Monday, February 22, 2016

dexandra review : bond no 9

bond no 9.

perfume ni sangat segar baunya.
even leuniey natasha love it!

siapa tak kenal leuniey?
isteri penjaga gol negeri kelantan tu..
apek 😊


she beautiful with brain. siap suggest untuk beli jenama-jenama yang dia suka tau.

orang kata orang yang pakai minyak wangi bond no 9 ni orang nya perfectionist.

tentunya ramai orang-orang koperat suka pakai kan. anda tak nak ke feeling macam orang-orang kaya. kalau tak silap harga pasaran bagi minyak wangi ini ialah sekitar rm1500++

yang ni saya cari di lazada. not really sure about the price. ada orang kata sekitar rm1500.



terkejut kan?
tapi harga dan bau memang setanding. 
sedap sangat bau dia. 
tak terluah dengan kata-kata.

nak bau yang serupa tapi nak murah dan berkualiti? jom try bond no 9 by dexandra.



minyak wangi edp first class seakan original. saya pasti anda tak menyesal.
saya pun macam nak grab satu buat simpanan. hehe..

sampai di sini saje ye. nanti saya update lagi pasal bond no 9 ni. jatuh hati dah ni. 

nak bond no 9?
whasap sy 



checklist barang bayi dan ibu

saje nak simpan sini sebab nanti boleh buat rujukan di kemudian hari.

yang conteng-conteng je. hehe
feel free to share.




seronok membeli belah barang baby tau. excited!

amalan mengandung ketika masuk bulan ke 7

one of my friend ada share kan tips.
dia cakap kalau nak anak putih bersih tanpa selaput ketika bersalin amalkan beberapa makanan.

korang boleh start amalkan ketika masuk usia kehamilan menjangkau 7 bulan. antaranya :

# minum air kelapa 
# minum susu kambing
# minum minyak kelapa dara, seeloknya dari jenama d aura

pengambilannya

-susu kambing tu minum pagi dan malam,
-minyak kelapa dara ambil 2 sudu pagi dan 2 sudu malam, saya beli online je. satu set ada 2 botol rm79. tapi kalau nak murah lagi beli 2 set hanya rm129. jimat lah sikit. sebab nak minum lama


- air kelapa tu kalau boleh minum sehari sebiji, kawan saya kata incase tak serasi macam sakit perut or muntah better stop. sebab lain orang lain kesannya.

amalan lain untuk elakkan baby kuning 

-boleh makan kurma 3biji setiap pagi
- amalkan jus delima gulsan setiap pagi dua sudu. saya tak boleh sebab gastrik. sebotol pun tak abes :(


tgk pic bawah ni. insyaallah membantu. alhamdullilah member tu lahirkan anak yang berkulit sangat cantik.

saya kene konsisten klu nak anak cantik hihi. jom sesama amalkan 


Sunday, February 21, 2016

30weeks and still counting

assalamualaikum,

tak sangka. dah 30weeks.
badan makin membulat. 
alhamdullilah baby sihat..

(30 minggu pregnancy :) )

kicking-kicking makin selalu di rasakan.
kadang kalau salah landing mengeletek-geletek dalam perut.

dulu tak terfikir untuk dapat anak sendiri. hampir putus asa juga ber "ttc". tapi Allah maha tahu, maha kaya. di beri juga buah hati pengikat kasih suami isteri :)

alhamdullilah syukur.
dengar kata ramai juga kawan-kawan yang berttc berjaya mengandung. antaranya fiza mazalan (kawan time diploma), dila (kawan time degree), kak ida (pembantu makmal sm sains muar), kak tini (kakak sendiri setelah 6tahun menanti)dan ramai lagi yang dapat rezeki anak setelah lama menanti.

semalam ada berchit-chat dengan dropshipper dexandra. zue zainal, dia cakap, adik-adik yang baru kahwin jangan sekali-sekali terdetik dlm hati tu kata nak anak lambat sikitlah. sebab cousin dia ada  yang cakap macam tu. sampai 5tahun takde anak.

sebabnya diri sendiri dulu pun pernah macam tu. al maklumlah kt xde adik. so takutlah nk ada ank sendiri. suami nak anak tapi kita tak ready, mungkin sebab tu Allah delay.

La ni insyallah ready!!
kewangan pun dah stabil. 
so memang akan beri yang terbaik buat baby kami.

di jangka bayi yang bakal lahir ialah baby
girl. so saya dah pun readykan barang-barang bersalin. bulan ke 7 baru readykan. tu pun dia punye nervous semacam je..tetiba je kelengkang sakit dah rasa macam nak bersalin.

nak bangun susah, nak mengiring tak boleh. alahai..terus esoknya saya ambil cuti. basuh semua baju dan barang baby.  lengkapkan barang dan terus letak dalam  kereta hihi





ni lah sebahagian baju-baju baby saya. playsafe. beli satu je baju pink. yg lain putih dan biru. masa scan memang perempuan mana tau dah keluar boy kan. hahah

kebanyakkan barang ni saya beli di baby shop iaitu smartkids di kluang dan pacific di dalam kluang mall. agak mencabar sebab kita tak berapa tahu nak beli apa walaupun dah ada list.







sapa nak list ni secara jelas whasap sy 0176334570. nnti sy share. ni pun kawan saya share.hihihi

macam maternity pad Madame. bukan ada kt tempat pad biasa. rupanya di jual di bahagian anakku. sama juga dengan puting botol susu. sangat digalakkan kan untuk ambil yang orthodentic dan x cut. utk keselamatan baby supaya baby tak tersedak semasa hisap susu.

saya juga tak pakai minyak yuyi dan krim calamine dan drapolene untuk ruam. saya tanya pendapat kawan-kawan yang ingin anak-anak pakai krim yang bebas bahan kimia. so saya pilih herbal blend Shaklee untuk ruam dan minyak telon Tropika untuk bayi.

first time cari barang baby hampir dua jam juga. tawaf satu smartkids tu. suami dah panas bontot. kita yang memboyot ni gagah lagi nak cari barang anak. dia siap dah stress hahah. kelakar la bapak2 ni. lorat..xreti saboo. ibu2 tengah fefeeling ibu mithali memang la kene belek barang tu lelama. nak dapatkan yang terbaik katanya. 

last-last ada juga yang tersalah beli. orang kata jangan beli barang mandian fiffy. nanti ruam. nextime kita cari lagi yang lain. hihi.

cari barang baby ambil masa dua kali juga lah keluar mencari. alhamdulillah sume dah settle. bidan pun dah booking. rm350 ko untuk 3hari ke 7hari tak taulah.

ada juga barang-barang bayi yang abg bagi dia punye. macam barut dan bedung. so pakai je apa ada. jimat lah sikit. keseluruhan dekat rm400++ juga barang ibu dan bayi. nasib baik kami dah menabung rm200 untuk bayi sejak tau pregnant. so tak lah rasa berat sangat kan.

korang pun boleh buat macam tu. 
okey tu jelah kot. till meet again. nanti saya share lagi cerita pregnancy ni ye. 

assallamualaikum

Sunday, February 14, 2016

review perfume : forbidden rose by avril lavigne

Forbidden rose - by avril lavigne
Dexandra mengeluarkan dua jenis botol untuk wangian dexandranya.


1. 35 ml - rm65
2. 3ml- rm10

inspired perfume dari avril ini memang nampak macam biasa-biasa. Tetapi baunya amat menambat hati. Saya definasikan baunya seperti memakai bedak, ia powdery dan berbau lembut.

highly recommended untuk orang yang suka bau soft, bunga2 , manis2 lembut, dan lemak berkrim hihi.

kadang-kadang tu bila dah bercampur dengan peluh bau dia akan bertukar seolah-oleh kita pakai lotion. memang menenangkan.

yang paling best. sembur sikit dekat dalam bilik ia boleh jadi pewangi untuk bilik dan katil :)


jom tengok lebih details tentang perfume ni.


JENIS WANGIAN : fruity , sweet, woody dan floral

AROMA : 

Top note : white peach, red apple, bourbon vanila

Middle note : Lotus, heliotrope, green apple

Based note : sandal wood, vanila, chocolate

wangian ini di keluarkan pada july 2010. Orang putih kata wangian ni sesuai untuk wangian sebelah petang dan malam. 

ia tidak terlalu manis, lelaki perempuan pun boleh pakai. Ia perfume unisex. ramai lelaki suka perfume perempuan kan? sesuai lah sangat nak share suami isteri hihi.

ada juga yang mendefinasikan forbidden rose sebagai wangian yang seksi dan misteri. sesuai di pakai ketika hari yang tenang, hari hujan, dan hari yang panas. 

jom layan lagi testimoni forbidden rose.
kalau nak tahu ini adalah favourite perfume dropship2 saya. cepat aje habis kalau di restok.

memang terbaik!



tunggu apa lagi?
jom grab. saya boleh pos ke seluruh malaysia. cod kluang, simpang renggam dan batu pahat ye.

fb : huda alif
fb page : parfum houz





7 sebab kenapa kita kena pakai wangian

7 SEBAB KENAPA KITA PERLU MEMAKAI WANGIAN..

Perfumes bukan 1 keperluan tapi kemestian.. hehe, Yup , bagi saya tidak lengkap rasanya jika kita sudah berpakaian cantik menarik tetapi tidak menggunakan sedikit wangian pada diri sendiri... kenapa ya? 



1) PERFUMES MENAMBAH KEYAKINAN...

Jika badan kita berbau busuk.. adakah kita rasa yakin untuk berdepan dengan orang lain? mesti tak kan.. nak salam peluk pun kita rasa tidak selesa... Begitu juga sebaliknya jika kita berwangian.. automatic kita mula rasa confident , ia terjadi dengan sendirinya.. 

2) PERFUMES MENAMBAH ENERGY.

Ketika kita keletihan / rasa ngantuk  bukan kopi / gula2 sahaja yang boleh memberi tenaga.. cuba spray sedikit perfumes... kita mula rasa segar kembali .. kerana wangian mampu memberi kesegaran yang baru , aromanya mengejutkan kita...

3) PERFUMES BERI RASA happy PADA DIRI & ORANG YANG BAU.

Perfumes mampu membantu hormon kegembiraan. Bila kita rasa tertekan, atau kegelisahan.. perfumes boleh mengembalikan rasa bahagia dan tenang.. Caranya.. tarik nafas dalam2 dan lepaskan.. kemudian spray sedikit perfumes.. especially bau2 note yang fresh.

4) PERFUMES boleh MENGGAMIT MEMORI

BILA saya memakai perfumes narciso, saya teringat zaman percintaan saya.. i love the memory to comeback... dan ketika saya memakai perfumes LANVIN MERRY ME.. saya teringat waktu pernikahan & perkahwinan.. terimbas segar... Perfumes mempunyai kekuatan ingatan pada satu2 peristiwa.. Jika kita mahu mempunyai ingatan pada satu2 memory, cuber tukar perfumes yang biasa kita pakai kepada bau perfumes baru... its help u to remember the memory

5) PERFUMES MEMBANTU MENGUATKAN INGATAN 

Seorang ilmuan pernah shared dengan saya rahsia menguatkan ingatan.. ialah dengan memakai wangian, dan menasihatkan pelajar-pelajar sebelum   belajar perlulah memakai wangian untuk membantu ingatan dan seterusnya membantu ketika menjawab soalan ketika peperiksaan.. Wow.. hebatkan.. ? ibu2 jangan lupa lepas ni semburkan wangian buat anak-anak anda... cukuplah seadanya.. 

6) PERFUMES mampu menggoda SUAMI ISTERI.

Yup , perfumes mampu merangsang hormon sexuality.. Jangan salah gunakan ya.. hehe.. Pakai lah wangian walaupun dirumah...untuk suami dan isteri kita.. Saya sarankan bau bauan yang tertentu untuk suami isteri. Sila dapatkan nasihat daripada pakar perfumes anda... hehe.. Kebahagian kita datangnya dari rumah.. berwangi - wangian untuk orang-orang yang tersayang sangat perlu . Bukan hanya spray ketika mahu keluar rumah...

7) PERFUMES adalah SUNNAH..

Saya yakin ramai yang tahu, berwangi wangian itu sunnah rasullullah ,
 
Setiap manusia mempunyai minat. Suka kepada sesuatu. Apakah benda yang ada di dunia yang disukai oleh Nabi S.A.W? 

Sabda Nabi S.A.W : “ Perkara yang disukai oleh aku daripada dunia, wanita yang halal dan wangian.” Wangian dan haruman yang bagus adalah perkara yang disukai oleh Nabi S.A.W. 

Tak syak lagi, sukanya baginda kepada wangian kerana naluri fitrah seseorang manusia yang normal. Setiap orang jika fitrahnya baik, jika kejadiannya baik, jika kemanusiaanya baik sudah tentu dia akan suka kepada wangian. Sebaliknya akan membenci, seperti Nabi S.A.W yang tidak suka kepada bauan yang busuk. Nabi S.A.W benci jika terlihat atau terbau benda yang busuk. Rasulullah tak suka makan bawang putih, merah dan tumbuhan yang berbau busuk. Apabila baginda ditanya tentang ini. 

“Saya seorang pemohon”. Bermaksud, aku memohon kepada tuhanku dan malaikat turun kepadaku,sebab itulah aku tak mahu ada padaku bau busuk. Berwangi menyegarkan jiwa untuk beribadah. 

Nabi jadikan wangian, 1/3 dari mas kahwin Fatimah Antara sunnah dalam wangian. Nabi S.A.W mengajar kita agar tidak menolak wangian. Sesiapa yang mendapat wangian sebagai hadiah atau diberi wangian di tempat khusus maka janganlah dia tolak wangian tersebut kerana dia adalah nikmat kurnian Allah S.W.T kepada manusia.

Semoga Bermanfaat

#hudadexandrateam
#dexandrakluang
#dexandrasimpangrenggam
#dexandrabatupahat

fb : huda alif
fb page : parfum houz

kenapa kita kena solat dhuha?

kenapa kena solat dhuha?

"BAB: Hutang Dhuha
Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat Dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat Dhuha dan sedekah di negaranya.

Di dalam bukunya bertajuk "Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya. Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, "Siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?" Rasulullah bersabda, "Jika terdapat kotoran di masjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat Dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat Dhuha.” (HR. Muslim).

Melalui hadis di atas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada di antara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang Dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari didarab dengan 2 rakaat Dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang Dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?

Persoalannya di sini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?
Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur di dalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampaikan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah. Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur. Ustaz dengan pantas bertanya, “Ada mengamalkan solat Dhuha tak selama ini?” pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “Patutlah Allah mengambil (melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang Dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat Dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur di dalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang-hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms kepada ustaz
“Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang Dhuha di "Program Dhuha Coffee" ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang Dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang Dhuha ini kepada seramai mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga... insyaAllah
Namun, pasti akan ada yang bertanya, “Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara-perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik di fikiran sesetengah antara kalian. Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang Dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.
Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha di dalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar–pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat Dhuha agar mereka lagi bermotivasi.

Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang di sekeliling anda tentang kelebihan solat sunat Dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang Dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga-moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang Dhuha penulis / (saya penyebar).

Bab 31: Hutang Dhuha
~ Apa yang saya belajar dari bab ini adalah tentang…
❤Manifestasikan cara bersyukur kita kepada Allah kerana diberi kesihatan anggota badan dan nikmat lain melalui bersolat Dhuha
❤Sudah berapa banyakkah hutang Dhuha kita selama ini?
❤Dengan berdhuha, pintu rezeki kita pasti dibuka seluasnya.
Jom mengajak orang semua mendirikan solat Dhuha setiap hari ...biiznillah
Sekian."
(sila share, kian kurang jugak hutang Dhuha saya. terimakasih. moga Allah balas jasa anda)


cara mudah untuk customer membeli

dulu saya selalu merungut..
kenapa saya takde customer?
mentor saya akan tenangkan saya dan bgtau.

hubungan sesama manusia dh ok.
hubungan dengan Allah macam mana?
dah buat semua master checklist utk menjemput rezeki? 
cari rezeki memang susah. guna kan formula menjemput rezeki. insyaallah berpusu2 org nak beli. tapi jangan lah buat sekali je. amalkan setiap hari..

antara amalan menjemput rezeki
1. solat sunat subuh 2 rakaat
2. solat sunat dhuha 2 rakaat. nak afdhal buat 8rakaat
3. zikir ya wahab 300x, selawat 100x, istighfar 100x
4. baca surah al - waqiah, surah yasin, surah al mulk
5. solat sunat hajat
6. solat sunat taubat
7. solat sunat tahajud
8. baca al quran walau satu muka surat pun.

kalau tak mampu istiqamah semua. cuba lah pilih mana2 yg rasa boleh buat. improve yg lain2 tu. pelan2. mula2 memang rasa mcm kena paksa. bila dh sebati tak buat rasa tak best 😊😘

ini rahsia amalan jutawan. 
if you dare to dream, follow je apa mentor cakap.. berniaga tanpa mentor akan buat kite berniaga tanpa arah tuju. rugi tu..

follow je org berjaya. insyallah soon or later anda pun akan berjaya 😊😊

#hudadexandrateam
#dexandrakluang
#dexandrabatupahat
#dexandrasimpangrenggam

fb: huda alif
fb page: parfum houz

cara mengatasi back out buyer, rejection dan cancellation

rejection/back out buyer/cancel order

3 benda yang penjual online takut. 
bagi saya its doesn't matter 😊

sejak 3tahun lepas saya berniaga online, macam2 customer saya dh jumpe. ada yg cancel order selepas kt consult bagai nak rak, ada yg kt nk jd dropship last2 senyap. 

hihi, tu semua asam garam berniaga. biasa lah tu. cik kak jgn la rungsing sgt. jgn la smpai putus kawan, jangan smpai xnk layan kalau nextime org2 ni dtg lagi.

layan je. berlapang dada. mentor saya selalu pesan, kalau Allah kata dia ni rezeki kau, kau dpt lah sales dr dia. kalau tak memang bukan rezeki kau. apa nk pening2.. 

senyummmm...😊😊
kalau paksa dia pun xkemana, nanti lama2 diaorang ni akan menyusahkan anda pulak. mungkin lepas transaksi akan ada complain, so Allah elakkan customer ni siap2 dari kita.
semua terjadi ada hikmah.

jangan cepat marah insyallah. anda kaya dan berjaya 😊😊 bersangka baik setiap masa tau..

#hudadexandrateam
#dexandrakluang
#dexandrasimpangrenggam
#dexandrabatupahat

fb : huda alif
fb page : parfum houz

tips berniaga online

tips berniaga online..
(pengalaman sendiri)

maksimum kan rakan di fb. 
cuba check balik friend anda ada berapa?

mentor sy kata pastikan rakan anda adalah 3000-5000 orang. kalau kawan setakat 200-300 orang tak payah nak berangan nak berniaga online. 

pertama kali saya berjinak-jinak berniaga online, saya korban facebook peribadi saya. kalau anda serius nak jana income. korbankan fb anda.no more about me, semua about product, customer, tips. kalau create fb lain. belum tentu cepat dpt customer, sbb makan masa nk create relationship.

jangan terkejut, sebenarnya potential customer anda adalah rakan-rakan terdekat. mereka lebih percaya nak beli brg/product jualan kalau mereka kenal kita. berbanding dengan entah sapa-sapa. rakan2 akan feeling secure dan percaya mereka tak akan di tipu berbanding membeli dengan ntah sapa-sapa 😊😊

kenal pasti potential customer juga ye. 
macam saya jual perfume. sapa yg suka perfume? perempuan 😊 yes! add perempuan ramai-ramai. memula add lah org yg kita kenal, lepas tu add la friend of friend.

tapi maximum kan sehari 10 orang. sebab takut kita kena block. nk add stranger pun boleh tapi jangan kerap sgt, kang kena block.

then, teruskan dengan promote, bg tips, bg motivasi, insyaallah. sebulan pertama memang sukar. bulan berikutnya insyaallah mudah. yang penting konsisten..

post lah setiap 2jam sekali. jangan cepat mengalah. lain2.. cuba lah 

😊medium instagram (jangan lupa hashtag cth #dexandrakluang) sgt membantu pencarian. 

😊we chat moment (rajin2 search people nearby,lama2 ada gak yg sangkut dgn iklan kita. 

😊blog - ni long term, memang membantu kalau org google

😊fb ads - kalau ada bajet lebih

😊fb page - rajin2 post

tu jelah rasanya medium yg sy pernah buat. semua ni perlukan kerajinan dan ketekunan.
lagi satu hubungan dgn Allah silalah jaga. beriklan pung pang pung pang kalau hubungan dgn Allah tak jaga memang tak ke mana😊

ingat.. yg mengerakkan hati customer utk beli brg anda adalah Allah. so jgn sombong k.

salam syg

#teamdexandrahuda
#dexandrakluang
#dexandrasimpangrenggam
#dexandrabatupahat

fb : huda alif
fb page : parfum houz