Tuesday, October 6, 2015

TTC journey - alhamdullilah akhirnya hamil

Assalamualaikum rakan blogger

Dah lama tak update apa-apa di blog ni.
Alhamdullilah bulan 8 yang lepas saya telah di sahkan hamil. Ini gambar saat gembira saya try pregnancy test dan bawah tu scan baby semasa 10weeks (4/10/2015)



Siapa yang belum tahu saya telah berTTC selama 3 tahun dan 2 bulan. Pastinya bukan jangka masa yang sekejap. Siapa yang tak mahu cahaya mata kan? Kalau boleh hari ni kahwin esok terus nak ada baby 😁😁

Berkahwin pada 2012 pada umur 25tahun. Macam-macam pengalaman perkahwinan dan air mata yang keluar untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Yang paling tak suka bila orang tanya bila nak ada anak? Sampaikan diri sendiri tak suka nak pergi kenduri-kendara sebab tak mahu di tanya dengan soalan cepu emas tersebut.

Sebenarnya saya sendiri pun tak pasti ikhtihar yang mana menyebabkan saya hamil. Tapi saya nak kongsi juga kalau-kalau ia dapat membantu rakan-rakan yang mencuba untuk hamil. Antara ikhtihar yang saya buat

❤️ saya berurut dengan bidan ( ini antara yang paling latest saya buat. Saya period dan lepas tu urut dua kali dengan sorg akk bidan ni rm200 5 sesi. Area taman delima 1,kluang,johor. Kalau ada nak no telefon boleh whasap saya 0176334570 @ 01118766483 nanti saya bagi). Dengan akak ni saya sempat berurut 2 kali je lagi 3 kali burn sebab saya dah hamil. Tak apalah belanja lebih janji saya berjaya hamil kan?

❤️ siapa-siapa yang pergi haji dan umrah minta dia doakan anda cepat hamil. Pernah saya jumpa sorang rakan fb yang saya tak kenal tengah kerjakan umrah saya minta dia doakan saya. Betapa saya nak anak. Saya tebalkan je muka. Hehe

❤️puasa 7hari berturut2 dan baca zikir dalam asmaul husna ini. Insyaallah cuba je. Saya amalkan dua ni


❤️ bidan tu juga ada ajar saya teknik lepas bersama. Untuk elakkan air mani dari keluar anda boleh tinggikan kan kaki. Suruh suami ampu di bahu selama lebih kurang 10 minit. Saya tak buat sebab suami baru lepas operate bahu 😊
Satu lagi cara lepas bersama jangan luruskan kaki. Lipat kaki tu macam bentuk v terbalik. Macam dlm gambar ni


Bidan minta kekal dalam posisi ni selama 20minit. Untuk bagi peluang sperma ke uterus. Lagi satu masalah saya kata bidan tu badan jenis berangin. So dia minta saya banyak kan minum air halia. Tapi saya buat cara mudah. Telan je peppermint ginger plus dari shaklee. 😘😘 sama je kesannya.

❤️ cara lain saya minum susu kambing dengan kurma. Blend kan kurma dengan susu. Minta suami genggam sebiji kurma dan isteri sebiji kurma. Lepas tu blend dan minum. Kalau tak silap buat sekali je seumur hidup. Lepas tu boleh amalkan susu kambing secara berterusan

❤️ amalkan supplement. Saya amalkan esp, vit b (ada asid folic), vitalea, vit c. Penting makan supplement supaya badan dapat cukup nutrisi. Kadang-kadang bila nutrisi tak cukup tu yang lambat mengandung. Ada orang cakap amalkan asid folic 6bulan sebelum majlis kahwin. Kalau nak order saya ada jual (0176334570@01118766483)

❤️dapatkan rawatan di hospital utk kenal pasti masalah tubuh. Time saya pergi hospital dulu dia cakap hormon progesteron rendah. Lain-lain ok. Saya dah buat hsg, makan clomid, asid folic. Ada yang cakap lepas hsg memang senang nak lekat. Tapi tak juga. Lepas hsg pun tak lekat. Wallahualam lah. Saya pun tak tau. Ikhtihar je jangan takut 😊. Sebab ada yang buat hsg terus hamil tau. Di sebabkan hormon saya yang rendah tu saya amalkan gla complex untuk stabilkan hormon.


Sangat bagus. Lagi-lagi untuk saya yang ada masalah kesuburan dan hormon

❤️banyak kan berdoa, banyakkan buat solat hajat dan tahajud. Saya percaya akan kuasa solat especially solat tahajud.
Sebabnya siapa yang solat tahajud Allah pasti akan makbulkan doanya.

Solat tahajud lah Allah akan tunaikan doa dan permintaan kita.


❤️ minta mak ayah doakan sebab doa mereka ada keramatnya. Doa yang tiada hijab

Saya rasa itu sahajalah antara ikhtihar yang saya dan suami buat. Moga bermanfaat ye.

Terima kasih sebab sudi membaca. 
Moga anda pun di kurniakan zuriat secepatnya. Aminn

Nurhuda 
Shaklee Independent Distributor
Fb : huda alif
Blog : hudakassim.blogspot.com

No comments:

Post a Comment