Sunday, August 20, 2017

36weeks 6days check up - air ketuban banyak?



Hari ni check up my baby minggu ke 36.
Doc cakap berat naik 2kg dlm 2minggu.

Dia cakap mungkin baby berat or air ketuban yang banyak.

Scan tadi berat baby 2.7kg.
Check air ketuban pulak 15.

Bahaya juga rupanya air ketuban banyak nye. Takut pendarahan, uri lekang dan mcm2 lagi yang negative

Dia cakap punca air ketuban banyak sebab baby banyak kencing. Kesan dari ibu yang suka minum manis

Huhuhu. Memang di akuai pregnant kali ni suka minum manis.

Nampaknya mulai hari ni no more manis-manis demi baby. 

Mudah-mudahan Allah permudahkan proses bersalin kali ni. Counting days ni

Tinggal 3 minggu sehari je lagi.
Doakan ye. Aminnnn






Wednesday, June 7, 2017

Berpuasa di bulan ramadhan dan pregnant pulak huhu

Hari ni ramadhan ke 12. Pregnant and fasting? Sangat mencabar..

Lenguh, lapar, penat, haus sume ada.
Ni baru lepas sapu makmal dan kemas makmal. Terus rasa flattt..

Macam nak buka je. Hahaha. Serius rasa lapar padahal baru kul9 pagi haa..
Orang cakap kalau mengandung kalau lapar buka je.

Ni pun dh dua hari tak puasa.
Tak larat. Kene fikirkan baby juga.
Xleh selfish sibuk nak cukup puasa bagai

Ada yang cadangkan untuk puasa selang-selang. Ooo ye. Hari ni 26minggu dan 4 hari.

Alhamdullilah baby aktif. Kicking-kicking saje. Ibu berkira-kira nak buka hari ni. Sebab cam letih nau nau pagi ni..

Tgk lah macam mana nanti. Kita tak nak risikokan bayi..anyway smlm kita pergi check up.

Berat ainan turun 300 gram. Berat ibu plak naik 300 gram. Secoet je naik. Mungkin sebab bulan puasa hehe..

Dah masuk bulan ke 7 ni rasa cam penat je. Adudu xlaratnya lah. Minggu ni dah bolehlah basuh-basuh baju baby.

Dah masuk bulan ke 7 kan. Ok nak cari balik checklist. Apakah yang perlu di buat bila dah 7bulan ni. Ok bye..

Tuesday, May 9, 2017

Check up 22 weeks

Alhamdullilah, selesai check up. 
Hari ni 9/5/2017 check up saing dgn ainan.

Ainan inject setahun.
Senang je dia inject kan bahu kiri.
Xnangis pun. Budak kuat!

Cuma merengek-merengek, menjerit, memanjat sebab dh boring dari kul9-12 kat kk tu.

Oo.. lupe nak cite smlm ainan dpt baju raya. Mak yan bagi (anak yg mak usu asuh).

Jom usha baju raya ainan. Heheh. Nenek su yg ambil gambar.



Kenapa tah gigit jari tu hehe



Nenek su punye sekap dia pakai haha


Terima kasih mak yan. Moga murah rezeki beli kan Ainan baju raya. Hehhe

Dah masuk 5bulan ni ibu macam makin suka pulak makan. Check up kali ni naik 4kg. Erkkk

Kene diet benda manis ni. Tak baik untuk bayi. Dari 72-76kg.. rasanya dah hampir 10kg naik ni..

Seram mak nak..ni pun tengah sibuk nyemil-nyemil kacang. Cam bahagia je asyik makan πŸ˜‚πŸ˜‚

Meh layan gambar ainan dekat kk tadi.
Tumpang bilik menyusu jap tadi. Tak larat nak dokong ainan je. Cian ayah penat.

Ni pun ayah otw nak g jb settle hal kereta. Mudah-mudahan segala urusan berjalan lancar. Aminnn



Bilik menyusu di kk


K bye hhehe




Monday, May 8, 2017

Second baby more obvious movement nye

Alhamdullilah. Hari ini genap 22 minggu 2 hari anak ibu dalam rahim ibu.

Pergerakkannya sangat aktif.
Tiap saat tiap ketika adik baby gerak. 
Lagi-lagi kalau ibu makan heheh.

A good news is anak yg bakal lahir ni adalah baby boy! Syukur alhamdullilah.. sepasang!

Happy birthday too my elder daughter Ainan Husna! Hari ni ainan dh setahun 3 hari. Jom usha pic ainan sambut birthday.. heheh



Bukan main terer ainan potong kek. Sampai mak yong nye cakap macam budak umur 3 tahun potong kek heheh




Happy birthday again anak ibu!
Alhamdullilah atas kurniaan rezeki.

Anyway banyak yang telah dapat di capai untuk tahun 2017 ini.

Antara wish list 2017

- nak anak lelaki 2017( yeay! Di makbulkan)

- cat rumah, mozek rumah, langsir rumah( alhamdullilah sume siap on time)

- new car alza advance ( insyallah minggu ni dpt kunci) 

- dah boleh dah letak target lain. Insyallah. Coming soon target yang nk di capai macam kat bwh ni plak hehe

✅tukar ptptn ke ujrah, settle by dis 2017
✅aqiqah ainan sekali baby bulan 11/2017
✅tingkatkan jualan dexandra(harus kuat utk maju!!)

Actually diri sendiri pun xde big why nak capai.. tp insyaallah akan terus cuba mencari untuk naik kan lagi semangat nak niaga ni hehhe..

Haha k sampai kat sini jelah. Doakan my baby boy sihat dlm perut ni. Sempurna dan di permudahkan utk bersalin 10/9/2017 ni ye. Aminnnn


Thursday, April 20, 2017

Jo Malone - Peony and Blush Suede - Dexandra Review (Best Review Ever)

Jo Malone - Peony and Blush Suede - Dexandra  Review (Best Review Ever)


Peony & Blush Suede dari Jo Malone ialah wangian berbau bungaan untuk wanita. Ia telah di lancarkan pada 2013.  Orang yang bertanggungjawab mencipta bauan ini ialah Christine Nagel. Top noted nya terdiri daripada epal merah, middle notes nya terdiri dari bunga peony, jasmine, carnation dan rose. Base note nya suede

Wangian ini di berikan rating 4 daripada 5 dengan undian sebanyak 598 undian. 

Harga Jo Malone Peony & Black Suede ini di Malaysia ialah RM539.66  menurut LAZADA
Actually saya tak jumpa harga dalam bentuk EDP yang ada hanya EDC. Eu De Cologne ni pun harga dah beratus. Kalau wangian EDP nya mungkin lagi mahal. 



Apakah kategori Jo Malone - Peony & Blush Suede?

Ia tergolong dalam kategori fresh, baunya agak powdery. Permulaan wangian ini agak seperti bau lelaki, tapi lama kelamaan baunya yang sedap keluar. Saya boleh kategorikan wangian ini sebagai wangian unisex. Maksudnya jika lelaki nak pakai wangian ini juga agak sesuai 

Main Accord bagi wangian ini terdiri daripada 

  1. Floral
  2. Rose
  3. Fresh
  4. Fruity
  5. Leather


Apa komen pengguna tentang Jo Malone - Peony and Blush Suede?

  • Wangian ini sangat sempurna.  Saya enjoy mengunakannya. Saya setuju dengan beberapa pendapat yang mengatakan wangian ini sesuai untuk majlis perkahwinan.  Ia memberikan bau bunga Peony yang sangat jelas. Bagi saya bau epal merah kurang ketara di dalam wangian ini.  Wangian ini agak feminine iaitu bersifat kewanitaan, dan bau bunga yang kuat.  Wangian ini sesuai di pakai untuk hari-hari istimewa seperti pertemuaan pertama kali bersama pasangan, atau majlis-majlis tertentu yang menginginkan kita untuk tampak lebih cantik dan menyerlahkan kewanitaan 


  • Saya terlalu inginkan wangian ini, dan saya telah mendapatkan nya semasa percutian ke Chicago! Saya sememangnya menyukainya, baunya sangat menawan. Ia berbau bungaan, tetapi notes dari Suede memberikan sedikit kelainan yang memikat.  Ia bukan bunga yang bersifat keanak-anakan. Ia buat kita berasa lebih matang tetapi still kelihatan manis dan menawan 


  • Wangian pembukaan dengan bauan bunga rose, epal merah dan jasmine.  Bila bauannya semakin mengering ia menonjolkan baunya yang manis, wangian yang sangat cantik keluar dari gabungan Peony dan Suede. Bersifat kewanitaan dan bijaksana. Wangian ini sesuai untuk wanita yang meningkat umurnya. Tidak sesuai sama sekali dengan remaja. Saya pernah mencari wangian untuk di gunakan di hari perkahwinan, dan penjaga kaunter minyak wangi mencadangkan wangian ini. Ia di kategori kan sebagai minyak wangi semasa perkahwinan. Saya akan gunakan wangian ini untuk majlis saya. Ia buat saya rasa cantik dan matang. 



Di Parfum Houz kami menyediakan perfume Dexandra sebagai pilihan yang lebih murah dan menjimatkan. 


Boleh klik disini untuk belian direct ke web. 
http://parfumhouz.shoppy.my/m/
Atau whasap sy sahaja Huda 0176334570


Boleh rujuk gambar bawah ni untuk perbezaan kepekatan wangian




So memang tiada beza antara Dexandra dan original. Seronok tau. Duit jimat dan dapat bauan yang di ingini dengan harga hanya rm65 sebotol. 

Kepada pembaca kalau berminat bolehlah pm/whasap sy 

Huda 0176334570

Atau ke web terus dan order. Lepas order whasap untuk beritahu supaya saya tidak terlepas pandang

http://parfumhouz.shoppy.my/m/

Harga perfume : 
1 botol : RM65
2 botol : RM120 (Diskaun :) )
3 botol ke atas : 1 RM60

Beli perfume 2 free tester (random)
Jangan lupa anda dari blog saya. Sebab pembaca blog sahaja layak dapat free tester. :D

Cod area : Simpang Renggam
                   Kluang
                   Batu Pahat ( Jumaat dan Sabtu 
                   sahaja)

Pos : Seluruh Malaysia
Kos pos : RM8 - untuk 1-3 botol
                 RM11 - untuk 4- 6 botol


Kalau nak perfume lain pun ada. Rujuk gambar di bawah.


PERFUME WANITA






PERFUME LELAKI





Sekian, nanti saya review perfume lain ye.
Happy shopping. :)


Jom Layan Testimoni Jo Malone - Peony and Blush Suede










Dah jumpa harga perfume jo malone peony and blush sude ni.. nampak?
RM843.30 hehehe..  mantapppp


Terima kasih membaca, happy Shopping