. Serasa bayi seperti hendak meluncur keluar
Cepat-cepat saya panggil nurse dan doktor. Doktor panik. Terus tolak sahaja katil tempat saya duduk menunggu tu. Nasib baik ada labor room yang kosong. Tapi belum berapa bersih. Lantak lah saya dah tak kisah.
Dari katil tu nk ke katil di labor room saya di minta berpindah. Saya cakap tak boleh dah tak tahan sangat ni. Tapi doktor kata kalau tak beralih tak boleh bersalin. Saya redha, kuat kan diri dan berpindah ke katil labor room.
Suami kali ni saya janji untuk beri dia tengok proses saya bersalin. Tapi tiada rezeki dia, baby dah tak boleh di kawal, dengan sekali push lahirlah Muhammad Hadiff ke dunia tepat jam 1.27tengahari dengan berat 3.47kg. Ringan sikit dari kakak hehe. Kakak dulu 3.52kg
Alhamdullilah, lega sangat-sangat. Bayi diberi kepada saya untuk di sahkan jantina dan sedikit bonding time sebelum di bawa untuk di bersihkan. Alhamdullilah mommy of two. Sepasang dah dapat. Untuk yang tak tahu saya telah menanti selama 3 tahun dan 4 bulan sebelum saya mendapat sepasang anak ini. Allah maha kaya, dia kurniakan dua cahayamata dalam 2 tahun.
jom tengok Muhammad Hadiff selepas di lahirkan hehe

Muka nya sangat lah comel hehe. Beza skit dari kakak mungkin sebab lelaki kan hehe
kiri kakak Ainan semasa lahir. kanan Hadiff
Jom usha plak Hadiff dan Ainan kini hehehe
Ainan Setahun 9 bulan
Hadiff 5 bulan
l
Ibu dan Hadiff
Our Happy Family
Ok sampai di sini je eh. ibu dengan hadiff nk g check up 5 bulan ni bubye..
Sunday, August 20, 2017
36weeks 6days check up - air ketuban banyak?
Doc cakap berat naik 2kg dlm 2minggu.
Dia cakap mungkin baby berat or air ketuban yang banyak.
Scan tadi berat baby 2.7kg.
Check air ketuban pulak 15.
Bahaya juga rupanya air ketuban banyak nye. Takut pendarahan, uri lekang dan mcm2 lagi yang negative
Dia cakap punca air ketuban banyak sebab baby banyak kencing. Kesan dari ibu yang suka minum manis
Huhuhu. Memang di akuai pregnant kali ni suka minum manis.
Nampaknya mulai hari ni no more manis-manis demi baby.
Mudah-mudahan Allah permudahkan proses bersalin kali ni. Counting days ni
Tinggal 3 minggu sehari je lagi.
Doakan ye. Aminnnn
Wednesday, June 7, 2017
Berpuasa di bulan ramadhan dan pregnant pulak huhu
Hari ni ramadhan ke 12. Pregnant and fasting? Sangat mencabar..
Lenguh, lapar, penat, haus sume ada.
Ni baru lepas sapu makmal dan kemas makmal. Terus rasa flattt..
Macam nak buka je. Hahaha. Serius rasa lapar padahal baru kul9 pagi haa..
Orang cakap kalau mengandung kalau lapar buka je.
Ni pun dh dua hari tak puasa.
Tak larat. Kene fikirkan baby juga.
Xleh selfish sibuk nak cukup puasa bagai
Ada yang cadangkan untuk puasa selang-selang. Ooo ye. Hari ni 26minggu dan 4 hari.
Alhamdullilah baby aktif. Kicking-kicking saje. Ibu berkira-kira nak buka hari ni. Sebab cam letih nau nau pagi ni..
Tgk lah macam mana nanti. Kita tak nak risikokan bayi..anyway smlm kita pergi check up.
Berat ainan turun 300 gram. Berat ibu plak naik 300 gram. Secoet je naik. Mungkin sebab bulan puasa hehe..
Dah masuk bulan ke 7 ni rasa cam penat je. Adudu xlaratnya lah. Minggu ni dah bolehlah basuh-basuh baju baby.
Dah masuk bulan ke 7 kan. Ok nak cari balik checklist. Apakah yang perlu di buat bila dah 7bulan ni. Ok bye..
Subscribe to:
Posts (Atom)