Monday, March 9, 2015

KURUS SECARA MUDAH DENGAN SET KURUS SHAKLEE FULL SET



Ini Blog Kurus ( My Journey on Losing Weight)

Assalamualaikum.
Seperti yang telah saya janjikan pada rakan-rakan, saudara-mara dan sahabat semua.
Hari ini saya nak kongsikan serba sedikit mengenai kisah saya dalam mencapai berat badan impian.
Saya adalah seorang pengedar  Shaklee. Tahun ini sudah 2 tahun saya menjadi pengedar.

Hampir setiap barangan Shaklee telah saya cuba. Dari sekecil-kecil khasiat hingga sebesar-besar khasiat. Dari semahal-mahal barang ke semurah-murah barang.. Nampak tak betapa saya cinta kan Shaklee 

Ok kisah saya bermula bila saya sendiri mengalami berat badan berlebihan.
Kisahnya bermula bila saya habis belajar. Berat semasa 52kg. 9 bulan start kerja di Mc Donald’s Kulaijaya terus berat naik ke 56kg. Maintain terus macam tu. Tak turun-turun.
Yela hari-hari asyik makan ayam, burger, fries, minum air berkarbonat.

Benda free, pagi petang siang malam la saya makan. Dapat pulak saya pengurus @ manager maka dapatlah saya makan 2 kali sehari. Itu memang peruntukan untuk manager sebab kami bekerja lebih dari 8 jam sehari. Dulu semasa nak kurus saya pernah cuba ambil HERXXXXXE.

Mak ai, mahal betul harga dia. Berat tak berapa nak turun. Malah makin naik pulak. Hahaha.
Tapi dia naik tak banyak la, masih dalam kawalan. Sebelum kahwin berat masih kekal 56kg. 
Saya boleh di kira suka masak juga. Suami pun  suka makan masa tu. Maka makin la galak saya mencuba resepi macam-macam. Saya pulak memang suka yang ala-ala western memang tambun la kami.

Makan punya makan tanpa mengira kalori. Maka, berat kami berdua naik dengan jayanya. Hahaha.
Betul-betul disaster. Berat dari 56kg naik hingga hamper 66kg. Kadar kenaikan 10kg.  Boleh bayangkan? Gemuk tambun la saya. Suami perli-perli. Tubuhnya tambun.. tubuhnya tambun.
Padahal dia pun tambun juga. Kalau balik kampung mulalah ada yang menegur.

Jawapan suami mudah. Dah ada orang jaga. Hahaha. Jawapan senang untuk orang lepas kahwin.
Lepas tu naik lagi berat ni sampai hampir 70kg. Haa...mati lah nak. Baju dari size S ke size XL.
Memang rimas dengan diri sendiri. Baju tak payah cakaplah memang tak muat semua. Nah belanja satu pic. Gemuk gila lah rasa :(
 Masa pergi kerja kahwin kawan ni pun ingat saya tengah mengandung. Padahal mengandungi lemak je.. huwaaaa....





Terpaksa la beli baju baru. Seluar sebelum kahwin pun tak muat dah. Ok untuk pengetahuan saya belum ada anak lagi. So, malulah kalau orang tengok . Apa ni belum ada anak badan dah macam anak 10 orang. Malu tau!

 Ni belanja gambar lagi sekeping. kahkahkah




Maka, saya tekad. Saya ambil SET KURUS SHAKLEE, full set. Full stop!!

Set kurus Shaklee full set saya ambil agak banyak. Saya ambil  CINCH SHAKE, ESP, HERBLAX, LECITHIN, OMEGA GUARD, ALFALFA. Sebab saya nak buang segala mak nenek lemak dari badan ni. Saya mesti dapatkan balik berat sebelum kahwin. Mesti!!

Maka, sebulan tu memang saya konsisten dengan SET KURUS SHAKLEE full set.
Pagi saya amalkan sesudu CINCH SHAKE dan sesudu ENERGIZING SOY PROTEIN @ ESP.
Bagi saya, saya tak boleh hanya minum CINCH SHAKE sahaja sebab perut saya akan cepat lapar. 
Memang kene campur dengan ESP. Bila campur ESP memang perut kenyang sampai tengahari.
Memang saya jaga makan. Pagi dah shake tu saya banyakkan minum air masak. Rasa lapar je minum air masak. Sebab kadang-kadang kita bukan lapar pun. Kita haus.  Otak  kita tak dapat nak mentafsir dengan betul. So, korang readykan lah air masak banyak-banyak depan mata. Minum sebanyak yang boleh. Memang sangatlah membantu untuk kurus.
Purata air anda kene minum ikut berat badan sekarang. Setiap 25kg berat badan perlukan 1 liter air ye. Kalau berat 50kg minum la 2 liter.. paham ke paham?

Bila kawan-kawan ajak sarapan memang saya ikut je. Tapi minum air dengan makan kuih je. Kalau tidak dulu memang makan nasi pinggan penuh. Hehehe.  Saya kuat makan ye. Pagi biasa saya memang terus makan nasi dengan kuantiti yang banyak. Senang tak payah makan-makan masa tengahari.

Bila tengahari kadang-kadang lapar saya tak ambil nasi. Saya bancuh air vico lepas tu makan dengan biskut kering. Tanpa gula.. Saya suka biskut krim craker dari munchys. Makan biskut pun ada limit. Limit kan 2-3 keping sahaja.  Ok lepas tu balik kerja petang baru makan nasi. Sikit je. Agak-agak malam kalau lapar saya minum CINCH SHAKE dan ESP lagi sekali. Senam tak berapa la saya cuma jalan-jalan dalam sekolah je. Saya kerja kat sekolah.

Ok lupa nak beritahu cara makan vitamin lain. Pandai-pandai lah korang ambil isi penting eh.
Biasa pagi tu ESP dan CINCH SHAKE
Tengahari atau pagi lepas makan kuih ke, makan biskut ke telan xx biji OMEGA GUARD
Sejam lepas tu telan ALFALFA xx biji
Petang lepas makan nasi telan LECITHIN xx biji
Malam kalau ada makan biskut ke ambil lagi LECITHIN  xx biji
Malam sebelum tidur  telan HERBLAX xx biji untuk perlawasan dan detoks

Haha. Minta maaf cara makan dan konsultan adalah eksklusif.
Kalau anda nak tahu kena lah beli set Shaklee dengan saya dulu. 
Jangan dah beli dengan orang lain lepas tu tanya saya memang saya piat.. kah2

Berita gembiranya bila saya konsisten makan SET KURUS SHAKLEE full set ni memang berat saya turun cantik. Pada permulaan dia turun 9 kg. So dapat lah berat badan 61kg selepas 2 bulan berturut-turut amalkan SET KURUS SHAKLEE secara konsisten.

Penting bagi anda untuk konsisten. Kalau ada terlajak skit tu cepat-cepatlah betulkan.
Saya konsisten sebab saya tak nak orang kata badan saya macam anak 10 orang. Hehehe.
Happy gila bila dah dapat berat badan 61kg time tu. Gila tak seronok, suami pun kata badan dah kecik baru best nak peluk.. buekkkk.. mengada je tu.

Apa yang saya suka tentang SET KURUS SHAKLEE full set ni ialah ketiadaan yo yo effect. Yo yo effect tu maksud dia kalau korang makan ubat kurus dan korang stop atau skip-skip maka berat akan naik dengan gembira. Contohlah berat turun 10 kg. Bila stop naik 20 kg. Haaa...macam tu lah.

Dengan Shaklee tidak akan berlaku. Berat saya lepas dah 61kg tu dia cuma akan bermain-main sekitar 61-64 kg. Sebab lemak saya dah terbakar, usus saya dah bersih, sebab tu yo yo effect tiada. Shaklee betul-betul membantu badan saya berfungsi dengan baik. Walau makan macam mana pun berat tak naik banyak. Senanglah kita nak kawal berat berbanding dengan dulu.

Kalau berat naik pun akan cepat turun. Gembira sangat. 

Okeh kita post pone dulu untuk next post ye. Saya akan share SET KURUS SHAKLEE full set. Supaya korang boleh faham dan lebih teruja nak try.

Meh saya belanja rupa saya sebelum dan selepas bershaklee.

HUBUNGI COACH KURUS, 

NURHUDA KASSIM
011-18766483 @ 017-6334570
SID (891683)

ADD FB: huda alif



1 comment:

  1. hudaaa.... lama dah kita xbaca blog huda.. nanti jemput baca blog kita jugak taw.. dah rajin sikit nak hapdate.. kihkihkih..

    http://meumaina.blogspot.com/

    ReplyDelete