Sunday, October 25, 2015

Pengalaman minum air gula

Assalamualaikum semua,

Hari ni 25/8/2015 saya kena minum air gula. Sebabnya jika ada genetik atau keturunan yang mempunyai kencing manis memang kena minum air gula ni.

Tapi dengar2 latest ni bagi wanita yang berumur 25tahun dan ke atas memang wajib minum air gula.

Rasa nervous sangat tengok orang minum air gula. Besarnya lah cawan. 
Tengoknya rasa nak muntah.
Nasib baiklah sebelum minum tu ada sorang budak ni dia telan elok je.

Semangat tengok dia saya pun teruslah cuba minum sehabis baik. Alhamdullilah berjaya dengan happynya 😘

Azabnya tu bila kena minum then tunggu 2jam untuk result. Jenuh la jemah nak tunggu. Tak boleh tidur, tak boleh makan. Puasa je laπŸ˜†πŸ˜†

Tips untuk minum air gula

* jangan tengok orang lain minum , terutama sekali orang yang minum lambat. Kalau orang tu jenis minum laju boleh lah di contohi

*minum terus laju-laju dan teguk je. Jangan gatal nak rasakan air tu satu mulut. Manis gile wooo. Saya terasa skit satu mulut. Pastu insaf terus telan habis-habis

* jgn lupa baca bismilah

* pujuk hati tu, jgn layan psikologi yg kata minum air gula ni susah. Cakap je senang,sedap. Insyaallah selamat 😘

Ok tu je tips minum air gula. Good luck ladies.



Ni contoh cawan air gula yang saya pilih 😘


Monday, October 19, 2015

De'xandra perfume minyak wangi mahal pada harga murah

Siapa pernah dengar pasal de'xandra perfume? 

Pertama kali saya tahu pasal de'xandra perfume ni bila saya scroll dr.azizan osman punya fb. Saya salah seorang alumni imkk oct 2014. 

Banyak cerita inspirasi dan kejayaan terutama sekali para hot seat program dr.azizan. Rugi kalau tak buka setiap perkongsian. Time saya pergi dulu memang kagum tengok semangat dan sales2 para hot seat. Ada yang jual kek oren, jual krup2 karamel, jual baju, bakeri, even jual sandwich pun ada.

Ok berbalik pada pengasas de'xandra perfume. Kalau tak silap namanya Ernayanee norjulaimi. Sebelum join de'xandra team ni saya selalu usha fb pengasasnya. 

Ramai stokis muda yang join. Hasil selidikkan saya, saya tengok keuntungan dari de'xandra perfume agak tinggi dan agak best untuk di ceburi.

Macam yang semua tahu saya dah bergelumang dengan shaklee selama hampir 3tahun. Hatinies kitchen masih baru lah. Dua-dua business ni ada di hati saya setiap masa. Tapi i want more..

Saya nak bantu rakan-rakan suri rumah, pelajar dan sahabat sepenjawatan untuk join dropship dengan saya. Sebabnya budak belajar di u pun boleh dapat 5angka sebulan. Why not kita cuba?

Bukan saya tak sayang shaklee, bukan saya tak sayang hatinies kitchen tapi saya perlukan produk yang senang untuk di letakkan di kedai, vendor, even kedai runcit sekalipun. Saya tak mahu terikat dengan peraturan syarikat yang buatkan bisnes sukar untuk di kembangkan

Untuk de'xandra saya tertarik untuk kawan-kawan buat dropship sebab

❤️tak perlu simpan stok
❤️yuran sekali je seumur hidup - rm150 dan dapat pulak perfume lelaki satu, perempuan 1
❤️untung bersih yang agak besar. Tahu tak yang korang boleh dapatkan untung runcit rm20 setiap botol?
❤️perfume yang amat mudah untuk di jual sebab semua jenama dan bau yang terkenal
❤️perfume ni tahan lama, sehingga 8jam - pergi kerja sembur sekali balik keje bau lagi ( kerja tempat takde air cond tau), lagi berpeluh lagi wangi
❤️ boleh bertahan 8jam kalau sembur di nadi, kalau sembur kat baju atau tudung mau 2-3hari juga baru hilang
❤️bau sebijik original
❤️boleh di bawa solat
❤️senang di bawa travel,tak mudah leaking
❤️buat bumiputera

Jom tengok senarai perfume yang de'xandra offer



Banyak jugakan?
Favourite saya sendiri jenama Still dr Jennifer Lopez. Lembut sangat bau dia.

So korang kalau nak join jadi dropship saya roger tau. Just whasap saya huda 0176334570 @ 01118766483

Cume ambil order segala pos saya akan uruskan. Kalau nak cod tu kawasan Kluang dan Batu Pahat jelah ye.

Sekian review saya.

Follow ig : shaklee.by.huda
Wechat : huda (shaklee)
Fb : huda alif
Blog : hudakassim.blogspot.com

Tuesday, October 6, 2015

TTC journey - alhamdullilah akhirnya hamil

Assalamualaikum rakan blogger

Dah lama tak update apa-apa di blog ni.
Alhamdullilah bulan 8 yang lepas saya telah di sahkan hamil. Ini gambar saat gembira saya try pregnancy test dan bawah tu scan baby semasa 10weeks (4/10/2015)



Siapa yang belum tahu saya telah berTTC selama 3 tahun dan 2 bulan. Pastinya bukan jangka masa yang sekejap. Siapa yang tak mahu cahaya mata kan? Kalau boleh hari ni kahwin esok terus nak ada baby 😁😁

Berkahwin pada 2012 pada umur 25tahun. Macam-macam pengalaman perkahwinan dan air mata yang keluar untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Yang paling tak suka bila orang tanya bila nak ada anak? Sampaikan diri sendiri tak suka nak pergi kenduri-kendara sebab tak mahu di tanya dengan soalan cepu emas tersebut.

Sebenarnya saya sendiri pun tak pasti ikhtihar yang mana menyebabkan saya hamil. Tapi saya nak kongsi juga kalau-kalau ia dapat membantu rakan-rakan yang mencuba untuk hamil. Antara ikhtihar yang saya buat

❤️ saya berurut dengan bidan ( ini antara yang paling latest saya buat. Saya period dan lepas tu urut dua kali dengan sorg akk bidan ni rm200 5 sesi. Area taman delima 1,kluang,johor. Kalau ada nak no telefon boleh whasap saya 0176334570 @ 01118766483 nanti saya bagi). Dengan akak ni saya sempat berurut 2 kali je lagi 3 kali burn sebab saya dah hamil. Tak apalah belanja lebih janji saya berjaya hamil kan?

❤️ siapa-siapa yang pergi haji dan umrah minta dia doakan anda cepat hamil. Pernah saya jumpa sorang rakan fb yang saya tak kenal tengah kerjakan umrah saya minta dia doakan saya. Betapa saya nak anak. Saya tebalkan je muka. Hehe

❤️puasa 7hari berturut2 dan baca zikir dalam asmaul husna ini. Insyaallah cuba je. Saya amalkan dua ni


❤️ bidan tu juga ada ajar saya teknik lepas bersama. Untuk elakkan air mani dari keluar anda boleh tinggikan kan kaki. Suruh suami ampu di bahu selama lebih kurang 10 minit. Saya tak buat sebab suami baru lepas operate bahu 😊
Satu lagi cara lepas bersama jangan luruskan kaki. Lipat kaki tu macam bentuk v terbalik. Macam dlm gambar ni


Bidan minta kekal dalam posisi ni selama 20minit. Untuk bagi peluang sperma ke uterus. Lagi satu masalah saya kata bidan tu badan jenis berangin. So dia minta saya banyak kan minum air halia. Tapi saya buat cara mudah. Telan je peppermint ginger plus dari shaklee. 😘😘 sama je kesannya.

❤️ cara lain saya minum susu kambing dengan kurma. Blend kan kurma dengan susu. Minta suami genggam sebiji kurma dan isteri sebiji kurma. Lepas tu blend dan minum. Kalau tak silap buat sekali je seumur hidup. Lepas tu boleh amalkan susu kambing secara berterusan

❤️ amalkan supplement. Saya amalkan esp, vit b (ada asid folic), vitalea, vit c. Penting makan supplement supaya badan dapat cukup nutrisi. Kadang-kadang bila nutrisi tak cukup tu yang lambat mengandung. Ada orang cakap amalkan asid folic 6bulan sebelum majlis kahwin. Kalau nak order saya ada jual (0176334570@01118766483)

❤️dapatkan rawatan di hospital utk kenal pasti masalah tubuh. Time saya pergi hospital dulu dia cakap hormon progesteron rendah. Lain-lain ok. Saya dah buat hsg, makan clomid, asid folic. Ada yang cakap lepas hsg memang senang nak lekat. Tapi tak juga. Lepas hsg pun tak lekat. Wallahualam lah. Saya pun tak tau. Ikhtihar je jangan takut 😊. Sebab ada yang buat hsg terus hamil tau. Di sebabkan hormon saya yang rendah tu saya amalkan gla complex untuk stabilkan hormon.


Sangat bagus. Lagi-lagi untuk saya yang ada masalah kesuburan dan hormon

❤️banyak kan berdoa, banyakkan buat solat hajat dan tahajud. Saya percaya akan kuasa solat especially solat tahajud.
Sebabnya siapa yang solat tahajud Allah pasti akan makbulkan doanya.

Solat tahajud lah Allah akan tunaikan doa dan permintaan kita.


❤️ minta mak ayah doakan sebab doa mereka ada keramatnya. Doa yang tiada hijab

Saya rasa itu sahajalah antara ikhtihar yang saya dan suami buat. Moga bermanfaat ye.

Terima kasih sebab sudi membaca. 
Moga anda pun di kurniakan zuriat secepatnya. Aminn

Nurhuda 
Shaklee Independent Distributor
Fb : huda alif
Blog : hudakassim.blogspot.com