Saya nak kupas sikit isu makan di luar atau masak.
Saya sebenarnya seorang yang sangat sensitif bab-bab kebersihan.
Kalau makan kat luar kalau saya rasa kalau kedai tak bersih saya akan elak kan.
Kalau dah ikut kawan-kawan kekadang kita tak boleh nak elak kan?
sumber : google
Apa yang saya buat saya akan jamah skit je.. Sebab saya jenis sensitif sangat.
Kalau salah makan sure cirit birit. Tu yang kena makan nutriferon, minum performance utk cepat baik.
Tapi memang dua ni betul-betul membantu kalau saya cirit-birit.
Saya prefer masak di rumah. Sebab saya tahu apa yang saya letak di dalam makanan kita.
Dulu time duduk batu pahat memang selalu keracunan makanan.
Kalau kena keracunan saya akan automatik banned kedai tu..
Memang tak kan singgah lagi lah. hehe..
Tapi so far dekat kluang masih ok perut saya ni. Mungkin mereka memang mereka masak secara berhemah dan bersih. Walaupun kekadang persekitaran kurang menyenangkan. Nak buat macam mana saya ikut orang. Tapi kebanyakkan kita ni kan wanita bekerja.. so memang susah nak memasak. Kadang-kadang balik rumah terus capai kuali.. hehe.. Cabaran betul kan? Tau tak macam mana nak kurangkan cabaran ni?
sumber : google
Sebab kebanyakkan wanita bekerjaya memang susah nak masak kan? Dengan anak lagi, dengan kerja rumah, kerja pejabat.. memang tak menang tangan.. fuhhh..Saya pun jenis makan kat rumah. So saya akan cuba memaksimumkan segala apa yang ada di rumah. Kalau korang nak senang memasak ready kan segala ikut hari-hari. Antaranya korang boleh :
1. Kisar segala rencah yang nak di masak siap-siap. Contoh bawang dah siap blender, lada dah siap blender
2. Sayur kalau tahan lama boleh di potong siap-siap. So balik kerja terus masak nasi dan masak. Sekejap je
3. Capai persetujuan dengan pasangan nak masak apa selama seminggu, jangan di ubah-ubah. Tapi tu la
tekak kekadang nak makan itu ini kan.. sekali sekala tak pe la :)
4. Kalau nak senang terus bahagikan bawang, sayur dan bungkus dlm alluminium foil, lagi tahan lama
5. Ikan, ayam, daging simpan dalam bekas yang kecil utk sekali makan. So tak payah lah nk tunggu defrost
lama sangat sampai fed up nak masak.. hehe
Ok tu je kot yg saya amalkan. Hasilnya memang cepat lah masak. Suami pun memang tak suka makan luar. Katanya air tangan isteri lagi sedap. Kalau makan kat luar manjang muncung. Dah hari-hari makan air tangan isteri.. isteri juga la yang masak best.. hehe
ok, selamat mencuba ye..
saya pilih untuk masak sebab saya tak suka makan kat luar... :)
hudakassim.blogspot.com
No comments:
Post a Comment