Friday, June 14, 2013

SURAH AMALAN UTK IBU MENYUSU

Untuk menjayakan penyusuan, ibu perlu kuat dari segi mental dan fikizal. Namun penyusuan bukan berkisar kepada hasil tuaian susuibu semata2 tetapi lebih kepada bonding, pembentukan hati dan perasaan si anak berkait rapat dengan emosi ibu semasa menyusukan atau memerah.

Maka jom amalkan beberapa surah ini agar hati anak yang terhasil adalah hati yang tawaduk pada Ilahi.

»Surah Al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

»Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

»Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

»Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

»Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati

»Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

»Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

»Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

(Ruj dari granny Zahirah, Ustazah Siti Nor Bahayah)  n kak N

No comments:

Post a Comment