Showing posts with label cinch shake. Show all posts
Showing posts with label cinch shake. Show all posts

Thursday, August 20, 2015

Freeletics, senaman kardiovaskular yang mudah

FREELETICS SENAMAN KARDIOVASKULAR YANG MUDAH

Semalam saya start semula freeletics yang dah lama saya tinggalkan.
Bersenam bukan mudah sebenarnya.
Ia perlukan rakan, motivasi, kekuatan mental dan fizikal.
Juga kekuatan melawan nafsu makan. hehehe.

Apa yang penting sebelum memulakan freeletics korang boleh download dulu application freeletics dekat handphone. Application tu lebih kurang macam ni.

Korang boleh download aplikasi ni untuk memudahkan korang trace kan perjalanan freeletics korang.
Biasanya 15 minggu cabaran di perlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Dalam ni ada macam-macam cara senaman freeletics. Nak tak nak je buat. heheeh

Untuk permulaan biasanya tak banyak set lah kena buat. Contoh satu masa ada la dalam 3 set.
Tapi jangan la paksa diri tu. Sebab nak dapatkan stamina bukannya mudah. Biasanya permulaan saya suka amalkan yang ini.



Saya pernah sharekan gambar ini kat entry sebelum ni. For beginners buat 3 set. Nanti lama-lama improve lah ke 4-5 set kalau dah terer boleh buat 6 set.
Trust me menjejeh-jejeh peluh kau akan keluar.
Time tu anda akan rasa sedikit fit. Sebab setiap gerak-geri ni memang ada kebaikan yang tersendiri.
Boleh lah google kebaikan setiap pergerakkan tu.

Biasakan untuk bersenam 5 kali seminggu. Ulang-ulang apa yang ada dalam gambar tu atau anda folllow je applikasi freeletis tu suruh.

Bagi wanita, anda jangan risau badan akan jadi macam abg sado. Metabolisma kita lain. So, tak akan korang jadi kakak sado. Teruskan usaha untuk dapatkan berat badan idaman. Yang penting kena letak target yang realistik lah kan.

Sebelum terlupa. Belajar untuk kira kalori. Jangan main balun je.
Korang boleh gabungkan DIET ATKINS dan FREELECITCS.
Atau amalkan CLEAN DIET.
 Kena tahu juga berapa kalori yang korang kena ambil untuk mengurangkan berat badan tu.
Boleh klik link bawah ni. Nanti boleh lah kira sendiri
Penting ni. Kalau tidak rugi lah korang senam tapi apsal la berat tak nak turun.

CARA KIRA KALORI SEHARI
 https://www.glucernachallengeme-bm.com.my/tools/bmr-calculator

contoh web tu macam ni. Jangan salah pulak. hahah


Senang gila ada web ni. Nanti korang letak la berapa tinggi, berapa berat badan, berapa umur, selalu buat kerja yang berdiri atau duduk. Ada juga tambahan info. Kalau korang rasa nak turunkan berat badan 1kg dalam seminggu dia akan bagitahu berapa kalori kena ambil.

Jangan lebih dari kalori yang di sarankan. Baik-baik2 nak turunkan berat badan jadi naik pulak. heheh.
ok mesti korang tertanya-tanya. Mana pulak nk tau kalori makanan yang kita makan tu.
Alahh korang ni manja betul lah. Penat saya melayan. haha

Ok kalau saya biasa akan rujuk :
 http://cekodok.com/
 http://www.kalorimakanan.com/
  http://kalorimakanan2u.blogspot.com/

Cukuplah tiga web ni. Nak lebih-lebih rajinkan lah diri mencari ye.
Selain aplikasi freeletics, pengiraan kalori bagi lelaki dan perempuan, pengiraan kalori dalam makanan.
Anda juga di galakkan untuk mengambil supplement tambahan.
Tapi jangan lupa kira kalori.

Macam saya, saya akan ambil protein shake dari shaklee.
Biasanya saya amalkan ENERGIZING SOY PROTEIN dan CINCH SHAKE LATTE.
Bagus amalkan ini. Sebab semasa senam kita memang perlukan protein.
Lagipun ia membantu membina otot.
Otot sebenarnya amat penting. Ia membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak.
Maka, tiada lah yoyo effect di mana badan yang kurus selalu akan naik kembali

Biasanya sebelum senam saya shake protein dua ni.
Rasa dia sedap. Saya prefer latte. Boleh di campur dengan ais.
Antara kebaikan esp dan cinch latte ialah





Yang best tu selain untuk senamania juga bantu untuk dapatkan body macam bodybuilder.
Mudah sangat. Ok sampai di sini sahaja perkongsian freeeletics saya. Lainkali saya share lagi ye 

Saya juga adalah pengedar Shaklee.

Kalau nak order boleh lah contact saya ye.
NURHUDA BINTI KASSIM
SID : 891683
WHASAP : 0176334570
CALL/SMS : 01118766483
ADD FB : HUDA ALIF
FB PAGE : VITAMIN TERBAIK - LESS EFFORT, MAX RESULT

Thursday, September 25, 2014

Set kurus laris

Salam semua,

Saya nak share set diet laris. Memang yang terbaik berbanding yang lain. Set ni sangat saya cadangkan untuk

1. Bakal pengantin

2. Ibu menyusu (herblax boleh tukar alfalfa @ ostematrix)

3. Lelaki yang nak kurus

4. Wanita yang nak kurus

5. Remaja yang obes

Saya cadangkan cuba cinch, omega guard dan herblax. Kecuali ibu menyusu. Boleh tukar alfalfa atau ostematrix.

Ok ceritanya macam ni. Ada sorang kawan saya baru lepas bersalin. Masa mula-mula bersalin lepas pantang saya suruh dia cuba lecithin dan esp ( ambil juga set pantang shaklee).

Dah makan dalam 2-3bulan. Tapi kurang berkesan. Maka saya cadangkan untuk tambah cinch dan omega guard.

Alhamdullilah. Dalam masa seminggu lebih dah turun 2kg. Ini memang tak mustahil sebab dia dah detoks toksin sebelum ni. Detoks biasa dengan herblax atau alfalfa. Maka berat badan laju je turun.

Pengalaman saya ambil cinch dan omega berserta herblax dan esp. Sebulan sy turun 9kg. Tapi kene betul-betul jaga makan.

Yang best tu. Lepas dh turun 9kg. Memang tiada yoyo effect. Berat akan turun naik dalam 1-2 kg. Bila kita control makan berat akan turun semula. Memang sangat best.

Bukan macam sesetengah produk. Bila stop je terus naik mendadak. Sebab tu set ni sangat laris bulan ni. Ramai yang nak kurus.

Saya jamin anda tak kecewa. Sebab ramai kawan-kawan saya yang try dan dah repeat order pun. Kesannya cepat dan berkesan. No wonder lah walau apa pun khabar angin yang bertiup shaklee tetap teguh berdiri :)

Sebab memang berkesan. Tak mustahil orang datang dan datang lagi. Apa lagi? Jom lah cuba.
Dengan setiap pembelian set. Korang akan dapat free gift dari saya. Contact saya untuk lebih lanjut ye.

Huda Alif Empire
0176334570

Wednesday, September 24, 2014

Misi diet ibu breastfeed

(Tak sampai seminggu turun 1kg)

Sangat2 cinta kan cinch & omega guard. Sbb belum seminggu berat dah turun 1 kg.

Sy pesan dekat dia jgn over makan. Yang bagus akak ni senam aerobik sekali. Memang laju berat turun sebab dia praktik kan tiga cara dengan shaklee

1. Bakar
2. Bina
3. Buang.

Alhamdullilah. Sy pun happy. Misi diet makin berjaya. Tahniah! Teruskan usaha lagi.

Sapa nak kurus sama-sama.
Jomm. Kt share tips.

Huda Alif 0176334570

Saturday, July 5, 2014

KURUS DAN RESHAPE DENGAN CINCH SHAKE SHAKLEE

Keistimewaan Cinch Shake Shaklee



  1. Soya Bukan GMO - soya yang tidak di ubah genetik nya
  2. Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  3. Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  4. Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  5. Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6gram dalam setiap sajian 
  6. Terdapat 24gram protin dalam setiap sajian
  7. Diperkaya dengan leucine untuk memelihara otot
  8. Mengandungi  Cinch pro iaitu campuran protin eksklusif di perkaya dengan asid amino leusina 
  9. Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis

Pengambilan yang konsisten bersama ESP boleh menurunkan berat badan 2-5kg sebulan. Yang pasti mestilah dengan senaman dan pemakanan yang kurang berlemak dan berminyak. Ia di datangkan dengan 3 perisa yang sangat enak untuk di nikmati. Enak di nikmati sejuk dan suhu biasa. 

Kegemaran saya cinch latte. Sebab rasanya yang seolah-olah coffee dan bau nya yang harum. Saya sendiri berjaya menurunkan berat badan sehingga 10 kg setakat ini.  Tentulah saya ingin anda pun merasai apa yang saya rasa. Sangat seronok bila dapat kembali berat badan ketika zaman belajar. Yang paling best baju saya yang size S ketika zaman belajar pun saya kembali muat. Memang terbaik. 

Makanya saya melihat protin adalah sangat penting untuk pengurusan badan.  Ia membantu meningkatkan metabolisma badan , mengawal nafsu makan dan menjaga otot supaya bebas lemak. So, kalau kurus, badan cantik dan tidaklah mengeleber.  Lagipun protein boleh membakar kalori sebanyak 35%. 


 Inilah testimoni diri saya sendiri. Gambar sebelum tu adalah setahun selepas saya kahwin. Memang naik mendadak. Alhamdullilah lepas 2 bulan saya mengamalkan cinch, esp, lecithin dan herblax. Secara konsisten dan jaga pemakanan. Saya dapat kembali berat badan idaman. Baju size S kembali boleh di sarung. Terbaik kan. 

Kalau saya boleh anda pun boleh. 

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di :
Nurhuda Kassim
Sms/whatsapp : 0176334570
Fb : https://www.facebook.com/huda.kassim sila add untuk info terkini

BERAT TURUN DENGAN KONSISTEN DENGAN 3 STEP DIET SHAKLEE

3 STEP DIET SHAKLEE

Adalah menjadi kebiasaan masyarakat kita baik lelaki mahupun perempuan memang mengidamkan berat badan yang ideal. Ingin terlihat kemas dan teratur badan yang kurus adalah asetnya. Kalau suatu masa dulu tergolong dalam golongan obesiti tetapi terlihat kurus kemudiannya pasti akan menjadi bualan mulut orang. Mereka pun nak kurus sama. Tapi diet yang betul perlu supaya berat tidak turun secara mendadak. Penurunan berat badan secara mendadak boleh menyebabkan masalah yang serius seperti kemurungan, psikosis dan halusinasi, risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sakit kepala. 


Untuk tidak tersalah mengambil produk yang berbahaya anda boleh cuba Vitamin dari Shaklee. Ia membantu anda untuk mengurangkan berat badan secara sihat. Tapi ambil supplement sahaja tidak cukup, anda perlukan disiplin dan pemakanan yang sihat. Minum air 1 liter bagi setiap 25kg berat badan anda. Air membantu untuk membakar lemak dan menyerap vitamin dengan lebih berkesan. 

3 pelan diet dengan Shaklee

1. Detox

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus di bersih kan baru lah nutrient boleh menyerap pada tahap optimum. Dulu saya pun macam tu berat badan tak turun-turun walaupun dah makan macam-macam ubat kurus. Dari yang mahal hingga yang murah. Rupanya badan tak detoks, toksin terlalu banyak. Sebab tu berat badan tak nak turun. Bila toksin dah di buang baru lah laju berat badan saya turun. Penting tau proses detoks ni. 

Untuk detoks vitamin yang sesuai adalah Herblax dan Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Alfalfa di datangkan dengan 330 biji bagi size S dan 700 biji bagi size L. Memang tahan lama. Harga pun berpatutan. Herblax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Biasa nya di ambil sebelum tidur 3-4 biji sekali makan. Tetapi tidak kerap, dalam 2-3 kali sahaja seminggu. Tetapi Herblax tidak di galakkan di ambil oleh ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak


2. Memecahkan Lemak

Proses memecahkan lemak boleh di lakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecithin di namakan "pengemulasi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak terapung di dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Lecithin tidak boleh di hasilkan oleh badan tetapi ia amat penting untuk badan. 

Pada saya Omega Guard lebih berkesan pada badan saya. Ia membuatkan saya lebih selesa dan kekerapan pembuangan angin berlaku setiap kali saya makan Omega guard. Badan terasa ringan dan penghadaman pun lebih lancar. 


3. Membina Otot dengan Protin

Protin sangat di perlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protin dapat membakar kalori sebanyak 35%. 

Kenapa perlu mengambil protin? Untuk menguraikan lemak daripada badan, otot di perlukan untuk mengantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Pastikan protin terkandung dalam setiap makanan jika kita sedang berdiet.  Contoh makanan yang kaya protin adalah kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu, kekacang dan tauhu

Untuk protin terbaik, saya cadangkan cinch shaklee Shaklee dan Energizing Soy Protein. Cinch Shake membantu tubuh kurus dengan lebih berkesan. Ibu yang menyusu tidak di galakkan mengambil Cinch Shake, tetapi ada segelintir ibu yang anaknya mampu menerima kehadiran cinch tanpa menurunkan berat badan mereka. Atau pun ibu boleh gantikan dengan Esp bagi membantu ibu langsing ketika menyusu kan bayi.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di :
Nurhuda Kassim
Sms/whatsapp : 0176334570
Fb : https://www.facebook.com/huda.kassim sila add untuk info terkini

Saturday, June 14, 2014

Slim demi suami

Menjadi bahan ejekan org tersayang terutama skali "suami" mmg menguris hati T_T

Sedih kan. Jgn smpai suami bersuara..anda kene cepat2 sedar. Biasa suami mmg xkan ckp. Tp once dia ckp mmg terguris lah hati. So kalau syg suami meh jaga badan.

Believe me. Walaupun suami diam. Dlm sudut hati dia. Dia nak isteri yg slim..hehe

Jom slim demi suami :)
Huda Alif 0176334570

Tuesday, April 22, 2014

Kurangkan inci badan mu

Nak kurangkan inci badan?

Ada 2 supplement utk inchloss plan..

1. Cinch energy tea mix
- pengalak tenaga semulajadi
- meningkatkan ketahanan badan
- pilihan alternatif terbaik mengantikan minuman kopi, soda, manisan utk mengekalkan kecergasan tubuh

2. Cinch shake mix
- memberi faedah spt mengambil makanan tetapi rasanya enak spt pencuci mulut
- di perkasa dgn leucine utk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
- 24gram protein bg setiap hidangan utk mbntu anda rasa kenyang
- tinggi kandungan serat utk stp hidangan

Kebaikan 2 produk ini
√ menjadikan badan lebih langsing & rapi
√ badan lebih anggun
√ rasa ringgan
√ lebih bertenaga
√ meningkatkan keyakinan diri
√ meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

Huda Alif 0176334570