Tuesday, May 20, 2014

Mati itu pasti, hidup itu insyaallah

Assalamualaikum,

Terkesan sungguh di hati semalam. Tak tahu mana nak luahkan. Seorang rakan baik suami telah kembali ke rahmatullah semalam..

Hamdi nama nya. Seingat saya, saya pernah jumpa sekali masa saya dan suami berkahwin. Dia datang naik motor dari labis. Labis ni dalam daerah segamat. Memang jauh. Bawak hadiah cawan berkaki. Kat kotak ada tulis kedaung group.

Saya ingat sangat kedatangan dia sebab dia antara tetamu terakhir yang dtg. Tak sangka seawal itu dia pergi. 19.5.1986 dia lahir 19.5.2014 dia kembali. Pada usia 28tahun. Lahir dan pergi pada tarikh yg sama. Allahu akhbar. Cantik aturan Allah.

Sayu hati bila suami semalam telefon dari tempat kerja ckp nk melawat kawan meninggal. Sedunya saya dpt tangkap. Yes! Suami sy menangis..!!

Lelaki ni lain.. Kalau sahabat tu antara yg paling dia syg mmg la dia menangis. Sebab setiap kali balik kampung mesti sebut nama hamdi. So sapa tak sayu kan? Kawan baik dari kecik tu.

Tapi tak apalah. Ajal maut semua di tangan tuhan. Dia meninggal langgar lari pun telah di takdirkan oleh Allah. Mungkin ada hikmahnya.

Betul lah kata org. Mati tidak mengenal usia. Terlalu muda sy rasa 28 tahun tu. So kita yg hidup di dunia ni wajib la beringat. Sbb mati itu pasti, hidup itu insyaallah.

Beribadat sehabis baik seolah-olah esok kita tiada lagi. Kene beringatlah sentiasa. Jangan tersasar dr matlamat kt di hidupkan di dunia.

Moga sy dan suami menjadi khalifah terbaik ketika di dunia.

Insyaallah.

Buat arwah hamdi. Tenanglah anda di sana. Kami kirim kan doa sahaja. Sebab kita dh berada di dunia berbeza. Moga Allah rahmati anda selalu. Amin..

Al fatihah..

No comments:

Post a Comment