Showing posts with label freeletics. Show all posts
Showing posts with label freeletics. Show all posts

Thursday, August 20, 2015

Freeletics, senaman kardiovaskular yang mudah

FREELETICS SENAMAN KARDIOVASKULAR YANG MUDAH

Semalam saya start semula freeletics yang dah lama saya tinggalkan.
Bersenam bukan mudah sebenarnya.
Ia perlukan rakan, motivasi, kekuatan mental dan fizikal.
Juga kekuatan melawan nafsu makan. hehehe.

Apa yang penting sebelum memulakan freeletics korang boleh download dulu application freeletics dekat handphone. Application tu lebih kurang macam ni.

Korang boleh download aplikasi ni untuk memudahkan korang trace kan perjalanan freeletics korang.
Biasanya 15 minggu cabaran di perlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Dalam ni ada macam-macam cara senaman freeletics. Nak tak nak je buat. heheeh

Untuk permulaan biasanya tak banyak set lah kena buat. Contoh satu masa ada la dalam 3 set.
Tapi jangan la paksa diri tu. Sebab nak dapatkan stamina bukannya mudah. Biasanya permulaan saya suka amalkan yang ini.



Saya pernah sharekan gambar ini kat entry sebelum ni. For beginners buat 3 set. Nanti lama-lama improve lah ke 4-5 set kalau dah terer boleh buat 6 set.
Trust me menjejeh-jejeh peluh kau akan keluar.
Time tu anda akan rasa sedikit fit. Sebab setiap gerak-geri ni memang ada kebaikan yang tersendiri.
Boleh lah google kebaikan setiap pergerakkan tu.

Biasakan untuk bersenam 5 kali seminggu. Ulang-ulang apa yang ada dalam gambar tu atau anda folllow je applikasi freeletis tu suruh.

Bagi wanita, anda jangan risau badan akan jadi macam abg sado. Metabolisma kita lain. So, tak akan korang jadi kakak sado. Teruskan usaha untuk dapatkan berat badan idaman. Yang penting kena letak target yang realistik lah kan.

Sebelum terlupa. Belajar untuk kira kalori. Jangan main balun je.
Korang boleh gabungkan DIET ATKINS dan FREELECITCS.
Atau amalkan CLEAN DIET.
 Kena tahu juga berapa kalori yang korang kena ambil untuk mengurangkan berat badan tu.
Boleh klik link bawah ni. Nanti boleh lah kira sendiri
Penting ni. Kalau tidak rugi lah korang senam tapi apsal la berat tak nak turun.

CARA KIRA KALORI SEHARI
 https://www.glucernachallengeme-bm.com.my/tools/bmr-calculator

contoh web tu macam ni. Jangan salah pulak. hahah


Senang gila ada web ni. Nanti korang letak la berapa tinggi, berapa berat badan, berapa umur, selalu buat kerja yang berdiri atau duduk. Ada juga tambahan info. Kalau korang rasa nak turunkan berat badan 1kg dalam seminggu dia akan bagitahu berapa kalori kena ambil.

Jangan lebih dari kalori yang di sarankan. Baik-baik2 nak turunkan berat badan jadi naik pulak. heheh.
ok mesti korang tertanya-tanya. Mana pulak nk tau kalori makanan yang kita makan tu.
Alahh korang ni manja betul lah. Penat saya melayan. haha

Ok kalau saya biasa akan rujuk :
 http://cekodok.com/
 http://www.kalorimakanan.com/
  http://kalorimakanan2u.blogspot.com/

Cukuplah tiga web ni. Nak lebih-lebih rajinkan lah diri mencari ye.
Selain aplikasi freeletics, pengiraan kalori bagi lelaki dan perempuan, pengiraan kalori dalam makanan.
Anda juga di galakkan untuk mengambil supplement tambahan.
Tapi jangan lupa kira kalori.

Macam saya, saya akan ambil protein shake dari shaklee.
Biasanya saya amalkan ENERGIZING SOY PROTEIN dan CINCH SHAKE LATTE.
Bagus amalkan ini. Sebab semasa senam kita memang perlukan protein.
Lagipun ia membantu membina otot.
Otot sebenarnya amat penting. Ia membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak.
Maka, tiada lah yoyo effect di mana badan yang kurus selalu akan naik kembali

Biasanya sebelum senam saya shake protein dua ni.
Rasa dia sedap. Saya prefer latte. Boleh di campur dengan ais.
Antara kebaikan esp dan cinch latte ialah





Yang best tu selain untuk senamania juga bantu untuk dapatkan body macam bodybuilder.
Mudah sangat. Ok sampai di sini sahaja perkongsian freeeletics saya. Lainkali saya share lagi ye 

Saya juga adalah pengedar Shaklee.

Kalau nak order boleh lah contact saya ye.
NURHUDA BINTI KASSIM
SID : 891683
WHASAP : 0176334570
CALL/SMS : 01118766483
ADD FB : HUDA ALIF
FB PAGE : VITAMIN TERBAIK - LESS EFFORT, MAX RESULT

Tuesday, March 17, 2015

Testimoni freeletics yang superb!

Ini adalah bukti kenapa anda perlu lakukan freeletics sekarang.
Jangan tangguh-tangguh lagi.
No pain, no gain :)
Full coaching utk shaklee dan freeletics ,
Huda alif
011-18766483

Kelebihan freeletics - senaman jalanan yang awesome

Selalu merengek-rengek minta dekat husband tolong daftarkan gym atau jom la pergi gym.
Saya nak selim melim macam zaman-zaman sebelum kahwin. kah.. kah.. kah..
Jangan harap dapat. Memang di tolak mentah-mentah. Jangan mimpi nak pergi gym okeh.

Typical sungguh en.suami. Padahal satu kali masuk baru rm10. Atau kalau bulan-bulan bayar lagi murahkan? Nasib baik saya ada kawan-kawan yang memang tak dapat keizinan suami pergi gym juga. Kawan saya banyak berzumba di rumah. Saya ok dengan zumba. Tapi pergerakan tu terlalu banyak. Letih.. tapi peluh macam tak keluar je. Nampak sangat lemak saya yang degil :)

Satu hari nak di jadikan cerita. Sepupu saya bercerita yang dia pergi berenang untuk fit kan badan.
Owh no.. saya tak reti berenang. Selang beberapa minit tu seorang lagi sepupu hantar satu video ni.
Video seorang lelaki kulit putih. Dia hanya buat freeletics. 15 minggu punya cabaran. Dan pada saya kenapa tidak saya buat freeletics. Ia free. Cuma perlukan berat badan sendiri untuk bersenam.

Sebelum ini ada berkira-kira juga nak beli basikal senam tu sebab tergoda dengan iklan GO SHOP!
Nasib baik suami tak bagi beli. hahaha. Semuanya ada hikmah. Maka saya mulalah berjinak-jinak dengan freeletics.

Ok mesti anda semua tertanya-tanya macam mana freeletics tu? Meh tunjuk bukti sikit abam sado atau pengasas freeletics Malaysia. Amirul Agam.. Sangat memberi inspirasi tau :D Baru berumur 22 tahun dan beliau telah berjaya mengurangkan 33kg berat selama 6 bulan. Best gila! Muka hensem macam KJ.. auww...



Jangan tak percaya freeletics ni merupakan senaman yang menggunakan seluruh tubuh badan dan juga menggunakan berat badan sebagai beban dalam satu sesi senaman. Freeletics berasal dari Jerman pada tahun 2012. Ramai rakyat Jerman yang dah berjaya merubah bentuk badan mereka dengan freeletics. Lagipun ia sesuai untuk semua golongan umur :)

Bukan Amirul Agam je. Ramai lagi yang buat freeletics ni. Antaranya Cik Epal. Blogger terkenal tu. 
Saya sendiri pun suka sebab dalam rumah pun boleh bersenam. Tak payah susah-susah pergi gym. 

Ok mari saya kongsikan senaman freeletics pilihan hati saya. Ramai yang saya minta untuk buat senaman ni dalam group eksklusif slim with huda alif. Selain saya ajar senam dalam grup tertutup di facebook tu juga saya ajar bagaimana hendak kira kalori dan berapa kalori diperlukan. Tak lupa juga saya kirakan BMI bagi setiap individu yang ingin kurus. Dan tak lupa supplement Shaklee sebagai sokongan jika kekurang nutrisi. 

Ok di bawah ni amalan freeletics saya. 
Boleh mula dengan membuat satu set. Jangan paksa diri ya. 
Slow and steady okeh!




Untuk dapatkan keputusan yang sangat memberangsangkan sila buat 15 minggu punya cabaran. 
Masa mula-mula saya buat freeletics memang badan akan sakit. Tapi lepas tu badan memang rasa best, sedap dan fit. Sampai suami pelik lihat kerajinan saya. 

Tapi saya tak tahan lama. Sebab tiba-tiba pinggang sakit. Mungkin saya angkat barang berat. So, saya cuma dapat teruskan selama 1 minggu dengan tambahan 100 kali skipping. Mungkin juga pinggang ada sikit cedera. Kalau cedera boleh lah berhenti kejap ya. Tak berbaloi kalau senam tengah sakit. 

Insyaallah saya akan bayar balik hutang 14 minggu cabaran freeletics sekali dengan pengambilan cinch shake, esp, herblax dan omega guard. Nak buang beberapa kilogram lagi untuk mencapai berat badan impian saya. Sekarang berat saya 60 ke 61.5 kg. Insyaallah nak capai berat 55kg sebelum raya ni :) Mana tau dapat pakai kebaya.. ewaaahhh... haha..

Buat pembaca yang baru saya pernah gemuk dulu. 70kg. Saya amalkan set kurus shaklee terus turun 10kg. Maka sekarang saya cuma berusaha untuk dapatkan berat badan idaman. Sebab tu fokus senaman pulak. Set shaklee masih tak tinggal. Sebab penting untuk mantainkan berat badan saya. Juga saya fokus dalam pengiraan kalori. 

Ok lah sampai di sini sahaja kisah kurus saya. Nanti saya sambung lagi ya :)

Jangan lupa..

HUBUNGI COACH KURUS, 

NURHUDA KASSIM
011-18766483 @ 017-6334570
SID (891683)

ADD FB: huda alif