Showing posts with label chettaki omey team. Show all posts
Showing posts with label chettaki omey team. Show all posts

Wednesday, August 17, 2016

[TEKNIK TANGKAP LENTOK]

[TEKNIK TANGKAP LENTOK]

1) Bila orang mintak PM harga , apa nak buat?

Ingat ye, pada saat itu, NAFSU membeli customer pada tahap maksima, anda perlukan strategi untuk PANCING customer anda.

Apa saja yang ditanya, terus jawab. Jangan tangguh sampai 5-10 minit.

Sebab apa?

Nanti nafsu membelinya sejuk dan dia akan hilang minat untuk membeli.

Kenalkan diri dan ucapkan terima kasih kerana berminat dengan produk/servis anda. Pelanggan akan rasa dihargai.

Tanyakan kepada pelanggan apa masalah yang beliau hadapi dan bagaimana anda dapat membantu.

Cara ini menunjukkan kita lebih prihatin terhadap pelanggan kita. Selalu letakkan ayat pertanyaan di hujung ayat supaya ada one to one conversation

Contoh: 

"Salam sis, saya Mubarak dari (Nama page) Terima kasih kerana berminat dengan (produk). Saya akan maklumkan harga dekat sis nanti tapi sebelum itu apa yang saya boleh bantu sis? =)"

(Nampak tak ada ayat pertanyaan supaya berlaku conversation dan engagement kat situ, jadi takde la kita syok sendiri. Distract customer tu, bagi dia nampak NILAI bukannya HARGA produk anda)

2) Jangan nampak terlampau nak menjual, kerana customer dah naik muak dengan HARDSELL, mereka juga nak layanan best-best, nak dibelai dan dimanja oleh anda. 

Jadi anda perlu relax, banyak borak dan tunjukkan anda ambil berat terhadap keperluan customer anda.

3) DAN!

Haa yang ni JANGAN sesekali buat. 

Please!
Please!
Please!

Jangan jatuhkan produk orang lain apabila tengah borak dengan customer anda dengan niat anda nak jual barang anda.

Mereka lebih bijak dalam menilai sesuatu barang pada zaman ini.

Ceritakan kelebihan produk anda dan elakkan membandingkan ATAU merendahkan produk pesaing anda.
Ini memang tak cool langsung, malah anda nampak sengat DESPERATE untuk jual produk anda.

Tips: Letakkan emoji smiley yang kiut miut di hujung ayat walaupun anda tengah berduka cita masa tu.

4) Bila customer diam apa nak buat?

Ada jenis yang nak tanya husband, yang nak tunggu gaji masuk dan banyak lagi la ragam dia.
Anda rilek, jangan malu untuk follow up semula dengan pelanggan. 

Contoh:
"Hi sis, haritu ada PM saya kan? Nak tanya, sis berminat lagi?"
Followup je sampai dia cakap "SAYA TAK BERMINAT"
Peluang untuk anda close sale dengan follow up ialah 50-50 & kalau tak follow up memang tak payah cerita pasal peluang la.

Tips: Elakkan dari guna ayat ini, "Hi sis, haritu ada PM saya kan? Nak tanya, sis berminat lagi TAK?"

Perkataan "TAK" itu macam satu PUAKA yang menyebabkan mereka hilang minat atau terus turn off.
Begitu juga dengan perkataan "BELI", gantikan dengan "DAPATKAN". Nescaya anda nampak lebih bergaya, bemutu dan unggul gitu.

5) Bila dia dah beli, jangan terus BYE-BYE.
Doakan customer anda supaya urusannya dipermudah (tak kira la muslim atau non muslim).

Bagi muslim, ia menunjukkan anda sangat peka dengan masalah orang lain walaupun anda berniaga.

INGAT!
Kebarangkalian untuk dia membeli semua ATAU merekomenkan anda dekat rakan-rakannya lebih tinggi bila dia sudah selesa berurusan dengan anda.

Semoga bermanfaat.

Anda Kaya Dan Berjaya !

Tuesday, August 16, 2016

Erti rezeki...

_*Rezeki dalam hidup kita lain-lain..*_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, ada anak2 yang baik, yang sedang hafaz Al Quran_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat travel sana-sini_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, business maju dan bertambah maju_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, mudah belajar dan baca Al Quran_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi_

_Ada orang.._
_Rezeki dia, ada rumah yang selesa di diami_

_*Hakikatnya..*_
_Allah menjadi kan kita semua, orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri._

_Cuma kadang2 kita yang tak nampak & tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang & material_

_*Alhamdulillah..*_

_Semua benda yang baik adalah *rezeki dari Allah*, walaupun hanya dengan dapat *baca satu ayat Al Quran* dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca *Al Quran* walaupun sekali dalam hidup dia_

_*Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat*_

_Utamakan kehendak Allah, In Sha Allah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara_

_Berlapang dada lah dalam mencari rezeki, *bersyukurlah* dalam setiap rezeki yang kita dapat_

_Rezeki kita.._
_Masih hidup lagi hari ni & berkesempatan utk bertaubat, sebab ada orang yang hari ni dia dah tak bernafas lagi & pergi berjumpa Allah nan satu tanpa sempat bertaubat.._

*Ajal tidak menunggu taubat kita tetapi kita perlu bertaubat menunggu ajal.. mampukah kita ?* 


Semoga kita sentiasa diberi rezeki yang mencukupi untuk kita.

Syukur sentiasa dengan nikmat Allah in shaa Allah anda kaya & berjaya.

Doa di pagi hari

*DOA PAGI Hari*
Assalamualaikum

_*Ya Allah..*_
_Jika hari ini ada di antara kami yang sedang sakit, mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...Berikanlah kesembuhan untuknya..Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan.._

_*Ya Allah..*_
_Jika hari ini ada di antara kami yang kesulitan rezki, Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki.._

_*Ya Allah..*_
_Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu...Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar..Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu..Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan._

_*Ya Allah..*_
_Jika hari ini ada di antara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya..Sombong, iri hati, dengki dan dusta..Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah.._

_*Ya Allah..*_
_Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yang merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajakan...Bukakanlah pintu hatinya..agar memaafkan kami.._

_*Ya Allah,*_
_ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami, dosa rakan rakan kami, dosa jiran jiran kami dan dosa kaum Muslimin dan muslimat.Sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani_

_Aamiiin Ya Rabbal Alamiin.._

Benarkah niat dhuha kita?

Ramai orang jaga solat dhuha sebab nak murah rezeki. Dan "rezeki" yang ramai orang faham adalah duit, harta benda, cemerlang exam, dan lain2.

Salah ke? Tak salah.

Tapi cuba ubah mindset sikit. Nak ubah apa? 

Ubah kepada kita jaga solat dhuha supaya Allah murahkan rezeki kita untuk jaga solat 5 waktu berjemaah, rajin baca al Quran, rajin bangun tahajud, rajin buat dakwah tarbiah, dan lain2. 

Ini semua kan rezeki. Kan?

Kalau kita minta duit, harta, cemerlang exam, dan lain2, insyaAllah kita boleh dapat. Tapi jaga solat 5 waktu berjemaah, jaga al Quran dan lain2 BELUM TENTU dapat. Senang cerita, minta dunia, belum tentu dapat akhirat.

Tapi kalau kita minta jaga solat, jaga Quran dan lain2, maka insyaAllah Allah akan bagi kita duit, harta, cemerlang exam dan lain2 yang datang dari tak disangka2. Dan senang cerita, minta akhirat insyaAllah mesti akan dapat dunia.

:)

Tips menjaga rakan niaga/dropship/agen yang semua leader bisnes perlu tahu

TIPS MENJAGA RAKAN NIAGA/DROPSHIP/AGEN YANG SEMUA LEADER BISNES PERLU TAHU

Di dalam BMC rakan niaga dan ejen berada di dalam kotak Key Partners. 

1. Engagement dengan mereka.
 
Selalu berinteraksi dengan ejen. Gunakan medium seperti whatsapp dan telegram untuk berkomunikasi. Kejutkan dan beri motivasi setiap hari kenapa mereka perlu berjaya capai KPI hari ini. Respon yang cepat, persoalan terjawab, masalah diselesaikan akan menjadikan tim kita bersemangat dan kuat.

2. Sentiasa beri dorongan

Beri idea-idea baru, teknik baru, copywriting yang mudah untuk buat jualan. Tunjukkan pengalaman dengan adakan SOP jualan. Pengetahuan produk perlu diberi setiap hari. Agar ejen/dropship memulakan kerja jualan dengan sesuatu yang fresh setiap hari.

3. 'Wake Up & follow up'

Call, PM dan whatsapp ejen/dropship yang tidak aktif. Pastikan ejen yang ada sentiasa berkualiti. Jangan dibiarkan sahaja mereka yang senyap ini berdiam diri tanpa follow up.

4. Team binding

Tanamkan dalam minda semua ejen/dropship semua orang adalah berlumba-lumba dan bukan bersaing. Minta ahli team yang aktif untuk sama berkongsi hasil dapatan harian. Kongsikan di media sosial. Tag rakan-rakan ejen lain supaya mendorong mereka juga buat jualan hari ini.

5. Tanggungjawab

Ejen masuk bukan percuma. Walaupun mereka beli produk dgn kita, kena bimbing utk pastikan produk itu terjual. Bantu beri idea dan contact agar mereka mudah untuk berusaha. Ya semua bergantung atas usaha mereka sendiri, tapi leader yang baik akan bimbing sampai mereka berjaya. Hidup kita bantu kaya dan memperkayakn diantara kita dan mereka. Bina suasana positif bersama.

6. Filter

Memang ada yang akan syahid di tengah jalan. Kalau semua sudah diberi, semua sudah dinasihatkan, coaching dan sebagainya, kalau tak buat, doakan shj. Jalan terus, buat rekrut baru. Usaha mesti dua belah pihak. Kalau tak jalan juga, termination adalah jalan terakhir. Slogan 'Kami tak tinggalkan sesiapa, tapi tak tunggu sesiapa' itu memang benar dan berkesan. 

7. Turun padang

Jumpa ejen-ejen di tempat mereka. Kenali mereka secara dekat. Fahami karakter dan perturunkan ilmu. Jangan rasa sayang duit dan masa turun mencemar duli. Ini menjamin motivasi ejen untuk sentiasa berada dalam keadaan positif dan energetik.

8. Lahirkan 'leader'

Lihat potensi dikalangan ejen yang boleh memimpin. Ini menjamin urusan kita akan lebih mudah dimana leader-leader ini akan ambil separuh dari tugasan kita. Mereka akan ganti tempat kita suatu hari nanti. Leader akan pastikan anak buah bukan channel. Dan ingatlah, siapa yang ada channel, dia adalah raja duit. 

Itu sahaja dapatan saya setakat ini. Salam jutawan semua.

Motivation

Lia nak anda semua POSITIF! Cakap, sebut dan doa benda yang baik-baik sahaja :)

Contohnye, mulai pagi dengan bismillah.. Then niat berniaga kerana ALLAH, nak bantu raaaamaii orang wangi.

MINTA la apa sahaja yang anda nak. Minta nak setiap hari dapat jual 10 botol Dexandra, nak dapat sale 5 ribu, nak rumah, nak kereta, nak anak, nak pergi umrah. Sebut sahaja. Mesti details.

MINTA yang besar2, yakin dengan Allah. Pastikan LIST PERMINTAAN tu ditulis dengan besar dan tampal kat dalam diari, buku, cermin, dinding, meja, komputer, peti ais, almari dan mana-mana tempat yang sentiasa buat anda ingat benda tu..

Tolong jangan cakap saya tak hebat, saya tak pandai buat sale, saya busy, saya tak ada ilmu. NO NO NO!! Tukarkan MINDSET anda kepada saya hebat, saya boleh jual dexandra perfume 10 botol setiap hari, saya pandai membahagikn masa.

Anda mesti UBAH apa yang anda cakap dan buat kepada sesuatu yang positif dan baik. InshaaAllah datang benda-benda baik sahaja kepada anda.

Jom buat permintaan!!! BERTINDAK SEKARANG!!! 

Boleh boleh team CO ?!!! 😍❤😍❤

P/s : Lia akan share malam ni My Visualisation Board Lia tampal dalam bilik.

Leader hebat!

*Leader hebat*
= hebat urus masa 
= hebat urus kerja (delegate) 
= hebat URUS MASALAH (key = setiap masalah ada penyelesaian)
= hebat HATI MANUSIA

Semoga team CO boleh menjadi LEADER YANG HEBAT !!!

Semuanya bermula dari kita πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻

Nak best

Kita dulu yang kena best!!! 😍

Law of attraction

*Law of Attraction*

- Thought become things.

Kesimpulan yang Lia boleh huraikan atas perbincangan kami dengan Founder Erna dan stokis2 yg telah/sedang membuat income ratusan ribu ialah:

*"All what we are now because of our thoughts"*

Kita sepatutnya FOCUS dan fikir *apa yg kita nak* bukan ape yg kita tak nak.

Cth: aku nak keluar cepat sebab tak nak tempuh jem. Aku tak suka jem. Aku takut jem. Ape yg jadi ialah, jem juga yg kita akan tempuh.

Kita sepatutnya fikir, aku akan keluar cepat, aku akan sampai awal. Aku pasti akan sampai awal. Tak perlu fikir yg lain2. 

Cth: Aku takut org tak suka. Aku takut org tak beli. Aku tak nak rugi. Aku tak nak susah. Aku takut tak laku. Aku takut tak habis stok.. Berbagai lagi cara pemikiran yg boleh memberi stress kpd diri sendiri. Akhirnya, apa yg kita fikir ini akan terjadi. 

Mengapa? Kerana kita ada lah magnet yang akan menarik apa sahaja yg kita fikirkan walaupun kita tidak mahu.

Apa yg sepatutnya kita fikir ialah mudah tapi ingin kekalkan cara pemikiran itu yg perlu dilakukan berulang kali hingga jadi habit.

Cth: Aku yakin org akan suka aku😊. Aku yakin ramai yg akan membeli😊. Aku yakin akan untung😊. Aku yakin akan senang dan senang😊. Aku pasti ianya laku😊. Aku yakin stok akan habis😊. Aku yakin dan yakin dan yakin.. Cukup.. Tak perlu fikir ape yg kita takut.. Fikir ape yg kita nak dan yg kita suka.. Bila fikiran/mindset betul, perasaan kita juga akan happy, hati juga akan senang.. Dan Law of Attraction akan bertindak mengikut ape yg kita fikirkan.

*Allah sentiasa mengikut sangkaan hambaNya*

Cara yg mudah untuk kawal pemikiran kita ialah melalui perasaan kita.

Pilih !!! Perasaan yg baik dan gembira atau perasaan yg buruk.

Feel good create your future on track of success

Feel bad create off track from what you really want.

*Bagaimana nak mempunyai perasaan yg baik, gembira?*

Fikirkan perkara2 yg baik dan akan membuat anda gembira. Fikir dan bayangkan jika anda berjaya ke tahap yg anda inginkan. Fikir kan sesuatu yang indah. Fikirkan kegembiraan bila stok kita habis dijual. Fikirkan kita mendapat ratusan ribu. Fikirkan berapa ramai yg kita dapat bantu. Fikirkan kegembiraan orang2 yang telah dibantu. Apa sahaja kita boleh fikirkan asalkan memberi kita perasaan yg baik dan gembira.

Boleh boleh semuaaa?!!! 

Nak LAGIIII Lia share?!!! 

Say, We Want More!!!


*Bagaimana proses membina pemikiran sebegini?*

1. Ask - Tulis apa yg anda ingin capai. Buat *VISUALISATION BOARD* ape yg anda ingin kan. Setiap kali setiap hari anda melihat ape yg anda tulis atau ape yg anda lihat pada visual board anda pasti gembira.

2. Believe - Percaya yg kita ada kemampuan dan kebolehan untuk mencapainya. Ape yg membezakan kita dengan org lain? Tiada. Bermula dari fikiran/mindset dan juga tindakan kita seterusnya lah yg akan membezakan kita dengan org lain. Percaya yg kita akan dapat ape yg kita impikan semasa masih hidup. Percaya kita akan capai semua tu dengan cepat dan pantas. Secara tak langsung, tindakan kita akan bertukar menjadi cepat, pelbagai idea datang utk membantu tindakan kita.

3. Receive - Feel it now as you have it now. Bayangkan perasaan gembira yg kita dapat bila kita capai satu persatu impian kita. Tanamkan perasaan gembira seperti kita seolah2 kita tahu kita hampir capai impian kita. 😍

Mulakan dari DALAMAN kita, HATI kita. Jadikan hati kita bersih dan gembira. Buang segala yang terbuku. Maafkan org lain yg membuat kesilapan dgn kita. 
FOCUS on happiness and joy. FOCUS pada harapan kita. Buang fokus kita kpd kesakitan dalaman atau luaran. Buang fokus kita kpd stress atau letih. 

"Man becomes what he think about"

Jangan cakap saya tak boleh atau tak mampu. Jangan cakap saya tiada duit. Jangan cakap saya tidak mempunyai kebolehan membuat itu ini.. Tukar !!!
KITA IALAH APA YANG KITA FIKIRKAN.

Mulakan dari hari ini, apa yg kita mahu sebenarnya. Percaya yang kita mampu dan pasti akan mendapatnya. Percaya yang kita berhak memilikinya/mendapatnya. Bayangkan setiap hari seolah2 kita berjaya mendapatnya.. Maka *Law of Attraction* akan bertindak dgn sendirinya membuka jalan dan idea untuk kita sampai ke tempat yg kita mahukan. Sampai ke impian yg kita inginkan. 

"Allah akan mengikut sangkaan hambaNya"

Mulakan setiap bangun pagi berterima kasih kepada Allah. Pasti sepanjang hari kita akan menjadi baik. Perasaan kita akan gembira sentiasa.

Bukan merungut, bukan marah.. Bukan.. Itu membuatkan hari kita akan menjadi buruk sepanjang hari. NO okay!!

"Be intentionally and fire on fire on what you want. You have to be hungry, you have to act on it"

Semoga bermanfaat utk kita semua.

Lia yakin anda akan membaca satu persatu hingga akhir kerana ini lah detik permulaan hidup kita semula 😊😍❤

Lia NAK BERJAYA sama sama dengan anda semua!!!



Apa itu bisnes?

Apa itu BISNES?

Ia bukanlah produk, marketing, sistem atau sales. Bisnes adalah diri YOU sendiri. Kalau YOU sendiri BEST, maka bisnes itu akan turut sama BEST macam YOU.

Tapi.. Kalau YOU sendiri tak best, LEMAU, juallah produk terbaik sekalipun, cara marketing paling hebat sekalipun, atau sistem terbaik di dunia sekalipun.. maka bisnes tu akan jadi tak best & lemau juga.

Faham faham?! 😍

IMPIAN LIA, Lia nak lahirkan 5 orang dari team CO boleh jadi seperti Lia. Boleh making sales ratus ratus ribu, sentiasa Positif, boleh pandang jauh kehadapan, dan semua yang best best. 

Stokis-Agent-Dropship itu semua hanyalah pangkat sahaja. Anda jangan ingat agent tak boleh buat sales lebat2. Ada Agent sales lebih tinggi dari stokis. ADA. Ada agent dah mampu beli kereta dan rumah sendiri. ADA. Yakin anda adalah agent dan dropship yang hebat!!!! Sentiasa bergerak pantas dan laju. 

*BUSINESS IS YOU*. 

Jadikan DIRI ANDA HEBAT. Sayang diri anda! 😍

Seorang leader dia boleh duplicate orang lain untuk jadi LEADER juga. 

Ni harapan Lia. Dan Lia pon dah nampak orang orang tu, cuma kena menonjolkan lagi diri anda 😍❤

Rezeki

Apabila di beri rezeki,
Katalah : Allah sedang memberi rezeki kepada orang lain melaluiku

Apabila ditangguhkan rezeki,
Katalah : Jika Allah beri rezeki pada aku sekarang mungkin ada musibah pada diriku. Jadi di tangguhkan dahulu

Apabila di tarik semula rezeki,
Katalah : Allah telah beri aku rezeki tetapi aku lalai untuk selalu ingat kepada nya... Ingatku hanya pada jasad dan mulut. Namun hatiku cinta kan harta. Lalu Allah tarik ia dari ku, agar aku lebih mencintai Nya lebih dari perkara lain..

Bersangka baik dengan Allah. Hati akan tenang. Cinta Allah, bukan bunga bunga dunia yang diberikan Nya.

InshaaAllah.
Berniaga Mudah.
Rezeki Murah.
Tanpa perlu susah payah.