Monday, August 24, 2015

Doa Berlindung Dari Sifat Buruk dan Hutang

Pagi-pagi begini elok amalkan doa berlindung dari sifat buruk dan hutang.
Al maklum lah. Zaman gst ni. Hidup terlalu mencabar.
.
Kadang-kadang terbang bebas, kadang-kadang tersungkur tanpa arah tuju.
Yang penting sebagai manusia kita kena sentiasa bersyukur.
.
Bagi saya yang di ajar oleh kawan-kawan. Bertawakal dahulu baru berdoa.
Sebabnya, kalau hanya berusaha tidak berdoa, tidak bertawakal memang lambat sikit rezeki nak masuk
.
Contohnya.
.
Hati manusia ini yang jagakan Allah.
Maka sebelum memulakan sesuatu pekerjaan mulakan dengan doa.
Mohon Allah bukakan pintu hati pelanggan untuk beli barang dengan kita.
Selepas itu berusaha dan bertebaranlah mencari rezeki
.
Sebab tu di sarankan untuk
.
# solat dhuha awal waktu
# berzikir
# baca Al-quran
# baca Al-mathurat
# solat hajat
# solat tahajud
.
Dan lain-lain lagi. Sebabnya bagi saya menjemput rezeki itu lebih mudah dari mencari rezeki.
.
Berniaga juga perlu ikhlas dan bantu sepenuh hati. Jangan hanya mengejar duit ☺☺
.
Sama-sama amalkan ye.

No comments:

Post a Comment