Tuesday, August 16, 2016

Tips menjaga rakan niaga/dropship/agen yang semua leader bisnes perlu tahu

TIPS MENJAGA RAKAN NIAGA/DROPSHIP/AGEN YANG SEMUA LEADER BISNES PERLU TAHU

Di dalam BMC rakan niaga dan ejen berada di dalam kotak Key Partners. 

1. Engagement dengan mereka.
 
Selalu berinteraksi dengan ejen. Gunakan medium seperti whatsapp dan telegram untuk berkomunikasi. Kejutkan dan beri motivasi setiap hari kenapa mereka perlu berjaya capai KPI hari ini. Respon yang cepat, persoalan terjawab, masalah diselesaikan akan menjadikan tim kita bersemangat dan kuat.

2. Sentiasa beri dorongan

Beri idea-idea baru, teknik baru, copywriting yang mudah untuk buat jualan. Tunjukkan pengalaman dengan adakan SOP jualan. Pengetahuan produk perlu diberi setiap hari. Agar ejen/dropship memulakan kerja jualan dengan sesuatu yang fresh setiap hari.

3. 'Wake Up & follow up'

Call, PM dan whatsapp ejen/dropship yang tidak aktif. Pastikan ejen yang ada sentiasa berkualiti. Jangan dibiarkan sahaja mereka yang senyap ini berdiam diri tanpa follow up.

4. Team binding

Tanamkan dalam minda semua ejen/dropship semua orang adalah berlumba-lumba dan bukan bersaing. Minta ahli team yang aktif untuk sama berkongsi hasil dapatan harian. Kongsikan di media sosial. Tag rakan-rakan ejen lain supaya mendorong mereka juga buat jualan hari ini.

5. Tanggungjawab

Ejen masuk bukan percuma. Walaupun mereka beli produk dgn kita, kena bimbing utk pastikan produk itu terjual. Bantu beri idea dan contact agar mereka mudah untuk berusaha. Ya semua bergantung atas usaha mereka sendiri, tapi leader yang baik akan bimbing sampai mereka berjaya. Hidup kita bantu kaya dan memperkayakn diantara kita dan mereka. Bina suasana positif bersama.

6. Filter

Memang ada yang akan syahid di tengah jalan. Kalau semua sudah diberi, semua sudah dinasihatkan, coaching dan sebagainya, kalau tak buat, doakan shj. Jalan terus, buat rekrut baru. Usaha mesti dua belah pihak. Kalau tak jalan juga, termination adalah jalan terakhir. Slogan 'Kami tak tinggalkan sesiapa, tapi tak tunggu sesiapa' itu memang benar dan berkesan. 

7. Turun padang

Jumpa ejen-ejen di tempat mereka. Kenali mereka secara dekat. Fahami karakter dan perturunkan ilmu. Jangan rasa sayang duit dan masa turun mencemar duli. Ini menjamin motivasi ejen untuk sentiasa berada dalam keadaan positif dan energetik.

8. Lahirkan 'leader'

Lihat potensi dikalangan ejen yang boleh memimpin. Ini menjamin urusan kita akan lebih mudah dimana leader-leader ini akan ambil separuh dari tugasan kita. Mereka akan ganti tempat kita suatu hari nanti. Leader akan pastikan anak buah bukan channel. Dan ingatlah, siapa yang ada channel, dia adalah raja duit. 

Itu sahaja dapatan saya setakat ini. Salam jutawan semua.

No comments:

Post a Comment