Thursday, June 23, 2016

Alhamdullilah lahirnya zuriat sulong kami

Lama tak bersiaran kat sini.
Naik bersawang blog ni.

Alhamdullilah dah selamat melahirkan seorang mujahidah ke dunia. Setelah lama menanti. Rasanya dalam 3tahun 2 bulan baru hamil.

Jangan putus asa, teruskan perjuangan.
Apa yang seronoknya tahun ni kawan-kawan yang sama-sama ber-TTC ramai yang memperolehi zuriat pertama. Antaranya syahida adila, kak ida sek tinggi muar. Ada yang diagnose pcos dan ada yang baru menjalani major operation untuk buang apendiks. Saya sendiri pun dah lalui macam-macam proses rawatan di hospital baru Allah makbulkan nak ada anak sendiri.

Betullah Allah bersabda "selepas datang kesusahan pasti akan datang kesenangan". Tak lupa juga rakan baik yang dapat anak angkat sebagai penyeri hidup, my bff nur fadzrina.

Banyak berita gembira tahun ni.
Selain dapat anak, dapat juga masuk rumah baru insyaallah lepas raya ni. Allah sebaik-baik perancangkan? :)

Ok berbalik kepada kelahiran anak sulong. Kalau ikutkan due baby akan lahir pada 4/5/2016. Ibu dia ni berharaplah baby lahir awal 2 minggu ke semingg ke sebab dah tak sabar-sabar nak tengok wajah kesayangan yang duduk dalam perut selama 9bulan 10 hari tu.

Di tunggu-tunggu tak juga keluar. Saya pulak dah ambil cuti awal seminggu iaitu pada 24/4/2016. Sebab dah tak larat sangat nak menapak pergi kerja bangun pagi-pagi dari kluang ke simpang renggam. Plus nak naik tangga untuk punch card pun tak larat.

Saya bekerja di sek men abd rahman andak simpang renggam. Dapat pulak sesi petang yang masuk pukul 9.45pagi dan balik 6.45petang. Tapi terpaksa bergerak awal memandangkan suami bekerja pukul 8.30pagi. Maka pagi saya tunggu dia, petang dia tunggu saya.

Memang teramat penat bila dah sarat. Memang 3bulan akhir tu dah jarang masak. Dah tak larat. Tapi saya sentiasa gagahkan diri dan bergerak aktif supaya jalan cepat buka :)

Ok seminggu kat rumah tu gigih lah kemas rumah dan asingkan mana-mana barang yang ingin di bawa pindah ke simpang renggam. Mop lantai, kemas rumah dan buat senaman untuk mudahkan bersalin.

Risau juga kalau tiada tanda. 2hari sebelum bersalin memang kelengkang dah sakit yang amat. Rasa macam kepala baby dah kat bawah. Nak pergi hospital takut hospital reject makanya gigih lah tunggu tanda, air ketuban pecah atau tanda darah.

Si azarini pulak dah sibuk suruh datang rumah dia amik akar fatimah untuk nak tengok bila saya nak bersalin. Hehe.
Petang sebelum bersalin kak nelly hantarkan bunga akar fatimah. Terus rendam.. Kembang semangkuk terus :)
Happy sangat. Tapi still tiada tanda..


Ni lah rupa akar fatimah tu. Baru rendam terus kembang. Air nya saya masuk botol untuk jadikan selusuh. Tapi saya tak minum pun, takut lagi susah nak bersalin dan lagi sakit kata orang.

Petang dalam pukul 5 dah keluar tanda coklat. Telefon suami cakap dah ada tanda. Cepat la balik. Suami serba salah dengan bosnya sbb smlm pun dia balik awal sbb perut saya mengeras.

Saya tegaskan balik je. Dah ada tanda. Takut la terberanak dekat rumah. Heheh. Suami sampai dalam pukul 6. Saya dah siap makan dan siap pakai baju semua..saya minta suami makan dulu sebab takut proses bersalin makan masa yang lama.

Lepas siap semua dalam kul6.45 kita gerak ke hospital kluang. Sebab dah ada tanda darah lagi banyak keluar. Masuk tempat saringan di labour room, tukar baju dan doktor check jalan. Alhamdullilah 3cm tanpa rasa sakit.

Then, masuk bilik doktor lagi satu. Doktor  pertama tadi lelaki, doktor ke dua ni perempuan cina. Dia check jalan dah buka 4cm pulak. Dia buat apetah lepas tu terasa panas. Air ketuban daaa.. Dia pecahkan. Nak pecah sendiri mungkin lambat agaknya.

Terus dia suruh masuk labour room dan ready untuk bersalin. Masuk labour room dalam pukul 9. Suami ada tunggu dekat luar. Doktor india pulak masuk tanya rasa sakit tak? Saya cakap tak sakit. 

Sebelum tu ada whatsapp dengan kawan-kawan ex 5b, diaorang pelik saya tak rasa sakit sedangkan jalan dah buka 4cm. Then, doktor india masukkan apetah dekat tiub di tangan.

Amik kau, start dah contractionnya. Memang sakit ler. Tapi saya diam je. Sebab some of tips yang saya baca, kalau kita bising contraction tu akan jadi lebih kuat. Tips lain senyummm, walaupun sakit. Hasilnya nurse pelik kenapa lah patient labour room 3 ni senyap je padahal dari bacaan contraction tu agak kuat.

Bila sakit datang cuma mampu gegar tepi katil je. Dia datang setiap 5minit macam tu. Siap terfikir kenapa lah aku kene hadapi semua ni. Hahaha. Rasa macam nak lari ko..tapi tu sume tak kan selesaikan masalah.

Nurse tanye nak try meneran tak? Angguk je. Nurse cakap baby dah kat bawah dah nampak rambut. Teran sikit je sure keluar.

Gila lah. Susah rupanya nak meneran haha. Tak boleh tarik nafas pendek-pendek, tak boleh letak kepala kuat-kuat lepas dah angkat. Then gile plak diri ni minta di czer. Nurse tak bagi.. Then dia suruh rehat dulu sementara dia nak tengok pesakit dekat bilik 4. Rupanya semua sama tak nak bersalin lagi.

Nurse datang lagi tanya nak cuba lagi tak. Yes! Dah tak sabar nak hilangkan rasa sakit tu. Main belasah je teran akhirnya lahirkan baby girl saya.

Suami tak teman masa ni, sebab nurse cakap kalau saya tak pandai teran dia tak bagi suami masuk. Frust juga lah dengar. Lepas tu time baby dah nak keluar dia ckp nak panggil suami, saya yang dah kecik ati dengan nurse tu terus refuse untuk bagi suami masuk. Tapi lepas tu sendiri menyesal sbb tak bagi suami masuk. Ni sume salah nurse tu. Dia yang ckp tak bagi. Huhuhu. 

Lepas tu dia bersihkan baby dan tunjukkan jantina. Perempuan. Comel sepet, tembam hahaha. Hasil mak dia makan shaklee dan nasi yang banyak kui2..



Tembam kan? Lahir-lahir nurse cakap anak awk ni macam model. Keluar-keluar tangan dekat pipi. Hihi. 

Alhamdullilah
3.52kg (estimate sblm ni 3.3kg huhu, patut susah nak meneran, diameter kepala 35cm plus tangan yang posing kat pipi tu lagi haha, semput mak nakkk)

Lahir jam 12.55pagi , 5/5/2016 :D
Angka lima semua dia pulun. Haha..

Lepas tu nurse ambil untuk bersihkan baby. Ibu pulak di uli-uli untuk keluarkan uri ( ada 9 telur kat uri tu kata suami, wow! Banyak anak hehe) Then nurse jahit luar dan dalam. Koyak banyak juga, dah potong episiotomi dkt vulva pun koyak juga. Macam tak angkat bontot. Tak tau lah. Layankan aje nurse yang duk jahit bawah kita tu. Lagi sekali nurse pelik. Awat la saya diam je kene jahit. 

Tak kan lah saya nak jerit pulak. Redha jelah. Dia cakap kalau pesakit lain mau bising mulut mengaduh. Haha. Nurse cakap time contraction tak sakit ke. Kenapa senyap je. Dia ckp awak ada khatam al quran ke time mengandung? Rajin baca quran? Sy ckp tak khatam, baca tu adalah surah-surah amalan ibu mengandung macam surah al-fatihah, surah maryam, surah luqman, yasin dan lain-lain. Plus suami pun rajin baca al quran lepas solat bagi baby dengar.

Lain-lain amalan rasanya saya sendiri bangun sepertiga malam buat solat tahajud mohon sakit bersalin jangan sakit  sangat, nak bersalin normal dan bayi sentiasa sihat. Alhamdullilah mmg tu yang saya dapat tak berapa sakit macam orang lain :). Solat tahajud mmg best!
Lagipun itu antara solat sunat yang Allah tunaikan doanya, ibarat anak panah yang mengenai sasaran. Tepat! Allah dah janji akan makbulkan. So buat jelah ye :)

Dah siap jahit. Nurse bagi semula baby. Dan panggil suami masuk utk azankan baby. Dan juga bonding time kami anak beranak. Suami nangis tengok zuriat pertama kami. Sedikit marah sebab tak dapat tengok bayi lahir. Serba salah saya, ni semua salah nurse huhu..

Suami ambil dan azan serta iqamat kan. Tahnik kan sekali. Sy bagi madu di calitkan pakai jari manis ke lelangit bayi. Letak skit je..then bayi dapat first colostrum dia. Tak pandai lagi menyusu. Tapi dapat juga lah hehe.. Bahagia dan rasa tak percaya.

Alhamdullilah impian tercapai..
Ok sambung lagi nanti ye.

Stay tuned 😊😊 
Meh layan pic skit

Si kecil saya dalam dakapan ibu

Bonding time with daddy :)

Adorable daughter, rambut yang sangat lebat 

Dekat wad, baby kene berak dan kencing sebelum boleh discharge, alhamdullilah bayi sihat. Tiada kuning juga. Yeay!!


Baby dan mak yong ready to discharge :)

Alhamdullilah
Alhamdullilah
Alhamdullilah 

:)