Wednesday, February 19, 2020

it supposely..

Assalamualaikum
Just nak meluah rasa dekat dalam blog. 
Sebab berat mulut nak share segalanya dengan orang lain

Sejenis malas nak bercakap, sejenis tak suke orang kesian dan cari simpati. 
Kat sini jelah nak meluah

It supposely 11weeks 1 day my pregnancy journey. Tapi.. Bila scan baby xde separuh jiwa juga hilang

Hari2 dok pk awak ada x baby. Ibu salah kira tarikh ke? (ok dh start emo😂)

Dr sabtu hingga hari ni rabu 19 February 2020, masih ada spotting keluar macam hari first period tu

Menunggu juga kalau nak keluar sendiri fi gugur. Xsanggup rasanya nk tunggu next scan 3/3/2020

Harapan palsu baby ada atau baby xde😭😭

Penantian tu satu penyiksaan kan. 
Mcm nk ke hospital terus jalan kan dnc. Tp who knows kun fa ya kun kalau tiba-tiba check 2 minggu lg ada heartbeat?

Anyway. Sy dah dpt kan 2nd opinion dari klinik rafeah. Dia scan baby xde. Tp kantung tu berusia 7weeks ++. Hari tu kk Simpang renggam scan kantung 5 weeks

Hari2 sedapkan hati. Kalau ada rezeki bagi lah baby yg sihat, yg sempurna tanpa cacat cela

Tapi jika bukan hak ibu, kembali lah pada pencipta. Ibu redha. 

Ibu masih menanti.. Utk next scan. 
Hari2 pujuk hati.. 

Kadang nk move on kadang xnak. Ibu keliru😢

Bawah ni scan dr klinik. 
Xde baby cuma kantung

Hope sgt dpt khabar gembira 3/3/2020 ni  klu xde pun ibu belajar redha🙂🙂

Siapa ibu utk menidakkan perancangan Allah yg maha hebat🙂


Sunday, February 16, 2020

3rd pregnancy and its blighted ovum?

Assalamualaikum lama xupdate sini. Selalunya akan update time pregnant kan.

Yes. Tgh pregnant yg ke 3. Hari tu buat upt 3/1/2020 dan positif

Ikut kan hari ni 10weeks 4@5 days gitu.
Dah buat buku pink, dah minum air gula dan dtg appointment klinik 2x.

Dan dah start amik bp 2 minggu sekali since berat naik dgn jayanya. Ok berbalik cerita hari ni

Sy pergi scan dan rujuk doktor sbb ada bleeding dan spotting mcm period awal tu  bertali dan berkabut 

Time buang air tu mesti ada cm drh period tu. Ok bila doc scan doc ckp kandungan tak macam 10 weeks. Kantung ada tp mcm kantung 5weeks, adakah salah tarikh?

Of course tak. Sbb mmg dr tarikh period tu mmg betul 10weeks. Tapi di mana baby?
Hanya kantung. Supposedly dh ada heartbeat kan. 

Ok sy pun just ckp xtah lah doc. Tp mmg kiraan tu betul. Bulan 12 tu lah last period. 3/1 tu check dh positive naik dgn terangnya

Doc ckp ada kemungkinan miscarriage. Kalau ada darah yang banyak sila pergi hospital. Atau nk tunggu lg 2 minggu, tgk mcm mane perkembangan

I decide to choose wait for another 2 weeks. Mane tau ada rezeki baby. Atau kalau gugur pun bia lah keluar normal dr d&c or cuci rahim..

Balik klinik google. Ada satu blog ni share blighted ovum. Mcm iye je. Org tu dh pregnant 10 weeks juga. Tp bile scan mcm 5weeks. Dia balik rumah tunggu smpai baby or kantung keluar sendiri..

Ini terjadi sbb mungkin kromosom terlebih, so baby tak develop. Simptom mmg ada je. Tp baby xde. Xpelah redha je. 

Jika ini yg terbaik sy terima. Mungkin belum masa menimang anak no 3, Allah suruh fokus pada Ainan dan Hadiff. Allah kan sebaik2 perancang😊

Stay tuned. Pape kt update. Doakan ye.. 

Sunday, January 13, 2019

Pengalaman Handle Anak Cirit - Birit Part 2

Baru balik klinik kerajaan
Kat klinik kerajaan macam lagi mudah nampaknya
Memang kene ambil 2-3 pendapat berbeza, juga banyakkan membaca dan bertanya

Saya simpan kat sini. Biar lepas ni boleh jadi rujukan sendiri
Ok ini nasihat doktor kerajaan

- beri apa sahaja yang anak nak makan. Air manis, makanan semua. Selagi anak nak makan.
Bagi saya ini relevant sebab anak dah cirit-birit takde selera makan lagi nak sekat makannya tak payah lah kan.

- tenusu doktor kata xkisah. Sebenarnya nak elakkan anak mual je. Sebab memang ada baca bagi je anak menyusu kerap as long as dia keep hidrat. Alhamdullilah ainan masih nak makan dan minum walau sikit. Favourite dia pasta cheese & mushroom. Pasta prego ke ape tu yang utk kids.

Resepi buat pun simple2 je
- pasta 1-2 genggam
- cheese & mushroom 3 sudu
- bawang putih blend halus
- ayam

tumis kan bawang putih tu, dengan minyak sikit. Masukkan ayam, ayam dan kuah mushroom dan cheese tu. siap..Pasta tu rebus lah bagi lembut.  Dah siap curah kuah ke pasta. Insyallah tak heavy untul perut

Doktor swasta tu kata pasta ni berat. Tapi bagi say as long as anak nak makan ok saje. Cuma jangan bagi berminyak sangat lah. Pedas pun no.

So sekarang saya keep bagi dia makan ape dia nak makan (Pasta, roti oreo, mihun goreng, air milo, calciyum, susu ) ini setakat hari ni. Doakan ainan cepat baik ye..

Eh lupa pulak. Doktor kata paling lama cirit-birit ni 2 minggu. Kalau tak ok juga boleh jumpe doktor lagi.  Keep monitor najis dan suhu anak ye

Ada yang suruh pergi hospital sebab dah lama sangat. Tapi Ainan aktif, nak makan dan nak minum doktor kata tak perlu.

Pengalaman Handle Anak Cirit-Birit

Dah masuk 7 hari ainan kene cirit birit ni.
Aduh risaunya lahai

Pergi klinik doktor advice untuk beri
1. Cal ci yumm (yogurt)
2. Air + gula batu
3. Ors
4. Smecta (Ini baru bagi saya, yang bagus boleh masuk dalam makanan, dalam air
    Semalam google dia cakap smecta ni boleh nagi najis keras, so possibilities untuk baik tu tinggi.
    1 hari satu sachet je. Ni baru bagi sikit masukkan dalam calciyum (fernleaf)
5. Tukar pampers kepada napkin untuk pengudaraan yg baik ( xbuat pun hehe)
6. Basuh/ cebok dengan air garam (also not done, pedih oii)
7. Untuk luka/ melecet saya sapu dengan herbal blend dari Shaklee je. Bagi saya, ni krim terbaik.
    Calamine tak leh. Nanti lagi melepuh melecet.
8. Selain tu boleh bagi air, atau sumber-sumber yang ada prebiotik. Doktor suggest biolife (mahal la pulok, so saya bagi vitagen. tapi sikit jelah)

Benda-benda lain yang relevant boleh guna formula BRAT
1. Banana (ada potassium)
2. Rice
3. Applesauce (puree)
4. Toast (roti yang di bakar)

Setakat ni ainan nak banana je, nasi pun dia ok. Applesauce tak bagi lagi. Toast dia tak suke jugak.
Malam tadi kaki tangan sejuk, risau juga tu. Bangunkan dia suh minum susu. Demam pulak dia. Tengoklah camne nanti. Hari ni ibu cuti. Nak bawak ainan pergi klinik kerajaan pulak. Klinik kerajaan lagi ok kan. Lebih terperinci. Walaupun orang ramai gila. Tapi rasa kat Simpang Renggam ni cam ok lagi. Swasta bagi saya ok, tapi nak juga minta pandangan dari Klinik Kerajaan.

Ok lah, nak siap-siap pum susu Hadiff. Nak tinggalkan dekat pengasuh kejap sementara nak anta Ainan pergi klinik. Bye. Assalamualaikum

Layan lah pic budak-budak dua ketul ni.. hehe
Dah besar dah pun. Ainan dah 2 tahun 8bulan, Hadiff dah 1 tahun 4 bulan. Tahun lepas ainan umur cam hadiff ni dah dapat adik hehe.





Tuesday, February 13, 2018

Pengalaman Melahirkan Muhammad Hadiff

Assalamualaikum,

Ya  Allah dah lama tak bersiaran dekat blog ni. Dah nak berhabuk bersawang semua lah.
Last cerita pasal pregnancy anak ke dua kan.

Alhamdullilah la ni Muhammad Hadiff dah pun 5 bulan. Dah pandai tiarap dan ketawa bila di agah. Anak sulong si Ainan Husna dah pun 1tahun 9 bulan. Dah pandai cakap, pandai jeles dan pandai usik adik. haha

Hari ni buka blog pakai pc kawan. So tetiba rasa nak update blog.
Plus teringat kat blog sebagai medium jualan Shaklee suatu masa dulu.
Vitamin Shaklee walaupun dah tak akfif di jual masih lagi ada peminatnya.
Hari ini pun ada sorang yang bertanyakan pasal Peppermint Ginger Plus.

Kalau siapa nak tau. Harga peppermint  Ginger plus adalah rm62 termasuk kos pos.
Sangat bagus lah untuk hilangkan angin-angin dalam badan. Dan kalau ada masalah sebu pun elok tau.

Anyway, berbalik kepada cerita anak ke dua. Nama diberi Muhammad Hadiff bin Johor Alif, truly anak johor lah kan. hehe. Lahir cantik tarikhnya follow kakak. Kakak 5.5.2016 hadiff pulak  9.9.2017. Senang nak ingat

Perjalanan nak melahirkan Muhammad Hadiff sangat berbeza dengan melahirkan kakak. Contration mula seawal 7pagi. Bangun tidur dah rasa contraction. Setiap setengah or sejam sekali rasanya. Bangun terus cakap dengan husband ada spot di panties. Itu tanda jalan dah terbuka

Terus bangun mandi sambil layan contraction. Nasib baik dah import mak dari kampung masa tu. So mak dah pun  siap masak. Tinggal makan je. Siap-siap bawak beg yang dah ready di sediakan awal hari tu. Cium anak sulong dan shot ke Hospital Kluang. Sambil layan contraction yang sentiasa kunjung tiba

Sampai kat hospital, mak ai ramai nya orang.  Tak macam masa melahirkan  Ainan Time tu tengah malam so memang tak ramai orang. Masa nak lahirkan Hadiff ni, memang hari-hari saya berdoa yang saya tak nak sakit lama sangat. Nak process bersalin tu cepat dan mengembirakan. Kadang-kadang saya bangun juga sepertiga malam Solat Tahajud untuk lebih direct dengan Allah.

 Tak selalu saya solat tahajud tu tapi memang itu lah doanya Saya Nak anak lelaki dan di permudahkan proses bersalin kali ini.  Alhamdullilah Allah makbulkan. Bila di scan hari tu memang anak lelaki.

Berbalik kepada cerita bersalin tadi, sampai je hospital terpaksa menunggu giliran memandangkan labour room semua penuh. Terpaksa menunggu di lobi labour room. Nasib baiklah hospital Kluang ni sangat selesa. Saya menahan contraction dalam diam. Setiap kali contraction datang saya akan baca doa nabi yunus " Laillaha ila anta, subhanaka ini kuntu minna zolimin" berulang-ulang kali sehingga contraction itu pergi

Di depan ada 4 orang yang masih menunggu giliran untuk di ambil perhatian oleh doktor. 7-9 pagi menunggu dengan penuh sabar akhirnya di panggil juga. Bila buka jalan dah 4cm. Doctor terkejut yelah saya kelihatan tenang dan biasa sahaja.

Selesai check saya di letakkan di katil bersebelahan labor room. Saya bagitau doktor dah tak tahan ni macam dah nak keluar, boleh tak masuk labor room sekarang. Malangnya labor penuh, Menanti lagi. Saya risau bayi di dalam perut akan lemas.  Saya langsung tak boleh baring, kerana contraction datang semakin kerap. Serasa bayi seperti hendak meluncur keluar

Cepat-cepat saya panggil nurse dan doktor. Doktor panik. Terus tolak sahaja katil tempat saya duduk menunggu tu. Nasib baik ada labor room yang kosong. Tapi belum berapa bersih. Lantak lah saya dah tak kisah.

Dari katil tu nk ke katil di labor room saya di minta berpindah. Saya cakap tak boleh dah tak tahan sangat ni. Tapi doktor kata kalau tak beralih tak boleh bersalin. Saya redha, kuat kan diri dan berpindah ke katil labor room.

Suami kali ni saya janji untuk beri dia tengok proses saya bersalin. Tapi tiada rezeki dia, baby dah tak boleh di kawal, dengan sekali push lahirlah Muhammad Hadiff ke dunia tepat jam 1.27tengahari dengan berat 3.47kg. Ringan sikit dari kakak hehe. Kakak dulu 3.52kg

Alhamdullilah, lega sangat-sangat. Bayi diberi kepada saya untuk di sahkan jantina dan sedikit bonding time sebelum di bawa untuk di bersihkan. Alhamdullilah mommy of two. Sepasang dah dapat.  Untuk yang tak tahu saya telah menanti selama 3 tahun dan 4 bulan sebelum saya mendapat sepasang anak ini. Allah maha kaya, dia kurniakan dua cahayamata dalam 2 tahun.

jom tengok Muhammad Hadiff selepas di lahirkan hehe


Muka nya sangat lah comel hehe. Beza skit dari kakak mungkin sebab lelaki kan hehe


kiri kakak Ainan semasa lahir. kanan  Hadiff 

Jom usha plak Hadiff dan Ainan kini hehehe

Ainan Setahun 9 bulan

Hadiff 5 bulan

l
Ibu dan Hadiff


Our Happy Family

Ok sampai di sini je eh. ibu dengan hadiff nk g check up 5 bulan ni bubye..