Wednesday, November 4, 2015

Bahaya stress ketika hamil


Ibu hamil sering juga mengalami stress. Mungkin di tempat kerja, mungkin di rumah.

Ibu yang stress, tidak gembira, kurang rehat akan meningkatkan risiko tertentu pada bayi. 


Kajian menunjukkan ibu yang stress ketika hamil akan meningkatkan kemungkinan untuk lambat bersalin berbanding ibu yang sentiasa happy ketika hamil.

Surround you pregnancy with happiness.
Banyakkan berehat, kurangkan berfikir hal remeh temeh. 

Ada orang cakap jika kita as ibu dan ayah sering bergaduh, anak yang mungkin cenderung bersifat ganas.

Kita mestilah tak nak macam tu kan? So cegahlah dari bergaduh. Connection antara ibu dan anak itu kuat. Jika ibu sedih anak dalam kandungan juga sedih, kalau kita dah dapat rasa gerakan mesti bayi sedang dalam keadaan menutup telinga. Bayi pun tak suka kan pergaduhan. 

Ibu yang stress juga berisiko 
❤️ mengalami keguguran
❤️ bayi lahir pramatang
❤️ bayi punyai sesuatu alahan
❤️ pengaruhi berat badan bayi ketika lahir

Mungkin para bapa tak tahu peritnya mengandung. Apatah lagi melahirkan. Tapi cuba lah para bapa fahami apa yang ibu2 nak.



Semasa hamil berat badan bertambah, energy kurang, badan penat, pinggang sakit setiap masa, kaki krem, muntah, sakit kepala, selera makan tidak menentu semua ibu cuba atasi sendiri. Ibu memang mahkluk ciptaan Allah yang maha kuat



Cuba fahami dan selami hati para ibu. Bukan ibu tak mahu jalani rutin seperti sebelum mengandung tetapi kesihatan sendiri tak mengizinkan. Nampak sihat tapi tak boleh lasak2. Sebab tu para ibu banyak tidur, berehat, duduk, kurang buat kerja rumah

Apakah salah nya kalau si bapa ambil alih tugas tersebut? Fahami isteri. Jangan beri mereka stress. 



Bagi saya sendiri, saya amalkan makan b complex ni. Untuk peroleh ketenangan. Alhamdullilah kalau sedih takde nak fikir lama-lama just let it go. 

Mohon ibu-ibu tabah hadapi segala rencah kehidupan. Doakan yang terbaik untuk bayi. Doakan di permudahkan segala urusan. Tolak tepi benda yang kita tak suka. Be positive..always positive
Insyaallah selamat dunia akhirat. Aminn

No comments:

Post a Comment