Monday, June 17, 2013

SHAKLEE NUTRITION WORKSHOP

Assalamualaikum..

Hari ni sy nk share pengalaman sy join Workshop Shaklee, sgt la seronoknya.  Hingga terbawa-bawa dalam mimpi.. seronok tengok ramai orang melayu especially kaum ibu yang berusaha untuk keluar dari kepompong selesa kehidupan.

Mostly join Shaklee untuk pakai sendiri macam utk cantik, pantang, boost susu dan macam2 lagi.
Tapi bila diaorang realize Shaklee boleh buat duit terus join.. Sape tak nak jadi master dengan gaji sebulan mencecah 50K?  Tak caya..? try la join.. tgk betapa beruntungnya menjadi seperti Master Cherry yang sanggup tinggalkan kerja Petronas demi mengejar impian jadi bos kat rumah dan boleh jaga anak sendiri dan dapat kepuasan financial freedom.. alahai.. tak tercapai dek akal mu la.. klu tak join sure tak tau..
Bersyukur sgt sbb di pertemukan dgn group Jutawan Shaklee ni.. ok dh start melalut.. kite pergi tujuan asal ye.. hehe :)

okeh.. sy gerak dari rumah around 7 am.. sgt la berkobar2 nk join Workshop ni.. Sampai jb kul 8.45am.. terus msg Yati (my shaklee fren) tanya dia dh kat mane..pergi usha2 Hotel Crystal Crown.. fuhhh.. nasib baik betul kan.. wakakaka.. so dlm kul9 terus naik atas sbb Yati n Aishah dah smpai..

Tentatif program lebih kurang cmni:
Pendaftaran
Bengkel 1
Rehat
Bengkel 2
Rehat bersama ESP (super duper best.. siap ada performance auuu.. sedap dan bertenaga)
Aktivit interaktif dan kuiz (sy dpt pil box yg sgt limited edition. i loike sgt)
Pemberian sijil dan bersurai (ambil sijil dgn Master Zura Betty yg sgt gojes!)

So, speaker pagi tu Celine Lim seorang Science Nutrition (UKM)
Sgt petah berkata2.. muka licin gile cm telur di kupas ye.. admire betul la..
actually ape yg sy observe, mostly org2 yg amalkan Shaklee sume muka cantik2.. teruja gile nk amik vivix, collagen powder and esp.. nk juga MUDA SEBELUM USIA..
Rugi betul sape tak try Shaklee ni.. tp sy xdpt nk amik gmbo Celine sbb dia tak reti duk diam.. haha..

So event pun bermula... dari satu produk ke satu produk.. sy akan share kat blog ni nnti ape yg sy dh belajar. Mula2 mmg semangat tahap dewa.. tp bila dh petang amat la lemau nye.. tapi tak ngantuk pun.. cume pening yg amat.. overload you olllsss....

Join Bengkel ni, teringat zaman bekerja dgn Mc Donalds As manager dulu.. workshop yg lebih kurang same, dgn speaker yang sangat semangat berkata2.. meresap la dlm diri ni.. sampai termimpi2 kisah yang dia cerita. Tentang supplement yang selamat dan tidak selamat, tentang uncle yang meninggal gara-gara tak mau dia bantu oleh shaklee, kisah seorang nenek yang dh berusia 100++ yg hampir menemui ajal.. all those story really inspire me..

Berkenalan dengan kawan2 baru memang seronok.. jumpe dgn yati, aishah yang suatu masa dulu tak kenal.. skang duk semeja menimba ilmu.. duk sebelah wani yang ada anak dua org.. first tak ambil shaklee, 2nd ambil.. memang ada beza.. anak 1st agak gelap anak 2nd putih melepak.  Kenal dgn K.nitra seorang suri rumah yang struggle utk bantu husband kua dari financial freedom.. betul2 mengajar utk lebih maju dan kuat dgn Shaklee..

Syukur sgt.. walaupun i got a certificate dari Universiti.. tpi tu tak menjamin pun kehidupan yang selesa dan bebas hutang.. Alhamdulliah syukur sbb Allah masih syg :) DIA temukan Shaklee dgn sy dan org2 yang ingin berjaya.. moga impian sy nk jadi MASTER tercapai.. amin.. ^___^

Jom usha gambar sekitar Workshop tu  k...







Sebelum Bermula
Feeling so excitedddd.. =D


















ops! abaikan gambar Master Maleq tu ye.. hehe..














coQ10 ibarat petrol,
Mitochondria ibarat kereta,
dan anda parking lot!

Kesimpulannya tanpa coQ10, mitochondria tidak bergerak, anda akan terus letih.. =D
(hanya yg pergi akan faham.. hehe)









Part of activity.. selling your product and sell yourself too.. :)










Peneman sepanjang Workshop berlangsung.. tengah yatie, kanan Aishah :)






Yea!! graduation time.. me with Master Zura..
Terserlah kegemukan sy disitu.. ouch.. kene diet nk korek rahsia Master Zura yang selim melim tu.. heee








haha.. terlalu ramai org.. nampak kepala je.. cari r klu jmpe.. heheeh
comel sungguh MASTER duk dpn tu.. aura2.. 


Pape pun.. Workshop Nutrition Shaklee amat la best.. xsabar nk g next Workshop.. im hungry of Knowledge.. moga ilmu ini bermanfaat dan dapat membantu insan yang kesusahan.. amin... 





Friday, June 14, 2013

SURAH AMALAN UTK IBU MENYUSU

Untuk menjayakan penyusuan, ibu perlu kuat dari segi mental dan fikizal. Namun penyusuan bukan berkisar kepada hasil tuaian susuibu semata2 tetapi lebih kepada bonding, pembentukan hati dan perasaan si anak berkait rapat dengan emosi ibu semasa menyusukan atau memerah.

Maka jom amalkan beberapa surah ini agar hati anak yang terhasil adalah hati yang tawaduk pada Ilahi.

»Surah Al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

»Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

»Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

»Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

»Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati

»Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

»Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

»Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

(Ruj dari granny Zahirah, Ustazah Siti Nor Bahayah)  n kak N

HALAL DAN SHAKLEE

Assalamualaikum..
Salam Jumaat..

Masih ada yang meragui tahap ke "halal" an Shaklee?
Mesti masih ada kan..? Minggu lepas sy di hujani dengan soalan panas ni.
Yup.. dari kawan sy yang baru consume set kecantikan Shaklee.'
Set ni mengandungi VITAMIN E, VITAMIN B dan VITAMIN C CHEWABLE
Sy semangat tgk dia nak cantik.. dia punya eager and passion tu yang sy suka.
Kawan sy ni cikgu.. so benda2 halal haram harus la dititik berat kan..lagi2 kat botol Shaklee
takde pun cop halal kan?
So.. di mana halal nya Shaklee? kdg2 terasa relevant juga... hehe..
ok.. stop merapik..
as an independent distributor.. harus sy membersihkan nama baik Shaklee..
Terasa panas, hangus terbakar bile ke"halal"an Shaklee di persoalkan ..

Sy start google sumber yang sahih.. msg SAHABAT JAKIM mohon pencerahan dan penjelasan.
Alhamdullilah respon positif di berikan. Jom usha apa yang sy dapat :)

*************************************************************************

Status HALAL Shaklee

Apakah definisi HALAL?

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.


Logo Halal



Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi: 

*rujuk gambar logo halal jakim

bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
diikuti tulisan rumi “HALAL”;
bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Sumber: Halal Jakim

Halal bukan sahaja perlu jelas dalam produk makanan, malahan apa-apa barangan yang kita gunakan seperti kosmetik, pakaian (e.g. kasut) dan juga perkhidmatan mcm insurans, perbankan, perniagaan dan lain-lain. Dalam kes pemberian status HALAL, pihak JAKIM akan memberikan status tersebut sekiranya pengusaha makanan/produk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 

Jadi bagaimana dengan produk Shaklee? Adakah ia halal? Takde pun logo HALAL Jakim kat botol-botol Shaklee? 

Memang mencemaskan bukan? Cuba tengok kat botol vitamin Shaklee tu dengan teliti dan perhatikan di mana ia diperbuat (manufactured)? Kat mana? Yes, Shaklee di perbuat di sebuah kilang di California, USA.

Sebenarnya, produk Shaklee telah mendapat HALAL Certificate oleh satu badan halal di USA iaitu Islamic Services of America (ISA). Memanglah Shaklee tak menggunakan logo HALAL JAKIM, namun kalau kita bertanya dengan pihak JAKIM, mereka juga mengiktiraf Badan Islam Antarbangsa di beberapa buah negara di dunia termasuklah ISA ni. Ok, saya dah memudahkan anda untuk semak dengan membuat screen shot di website JAKIM di bawah ni.



"Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru. Berikut merupakan senarai badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara" - JAKIM
Di bawah ni pula adalah Sijil HALAL dari ISA untuk semua produk Shaklee.

*rujuk gambar sijil halal dari ISA, yg telah di iktiraf oleh jakim




Selain itu, rujuk penjelasan yang saya minta pada SAHABAT HALAL JAKIM


Diharapkan penjelasan ini sangat jelas dan tiada perasaan was-was nak menggunakan produk Shaklee ye. Saya tidak akan memakan serta menjual produk yang ragu-ragu status halalnya. Bukankah mencari halal itu suatu fardu setiap umat Islam? 

Malahan dalam al-Quran dan hadis pun banyak sebut tentang pemakan yang Halal ni. Antaranya :

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

(Surah Al-Baqarah : 168)
Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?

(Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Sekiranya terdapat keraguan lagi mengenai hal ini, boleh berhubung dengan sy, momsmilkyway, pihak JAKIM atau Shaklee sendiri.


boleh rujuk sini: 

http://www.tiffinbiru.com/2012/05/logo-halal-antarabangsa-yang-diiktiraf.html
http://www.halalscience.com/blog/category/panduan-halal/
http://www.momsmilkyway.com/2012/11/status-halal-shaklee.html
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf