tak sangka. dah 30weeks.
badan makin membulat.
alhamdullilah baby sihat..
kicking-kicking makin selalu di rasakan.
kadang kalau salah landing mengeletek-geletek dalam perut.
dulu tak terfikir untuk dapat anak sendiri. hampir putus asa juga ber "ttc". tapi Allah maha tahu, maha kaya. di beri juga buah hati pengikat kasih suami isteri :)
alhamdullilah syukur.
dengar kata ramai juga kawan-kawan yang berttc berjaya mengandung. antaranya fiza mazalan (kawan time diploma), dila (kawan time degree), kak ida (pembantu makmal sm sains muar), kak tini (kakak sendiri setelah 6tahun menanti)dan ramai lagi yang dapat rezeki anak setelah lama menanti.
semalam ada berchit-chat dengan dropshipper dexandra. zue zainal, dia cakap, adik-adik yang baru kahwin jangan sekali-sekali terdetik dlm hati tu kata nak anak lambat sikitlah. sebab cousin dia ada yang cakap macam tu. sampai 5tahun takde anak.
sebabnya diri sendiri dulu pun pernah macam tu. al maklumlah kt xde adik. so takutlah nk ada ank sendiri. suami nak anak tapi kita tak ready, mungkin sebab tu Allah delay.
La ni insyallah ready!!
kewangan pun dah stabil.
so memang akan beri yang terbaik buat baby kami.
di jangka bayi yang bakal lahir ialah baby
girl. so saya dah pun readykan barang-barang bersalin. bulan ke 7 baru readykan. tu pun dia punye nervous semacam je..tetiba je kelengkang sakit dah rasa macam nak bersalin.
nak bangun susah, nak mengiring tak boleh. alahai..terus esoknya saya ambil cuti. basuh semua baju dan barang baby. lengkapkan barang dan terus letak dalam kereta hihi
ni lah sebahagian baju-baju baby saya. playsafe. beli satu je baju pink. yg lain putih dan biru. masa scan memang perempuan mana tau dah keluar boy kan. hahah
kebanyakkan barang ni saya beli di baby shop iaitu smartkids di kluang dan pacific di dalam kluang mall. agak mencabar sebab kita tak berapa tahu nak beli apa walaupun dah ada list.
sapa nak list ni secara jelas whasap sy 0176334570. nnti sy share. ni pun kawan saya share.hihihi
macam maternity pad Madame. bukan ada kt tempat pad biasa. rupanya di jual di bahagian anakku. sama juga dengan puting botol susu. sangat digalakkan kan untuk ambil yang orthodentic dan x cut. utk keselamatan baby supaya baby tak tersedak semasa hisap susu.
saya juga tak pakai minyak yuyi dan krim calamine dan drapolene untuk ruam. saya tanya pendapat kawan-kawan yang ingin anak-anak pakai krim yang bebas bahan kimia. so saya pilih herbal blend Shaklee untuk ruam dan minyak telon Tropika untuk bayi.
first time cari barang baby hampir dua jam juga. tawaf satu smartkids tu. suami dah panas bontot. kita yang memboyot ni gagah lagi nak cari barang anak. dia siap dah stress hahah. kelakar la bapak2 ni. lorat..xreti saboo. ibu2 tengah fefeeling ibu mithali memang la kene belek barang tu lelama. nak dapatkan yang terbaik katanya.
last-last ada juga yang tersalah beli. orang kata jangan beli barang mandian fiffy. nanti ruam. nextime kita cari lagi yang lain. hihi.
cari barang baby ambil masa dua kali juga lah keluar mencari. alhamdulillah sume dah settle. bidan pun dah booking. rm350 ko untuk 3hari ke 7hari tak taulah.
ada juga barang-barang bayi yang abg bagi dia punye. macam barut dan bedung. so pakai je apa ada. jimat lah sikit. keseluruhan dekat rm400++ juga barang ibu dan bayi. nasib baik kami dah menabung rm200 untuk bayi sejak tau pregnant. so tak lah rasa berat sangat kan.
korang pun boleh buat macam tu.
okey tu jelah kot. till meet again. nanti saya share lagi cerita pregnancy ni ye.
assallamualaikum
Hudaaaa... hee..
ReplyDeleteIngatkan dah tak blogging dah.. yeay!! dapat tgk perut yoyot dia..hee.. another 7 - 9 weeks to go.. mesti dah rasa excited tak sabar dah kan skarang.. hiks! Orang doakan semoga selamat semuanya.. xsabarnya nak tunggu baby shomels!!
Hihi..baru perasan awk reply yunk! Haha berblogging juga utk jadikan kenangan masa dpn heheheh
Delete