Showing posts with label pregnancy journey. Show all posts
Showing posts with label pregnancy journey. Show all posts

Thursday, February 23, 2017

2nd journey of pregnancy

Alhamdullilah di berikan rezeki untuk preggy lagi. Kali ni xmacam yg lepas.

Permulaan mengandung kita tak tau. Sakit gile rasa. Pening kepala yang amat pun ye.

Kebetulan masa tu sekolah tengah bergotong royong utk kecerian. Terlasak tanpa sengaja. Terus demam hahah

Siap boleh termakan nenas lagi masa tu. Suami ler bawak balik nenas yg manis tu. Memulas2 perut. Nasib baik lah baby takde pape. Syukur sgt


3/1/2017. Tarikh keramat dapat tahu yang ainan husna akan jd kakak. Hahaha, xsangka seawal ini.

Jarak ainan dan adik 6bulan. Dapat cuma 8bulan sempurnakan bf journey ainan. Insyaallah akan sambung lagi bile adik baby keluar. Nak buat tandem nursing. Lagipun hak ainan 2 tahun utk minum susu ibu.

Kesian ainan, sebelum ni sentiasa sihat. Tapi lepas putus susu macam2 datang. Cirit birit yg teruk, demam panas dan muntah2. Susut terus badan.

Xde dh ketaq2 ibu huhuhu.
Hari ni 23/2/2017 ibu kene minum air gula. Mudah-mudahan tak sangkut lah macam ainan dlu.



Morning sickness xde sgt. Tp evening sickness ada lah. Muntah2 tak sgt mcm ainan dlu. Hopefully kali ni baby boy lah pulak. Boleh geng dgn ayah ๐Ÿค—

Di jangka duenya 10/9/2017.
Mudah-mudahan di permudahkan.

Doakan ye kawan2. Bye



Monday, February 22, 2016

amalan mengandung ketika masuk bulan ke 7

one of my friend ada share kan tips.
dia cakap kalau nak anak putih bersih tanpa selaput ketika bersalin amalkan beberapa makanan.

korang boleh start amalkan ketika masuk usia kehamilan menjangkau 7 bulan. antaranya :

# minum air kelapa 
# minum susu kambing
# minum minyak kelapa dara, seeloknya dari jenama d aura

pengambilannya

-susu kambing tu minum pagi dan malam,
-minyak kelapa dara ambil 2 sudu pagi dan 2 sudu malam, saya beli online je. satu set ada 2 botol rm79. tapi kalau nak murah lagi beli 2 set hanya rm129. jimat lah sikit. sebab nak minum lama


- air kelapa tu kalau boleh minum sehari sebiji, kawan saya kata incase tak serasi macam sakit perut or muntah better stop. sebab lain orang lain kesannya.

amalan lain untuk elakkan baby kuning 

-boleh makan kurma 3biji setiap pagi
- amalkan jus delima gulsan setiap pagi dua sudu. saya tak boleh sebab gastrik. sebotol pun tak abes :(


tgk pic bawah ni. insyaallah membantu. alhamdullilah member tu lahirkan anak yang berkulit sangat cantik.

saya kene konsisten klu nak anak cantik hihi. jom sesama amalkan 


Sunday, February 21, 2016

30weeks and still counting

assalamualaikum,

tak sangka. dah 30weeks.
badan makin membulat. 
alhamdullilah baby sihat..

(30 minggu pregnancy :) )

kicking-kicking makin selalu di rasakan.
kadang kalau salah landing mengeletek-geletek dalam perut.

dulu tak terfikir untuk dapat anak sendiri. hampir putus asa juga ber "ttc". tapi Allah maha tahu, maha kaya. di beri juga buah hati pengikat kasih suami isteri :)

alhamdullilah syukur.
dengar kata ramai juga kawan-kawan yang berttc berjaya mengandung. antaranya fiza mazalan (kawan time diploma), dila (kawan time degree), kak ida (pembantu makmal sm sains muar), kak tini (kakak sendiri setelah 6tahun menanti)dan ramai lagi yang dapat rezeki anak setelah lama menanti.

semalam ada berchit-chat dengan dropshipper dexandra. zue zainal, dia cakap, adik-adik yang baru kahwin jangan sekali-sekali terdetik dlm hati tu kata nak anak lambat sikitlah. sebab cousin dia ada  yang cakap macam tu. sampai 5tahun takde anak.

sebabnya diri sendiri dulu pun pernah macam tu. al maklumlah kt xde adik. so takutlah nk ada ank sendiri. suami nak anak tapi kita tak ready, mungkin sebab tu Allah delay.

La ni insyallah ready!!
kewangan pun dah stabil. 
so memang akan beri yang terbaik buat baby kami.

di jangka bayi yang bakal lahir ialah baby
girl. so saya dah pun readykan barang-barang bersalin. bulan ke 7 baru readykan. tu pun dia punye nervous semacam je..tetiba je kelengkang sakit dah rasa macam nak bersalin.

nak bangun susah, nak mengiring tak boleh. alahai..terus esoknya saya ambil cuti. basuh semua baju dan barang baby.  lengkapkan barang dan terus letak dalam  kereta hihi





ni lah sebahagian baju-baju baby saya. playsafe. beli satu je baju pink. yg lain putih dan biru. masa scan memang perempuan mana tau dah keluar boy kan. hahah

kebanyakkan barang ni saya beli di baby shop iaitu smartkids di kluang dan pacific di dalam kluang mall. agak mencabar sebab kita tak berapa tahu nak beli apa walaupun dah ada list.







sapa nak list ni secara jelas whasap sy 0176334570. nnti sy share. ni pun kawan saya share.hihihi

macam maternity pad Madame. bukan ada kt tempat pad biasa. rupanya di jual di bahagian anakku. sama juga dengan puting botol susu. sangat digalakkan kan untuk ambil yang orthodentic dan x cut. utk keselamatan baby supaya baby tak tersedak semasa hisap susu.

saya juga tak pakai minyak yuyi dan krim calamine dan drapolene untuk ruam. saya tanya pendapat kawan-kawan yang ingin anak-anak pakai krim yang bebas bahan kimia. so saya pilih herbal blend Shaklee untuk ruam dan minyak telon Tropika untuk bayi.

first time cari barang baby hampir dua jam juga. tawaf satu smartkids tu. suami dah panas bontot. kita yang memboyot ni gagah lagi nak cari barang anak. dia siap dah stress hahah. kelakar la bapak2 ni. lorat..xreti saboo. ibu2 tengah fefeeling ibu mithali memang la kene belek barang tu lelama. nak dapatkan yang terbaik katanya. 

last-last ada juga yang tersalah beli. orang kata jangan beli barang mandian fiffy. nanti ruam. nextime kita cari lagi yang lain. hihi.

cari barang baby ambil masa dua kali juga lah keluar mencari. alhamdulillah sume dah settle. bidan pun dah booking. rm350 ko untuk 3hari ke 7hari tak taulah.

ada juga barang-barang bayi yang abg bagi dia punye. macam barut dan bedung. so pakai je apa ada. jimat lah sikit. keseluruhan dekat rm400++ juga barang ibu dan bayi. nasib baik kami dah menabung rm200 untuk bayi sejak tau pregnant. so tak lah rasa berat sangat kan.

korang pun boleh buat macam tu. 
okey tu jelah kot. till meet again. nanti saya share lagi cerita pregnancy ni ye. 

assallamualaikum