Showing posts with label shaklee kluang. Show all posts
Showing posts with label shaklee kluang. Show all posts

Monday, August 24, 2015

Kurus dengan mudah

Badan makin naik sejak raya hari tu.
Dah buat freeletics dari minggu lepas.
Rasa selesa sikit lah.
.
Tapi pemakanan tu susah betul nak kawal. Semalam dah membalun mee goreng mamak.
Masak sendiri je, baru terjamin kebersihan. Hehe.
.
Kalori bagi sepinggan mee goreng mamak siap telur, fishball dan sayur-sayur kalau tak silap saya 500kalori ++.
Badan saya ni kalau nak cepat-cepat turun 1 kg bagi setiap minggu kena ambil makanan yang mengandungi 780 kalori sahaja.
.
Makanya hari ini saya mulakan misi mengira kalori. Kena control in and out. Pagi ni berjinak-jinak semula dengan cinch shake latte dan esp.
Sedap woo pagi-pagi gini shake air shaklee.
.
Kita akan rasa perut kenyang sampai tengahari. Yang penting protein shake ni hanya 122 kalori per serving.
.
Selain tu boleh lah minum air masak banyak-banyak. Air masak sangat penting kalau nak turunkan berat badan.
.
Korang tau ke macam mana nak kira air yang di perlukan oleh badan?
.
Senang je, kira macam ni.
Bagi setiap 25kg berat badan air yg di perlukan adalah 1 liter.
So kalau macam saya 63kg berapa air saya perlu?
.
Nak mudah anggap sahaja 3 liter.
Saya tengok kawan-kawan yang banyak minum air masak memang cepat slim tau. So kalau anda rasa nak slim standby lah air banyak-banyak.
.
Kebaikan protein shake cinch dan esp
.
Korang mesti tanya apa kelebihan protein shake tu? Kenapa saya kena ambil untuk nak kuruskan badan?
.
Sebabnya adalah :
* ia memberi rasa kenyang yang panjang
* ia juga menghalang kita dari makan terlalu banyak
* ia juga membantu untuk reshape semula badan yang mengeleber
* selain itu ia juga boleh resize baju kita. Kalau dulu biasa pakai baju size xl, kini dah boleh pakai baju size s atau m
* ia membantu membakar lemak
* ia membina otot
* otot amat di perlukan untuk menaikkan metabolisma badan
* bila metabolisma badan tinggi maka lebih mudah lah berat badan kita turun
.
Paham ke paham?
.
Sebab tu saya fully suggested ambil cinch dan esp ni. Sangat-sangat membantu mengawal selera makan.
.
Rujuk pic di bawah untuk kelebihan cinch dan esp. Ia ada banyak kelebihan lain selain untuk kurus ☺☺

.

Nak cuba shaklee?

Hubungi saya

Nurhuda 

0176334570 whasap

01118766483 call/ sms

Add fb : huda alif

Like fb : vitamin terbaik - less effort max result

Cod area : kluang dan batu pahat

Doa Berlindung Dari Sifat Buruk dan Hutang

Pagi-pagi begini elok amalkan doa berlindung dari sifat buruk dan hutang.
Al maklum lah. Zaman gst ni. Hidup terlalu mencabar.
.
Kadang-kadang terbang bebas, kadang-kadang tersungkur tanpa arah tuju.
Yang penting sebagai manusia kita kena sentiasa bersyukur.
.
Bagi saya yang di ajar oleh kawan-kawan. Bertawakal dahulu baru berdoa.
Sebabnya, kalau hanya berusaha tidak berdoa, tidak bertawakal memang lambat sikit rezeki nak masuk
.
Contohnya.
.
Hati manusia ini yang jagakan Allah.
Maka sebelum memulakan sesuatu pekerjaan mulakan dengan doa.
Mohon Allah bukakan pintu hati pelanggan untuk beli barang dengan kita.
Selepas itu berusaha dan bertebaranlah mencari rezeki
.
Sebab tu di sarankan untuk
.
# solat dhuha awal waktu
# berzikir
# baca Al-quran
# baca Al-mathurat
# solat hajat
# solat tahajud
.
Dan lain-lain lagi. Sebabnya bagi saya menjemput rezeki itu lebih mudah dari mencari rezeki.
.
Berniaga juga perlu ikhlas dan bantu sepenuh hati. Jangan hanya mengejar duit ☺☺
.
Sama-sama amalkan ye.

Thursday, August 20, 2015

Freeletics, senaman kardiovaskular yang mudah

FREELETICS SENAMAN KARDIOVASKULAR YANG MUDAH

Semalam saya start semula freeletics yang dah lama saya tinggalkan.
Bersenam bukan mudah sebenarnya.
Ia perlukan rakan, motivasi, kekuatan mental dan fizikal.
Juga kekuatan melawan nafsu makan. hehehe.

Apa yang penting sebelum memulakan freeletics korang boleh download dulu application freeletics dekat handphone. Application tu lebih kurang macam ni.

Korang boleh download aplikasi ni untuk memudahkan korang trace kan perjalanan freeletics korang.
Biasanya 15 minggu cabaran di perlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Dalam ni ada macam-macam cara senaman freeletics. Nak tak nak je buat. heheeh

Untuk permulaan biasanya tak banyak set lah kena buat. Contoh satu masa ada la dalam 3 set.
Tapi jangan la paksa diri tu. Sebab nak dapatkan stamina bukannya mudah. Biasanya permulaan saya suka amalkan yang ini.



Saya pernah sharekan gambar ini kat entry sebelum ni. For beginners buat 3 set. Nanti lama-lama improve lah ke 4-5 set kalau dah terer boleh buat 6 set.
Trust me menjejeh-jejeh peluh kau akan keluar.
Time tu anda akan rasa sedikit fit. Sebab setiap gerak-geri ni memang ada kebaikan yang tersendiri.
Boleh lah google kebaikan setiap pergerakkan tu.

Biasakan untuk bersenam 5 kali seminggu. Ulang-ulang apa yang ada dalam gambar tu atau anda folllow je applikasi freeletis tu suruh.

Bagi wanita, anda jangan risau badan akan jadi macam abg sado. Metabolisma kita lain. So, tak akan korang jadi kakak sado. Teruskan usaha untuk dapatkan berat badan idaman. Yang penting kena letak target yang realistik lah kan.

Sebelum terlupa. Belajar untuk kira kalori. Jangan main balun je.
Korang boleh gabungkan DIET ATKINS dan FREELECITCS.
Atau amalkan CLEAN DIET.
 Kena tahu juga berapa kalori yang korang kena ambil untuk mengurangkan berat badan tu.
Boleh klik link bawah ni. Nanti boleh lah kira sendiri
Penting ni. Kalau tidak rugi lah korang senam tapi apsal la berat tak nak turun.

CARA KIRA KALORI SEHARI
 https://www.glucernachallengeme-bm.com.my/tools/bmr-calculator

contoh web tu macam ni. Jangan salah pulak. hahah


Senang gila ada web ni. Nanti korang letak la berapa tinggi, berapa berat badan, berapa umur, selalu buat kerja yang berdiri atau duduk. Ada juga tambahan info. Kalau korang rasa nak turunkan berat badan 1kg dalam seminggu dia akan bagitahu berapa kalori kena ambil.

Jangan lebih dari kalori yang di sarankan. Baik-baik2 nak turunkan berat badan jadi naik pulak. heheh.
ok mesti korang tertanya-tanya. Mana pulak nk tau kalori makanan yang kita makan tu.
Alahh korang ni manja betul lah. Penat saya melayan. haha

Ok kalau saya biasa akan rujuk :
 http://cekodok.com/
 http://www.kalorimakanan.com/
  http://kalorimakanan2u.blogspot.com/

Cukuplah tiga web ni. Nak lebih-lebih rajinkan lah diri mencari ye.
Selain aplikasi freeletics, pengiraan kalori bagi lelaki dan perempuan, pengiraan kalori dalam makanan.
Anda juga di galakkan untuk mengambil supplement tambahan.
Tapi jangan lupa kira kalori.

Macam saya, saya akan ambil protein shake dari shaklee.
Biasanya saya amalkan ENERGIZING SOY PROTEIN dan CINCH SHAKE LATTE.
Bagus amalkan ini. Sebab semasa senam kita memang perlukan protein.
Lagipun ia membantu membina otot.
Otot sebenarnya amat penting. Ia membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak.
Maka, tiada lah yoyo effect di mana badan yang kurus selalu akan naik kembali

Biasanya sebelum senam saya shake protein dua ni.
Rasa dia sedap. Saya prefer latte. Boleh di campur dengan ais.
Antara kebaikan esp dan cinch latte ialah





Yang best tu selain untuk senamania juga bantu untuk dapatkan body macam bodybuilder.
Mudah sangat. Ok sampai di sini sahaja perkongsian freeeletics saya. Lainkali saya share lagi ye 

Saya juga adalah pengedar Shaklee.

Kalau nak order boleh lah contact saya ye.
NURHUDA BINTI KASSIM
SID : 891683
WHASAP : 0176334570
CALL/SMS : 01118766483
ADD FB : HUDA ALIF
FB PAGE : VITAMIN TERBAIK - LESS EFFORT, MAX RESULT

Mealshake Membantu Tumbesaran Anak-Anak

MEALSHAKE MEMBANTU TUMBESARAN ANAK-ANAK

Banyak rungutan dari ibu bapa sejak akhir-akhir ini.
Anak-anak sering demam, selsema dan batuk.
Pulak tu silih-berganti antara ahli keluarga.
Ada yang di hantar ke taska dan tadika pulang membawa virus dari kawan-kawan.

Hasilnya semua satu rumah demam.
Memang selepas raya ini saya akui ramai yang demam.
Saya pun tak terkecuali.
Apa yang membimbangkan bila demam badan anak-anak akan susut.
Selera makan mereka kurang dan mereka kurang cergas dan kurang fokus.

BAGAIMANA MEALSHAKE DAPAT MEMBANTU ANAK-ANAK LEBIH SIHAT?


1. Mealshake mempunyai nutrisi yang lengkap



- Mealshake menyediakan 24 jenis vitamin A-Z, mineral dan " trace mineral". Jika trace mineral berkurangan kadar penyerapan vitamin akan menjadi lebih sukar. Ini kerana enzim tidak aktif.

( dengan 24 jenis vitamin yang terkandung dalam setiap hidangan ia membantu memberikan nutrisi yang secukupnya pada badan. Apabila nutrisi cukup ketahanan badan dan imunisasi akan menjadi lebih baik)

2. Membekalkan nutrien kepada sel-sel 
- mealshake kaya dengan protein tetapi tidak mengandungi laktosa. Protein amat penting untuk sel. Senang cakap protein adalah makanan kepada sel. Ia membantu dalam pembentukan kulit yang sihat, kuku yang tidak rapuh dan pecah, rambut yang sihat dan tidak mudah putus.

( apabila protein mencukupi, anak-anak akan lebih sihat dari segi fizikal dan dalaman. Protein memberikan makanan kepada sel. Maka semua sel dan organ dapat berfungsi dengan baik. Imunisasi juga menjadi lebih baik dari hari ke hari )

3. Untuk Pembesaran
mealshake juga mengandungi asid folik, dan biotin, ia kaya dengan kalsium dan magnesium yang di perlukan oleh badan untuk membina tulang yang padat dan sel-sel untuk proses tumbesaran.  

( Anak-anak yang rendah dan tidak sihat selalunya tidak mendapat nutrisi yang secukupnya ketika membesar, kadang-kadang ia bukan kerana faktor genetik, ia berlaku kerana ibu dan bapa tidak memberi nutrien yang secukupnya kepada anak-anak)

4. Anti - oksida
- mealshake juga mengandungi vitamin A,C,E, zind dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan dan penuaan.

(Selain untuk anak-anak mendapatkan kulit yang sihat, ibu bapa juga boleh tumpang sekali. Ia membantu ibu bapa untuk kelihatan muda)

5. Pemulihan kulit
- mealshake juga lengkap dengan vitamin B kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.

( Jika anak anda ada masalah kulit beri dia minum mealshake setiap hari, Insyaallah kulit nya akan lebih baik dan cantik)

6. Detoks
- kadangkala anak-anak juga mengalami masalah seperti sembelit. Kadang-kadang juga berlaku simptom ketidakhadaman makanan. Minum mealshake setiap hari penting supaya membantu menyingkirkan lemak berlebihan  dan buang bahan buangan daripada kolon dan perut.


KENAPA ANDA PERLU MEMILIH MEALSHAKE SEBAGAI MAKANAN TAMBAHAN ANAK ANDA


  1. Rasa vanila seperti rasa aiskrim yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  2. Senang di kendalikan. Anak-anak memang suka dan ingin minta lagi setiap kali
  3. Sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun dan keatas
  4. Sesuai  untuk seisi keluarga
  5. Boleh menjadi sarapan pagi jika sudah terlambat, sangat mudah, ia membantu anak-anak fokus ketika belajar
  6. Boleh juga di jadikan sahur ketika bulan ramadhan
  7. Ia rendah lemak tetapi kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak
  8. Mealshake memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun  kanak-kanak
  9. Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  10. Mengurangkan ekzema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  11. Meningkatkan selera makan anak
  12. Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat dari biasa. 
  13. Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai menelan supplement berbentuk tablet. 
  14. Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  15. Amat bagus untuk mengurang obesiti di kalangan kanak-kanak 
Adakah anda telah berfikir untuk membelikan mealshake untuk anak anda. Usah berfikir banyak kali. Sebab mealshake sangat-sangat membantu anak anda menjadi lebih sihat. Mari saya tunjukkan testimoni mengenai mealshake.


SELERA BERTAMBAH, BERAT NAIK DAN SEMAKIN SIHAT SELEPAS AMBIL MEALSHAKE



 ANAK LEBIH CERGAS, SENANG BANGUN PAGI, TIDAK LESU

ANAK KURANG DEMAM, BATUK DAN SELSEMA BAIK, BADAN BERISI


 SELERA MAKAN BERTAMBAH
Baguskan mealshake ni. Ibu bapa yang tidak mencuba mealshake walau sekali seumur hidup memang rugi.  Anak tu kan amanah Allah. Kalau anak sihat kita juga yang senang hati kan?
So, tunggu apa lagi. Jom lah cuba :)

Kalau nak order boleh lah contact saya ye.
NURHUDA BINTI KASSIM
SID : 891683
WHASAP : 0176334570
CALL/SMS : 01118766483
ADD FB : HUDA ALIF
FB PAGE : VITAMIN TERBAIK - LESS EFFORT, MAX RESULT

Wednesday, August 19, 2015

Badan berangin punca lemah dan lesu

BADAN BERANGIN PUNCA LEMAH DAN LESU

Pernah tak anda rasa badan letih, lesu, berat dan selalu sangat mengantuk.
Selain tu kekerapan menguap juga berpanjangan.
Kadang-kadang tu rasa macam dah cukup dah tidur tapi kenapa lah asyik menguap.

SIMPTOM BADAN BANYAK ANGIN

Simptom yang saya sebutkan di atas sebenarnya tanda-tanda awal badan berangin.
Saya juga mengalaminya. Saya jarang berurut dari kecil.
Maka perut sering kembung, badan mudah letih dan selalu sangat menguap walaupun tidak mengantuk.
Jom ikut saya, saya ceritakan simptom-simptom lain bila angin banyak di dalam badan.

  1. Rasa lesu , letih, tidak bertenaga
  2. Selalu rasa kebas, lenguh dan sengal
  3. Tapak tangan dan kaki sering berasa sejuk
  4. Mudah dan selalu menguap
  5. Mudah mengantuk walaupun di awal pagi
  6. Sukar bernafas atau nafas pendek
  7. Rasa tegang di bahagian tengkuk dan pinggang
  8. Kulit kering
  9. Muscle spasms ketika jaga atau tidur
  10. Perut berangin atau kembung. Bila di tepuk terasa seperti gendang.
  11. Perut yang keras dan padat
  12. Sakit kepala dan migrain
  13. Perasaan mudah marah cepat timbul 
  14. Hilang selera makan kerana ketidakselesaan perut
  15. Ketidakselesaan badan
  16. Rasa ingin muntah dan mual angin 
  17. Pedih ulu hati
  18. Gastrik
  19. Ketengangan otot / cramp
  20. Melemahkan tenaga syahwat
  21. Menyebabkan kentut vagina
  22. Rahim mengembang dan rasa tidak selesa pada miss V (berair dan sejuk)
Jika anda rasa anda di dalam kategori di atas. Saya sarankan agar anda mengurangkan pengambilan makanan yang boleh menjana penghasilan angin di dalam badan. Angin ini terhasil apabila usus tidak dapat mencernakan makanan dengan betul. Maka angin akan berkumpul di dalam usus.

JENIS MAKANAN YANG HARUS DI ELAKKAN ( TUMBUHAN MERANGSANG ANGIN DALAM BADAN)

Di sebabkan masalah angin di dalam badan sukar di atasi. Anda sendiri perlu prihatin dengan makanan yang anda makan. Kurangkan atau elakkan terus makanan-makanan berikut:

  1. Kekacang
  2. Sayuran - brokoli, kobis, taugeh, bawang, asparagus, bendi dan terung
  3. Buah-buahan - Pear, apple, peach
  4. Bijirin - Cereal dan roti gandum
  5. Minuman ringan dan jus buah
  6. Susu dan produk daripada susu dan keju
  7. Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijiran dan sos salad
  8. Makanan bertepung - kuih-muih, mee
  9. Pemakanan - jaga jaduak pemakanan anda. Makan secara teratur, pengambilan makanan yang salah seperti nangka, labu, mee kuning, daging beku, air berkafein dan bersoda memburukan lagi keadaan. 
  10. Perubahan emosi juga memainkan peranan - dari gembira ke sedih, marah ke tenang. Angin seperti ini adalah sukar untuk di buang dan di keluarkan dari badan
 Perut adalah gudang segala penyakit. Saya sangat menyarankan agar anda amalkan diet cara RASULLULAH iaitu makanan dari darat dan dari lautan tidak boleh di campur.


 Amalkan gaya diet RASULLULAH insyaalah terhindar dari masalah dalam perut.

CARA MODEN DAN TRADISIONAL  MEMBUANG ANGIN

Untuk cara tradisional membuang angin ada pelbagai cara yang disarankan.
Antaranya :

# Bawang putih #
- Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya
- Hiris bawang putih nipis-nipis
- Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga menjadi segelas air
- Minum ramuan ini sebulan sekali
atau
- Bawang putih di tumbuk dan di campur dengan air panas, bagi air bawang itu keluar dan minum

#  Cengkih dan halia #
- Rebus cengkih dan halia, minum ketika masih suam, Ulang beberapa kali

# Daun mengkudu dan halia #

- Minum air rebusan daun mengkudu dan halia, Ulang beberapa kali

# Serai Kisar #
- Kisar serai, lemon, daun pudina, madu asli, garam dan sedikit air. Amalkan minuman bancuhan ini dan angin akan keluar

# Rendam Kaki Di Dalam Air Panas #
- Rendamkan kai di dalam air pans + segenggam garam kasar @ garam bukit
- Kepanasan air mengikut kesesuaian  diri
- Rendam sehingga 10 minit atau lebih
- Semasa rendaman ini di lakukan cuba buat pernafasan  yang teratur ala-ala bermeditasi

# Urutan Kaki #
- Urut perlahan-lahan urat besar di tumit dan sekitar buku lali untuk mengeluarkan angin

# Minuman Kultur #
- Jika badan terlalu banyak angin , di syorkan untuk mengambil minuman kultur. Minuman kultur sangat bagus untuk melancarkan proses penghadaman di dalam usus. Selain itu ambil minuman yang boleh membersihkan usus. Penting supaya kita dapat flush out segala saki-baki serdak makanan di dalam usus.

# Jika badan sering sejuk dan banyak angin #
- di cadangkan untuk kminum campuran  cengkih, lada putih atau lada hitam
- sangan bahan berikut tanpa minyak dan di tumbuk halus
- ayak kan dan minum campuran ini setiap pagi atau malam selepas makan.
- ia berguna untuk memecahkan angin dalam badan

CARA MODEN DAN MUDAH PECAHKAN ANGIN

Anda boleh amalkan supplement dari Shaklee iaitu Peppermint Ginger Plus.
Di rumus khas dari 4 herba gabungan Barat dan Timur.
Ia adalah pudina, halia, pokok adas dan cekur manis.



# PUDINA #
- Ia melegakan otot perut
- membantu menyelesaikan masalah penghadaman
- mengurangkan mabuk
-  melegakan sakit gastrik
- mengurangkan pedih ulu hati dan cirit-birit

# HALIA #
- Orang Cina sudah mengunakan halia sejak 2000tahun yang lalu, ia membantu :
- melegakan masalah pencernaan
- mengurangkan masalah penghadaman
- melegakan ketidakselesaan perut dan usu
- mengurangkan sakit akibat haid, loya dan mual angin ketika mengandung

# POKOK ADAS #
- orang Eropah mengambil biji adas untuk menghilangkan kembung perut
- melegakan sakit perut
- mengurangkan flu
- mengurangkan alergi pada usus

# CEKUR MANIS #
- di gunakan oleh orang Mesir untuk melegakan kesakitan ketika haid
- mengurangkan batuk dan kahak
- ia juga bagus untuk mengurangkan gastrik dan memberi peredaran yang lembut pada perut

Selain itu anda juga boleh berurut. Saya selalu berurut dengan sorang akak ni. Dia lulur badan dan urut sekali dengan minyak herba. Alhamdullilah semakin baik dan baik.

Jika anda sukar untuk membuat cara tradisional. Saya sarankan agar anda amalkan mengambil Peppermint Ginger Plus ni untuk membuang angin dan mengurangkan masalah penghadaman. Amalkan setiap hari.
Insyaallah anda akan nampak hasil yang ketara. Masalah seperti sakit pinggang, kebas-kebas, sengal dan sakit sendi akan berkurangan dari semasa ke semasa. Jom layan testimoni Peppermint Ginger Plus di bawah yang telah berjaya.

MASALAH ANGIN DALAM PERUT


MASALAH GASTRIK


TESTIMONI PEPPERMINT GINGER PLUS

MASALAH SAKIT PINGGANG AKIBAT ANGIN


Kalau nak order boleh lah contact saya ye.

NURHUDA BINTI KASSIM
SID : 891683
WHASAP : 0176334570
CALL/SMS : 01118766483

ADD FB : HUDA ALIF
FB PAGE : VITAMIN TERBAIK - LESS EFFORT, MAX RESULT

Monday, March 23, 2015

Shaklee dan gst

Buat pelanggan shaklee yg di hormati.
Cepat-cepat booked utk barangan shaklee pilihan anda. Harga biasa sehingga 28hb sahaja.
Sapa nk buat stok boleh buat siap2. Kalau nak elak gst lah. Shaklee tak terkecuali di kenakan gst 6%.
Jangan tanya kenapa. Sebab topup yg kita pakai hari2 pun kene gst kan. Apatah lagi shaklee :)
Hurry up. Jangan tunggu lama2.
Huda Alif 011-18766484

Wednesday, March 18, 2015

Kurangkan kolesterol dengan phytocol st

Ambil ini sebaik lepas makan.
Elak kolesterol tinggi dalam badan/darah.
Jangan ingat muda-muda tiada kolesterol yg tinggi. Kekadang yg kurus-kurus kolesterol tinggi tau.
Bahaya tau kolesterol tinggi. Tak caye pergi goggle :)
Huda Alif 011-18766483

Tuesday, March 17, 2015

Testimoni freeletics yang superb!

Ini adalah bukti kenapa anda perlu lakukan freeletics sekarang.
Jangan tangguh-tangguh lagi.
No pain, no gain :)
Full coaching utk shaklee dan freeletics ,
Huda alif
011-18766483

Kelebihan freeletics - senaman jalanan yang awesome

Selalu merengek-rengek minta dekat husband tolong daftarkan gym atau jom la pergi gym.
Saya nak selim melim macam zaman-zaman sebelum kahwin. kah.. kah.. kah..
Jangan harap dapat. Memang di tolak mentah-mentah. Jangan mimpi nak pergi gym okeh.

Typical sungguh en.suami. Padahal satu kali masuk baru rm10. Atau kalau bulan-bulan bayar lagi murahkan? Nasib baik saya ada kawan-kawan yang memang tak dapat keizinan suami pergi gym juga. Kawan saya banyak berzumba di rumah. Saya ok dengan zumba. Tapi pergerakan tu terlalu banyak. Letih.. tapi peluh macam tak keluar je. Nampak sangat lemak saya yang degil :)

Satu hari nak di jadikan cerita. Sepupu saya bercerita yang dia pergi berenang untuk fit kan badan.
Owh no.. saya tak reti berenang. Selang beberapa minit tu seorang lagi sepupu hantar satu video ni.
Video seorang lelaki kulit putih. Dia hanya buat freeletics. 15 minggu punya cabaran. Dan pada saya kenapa tidak saya buat freeletics. Ia free. Cuma perlukan berat badan sendiri untuk bersenam.

Sebelum ini ada berkira-kira juga nak beli basikal senam tu sebab tergoda dengan iklan GO SHOP!
Nasib baik suami tak bagi beli. hahaha. Semuanya ada hikmah. Maka saya mulalah berjinak-jinak dengan freeletics.

Ok mesti anda semua tertanya-tanya macam mana freeletics tu? Meh tunjuk bukti sikit abam sado atau pengasas freeletics Malaysia. Amirul Agam.. Sangat memberi inspirasi tau :D Baru berumur 22 tahun dan beliau telah berjaya mengurangkan 33kg berat selama 6 bulan. Best gila! Muka hensem macam KJ.. auww...



Jangan tak percaya freeletics ni merupakan senaman yang menggunakan seluruh tubuh badan dan juga menggunakan berat badan sebagai beban dalam satu sesi senaman. Freeletics berasal dari Jerman pada tahun 2012. Ramai rakyat Jerman yang dah berjaya merubah bentuk badan mereka dengan freeletics. Lagipun ia sesuai untuk semua golongan umur :)

Bukan Amirul Agam je. Ramai lagi yang buat freeletics ni. Antaranya Cik Epal. Blogger terkenal tu. 
Saya sendiri pun suka sebab dalam rumah pun boleh bersenam. Tak payah susah-susah pergi gym. 

Ok mari saya kongsikan senaman freeletics pilihan hati saya. Ramai yang saya minta untuk buat senaman ni dalam group eksklusif slim with huda alif. Selain saya ajar senam dalam grup tertutup di facebook tu juga saya ajar bagaimana hendak kira kalori dan berapa kalori diperlukan. Tak lupa juga saya kirakan BMI bagi setiap individu yang ingin kurus. Dan tak lupa supplement Shaklee sebagai sokongan jika kekurang nutrisi. 

Ok di bawah ni amalan freeletics saya. 
Boleh mula dengan membuat satu set. Jangan paksa diri ya. 
Slow and steady okeh!




Untuk dapatkan keputusan yang sangat memberangsangkan sila buat 15 minggu punya cabaran. 
Masa mula-mula saya buat freeletics memang badan akan sakit. Tapi lepas tu badan memang rasa best, sedap dan fit. Sampai suami pelik lihat kerajinan saya. 

Tapi saya tak tahan lama. Sebab tiba-tiba pinggang sakit. Mungkin saya angkat barang berat. So, saya cuma dapat teruskan selama 1 minggu dengan tambahan 100 kali skipping. Mungkin juga pinggang ada sikit cedera. Kalau cedera boleh lah berhenti kejap ya. Tak berbaloi kalau senam tengah sakit. 

Insyaallah saya akan bayar balik hutang 14 minggu cabaran freeletics sekali dengan pengambilan cinch shake, esp, herblax dan omega guard. Nak buang beberapa kilogram lagi untuk mencapai berat badan impian saya. Sekarang berat saya 60 ke 61.5 kg. Insyaallah nak capai berat 55kg sebelum raya ni :) Mana tau dapat pakai kebaya.. ewaaahhh... haha..

Buat pembaca yang baru saya pernah gemuk dulu. 70kg. Saya amalkan set kurus shaklee terus turun 10kg. Maka sekarang saya cuma berusaha untuk dapatkan berat badan idaman. Sebab tu fokus senaman pulak. Set shaklee masih tak tinggal. Sebab penting untuk mantainkan berat badan saya. Juga saya fokus dalam pengiraan kalori. 

Ok lah sampai di sini sahaja kisah kurus saya. Nanti saya sambung lagi ya :)

Jangan lupa..

HUBUNGI COACH KURUS, 

NURHUDA KASSIM
011-18766483 @ 017-6334570
SID (891683)

ADD FB: huda alif