Friday, June 14, 2013

HALAL DAN SHAKLEE

Assalamualaikum..
Salam Jumaat..

Masih ada yang meragui tahap ke "halal" an Shaklee?
Mesti masih ada kan..? Minggu lepas sy di hujani dengan soalan panas ni.
Yup.. dari kawan sy yang baru consume set kecantikan Shaklee.'
Set ni mengandungi VITAMIN E, VITAMIN B dan VITAMIN C CHEWABLE
Sy semangat tgk dia nak cantik.. dia punya eager and passion tu yang sy suka.
Kawan sy ni cikgu.. so benda2 halal haram harus la dititik berat kan..lagi2 kat botol Shaklee
takde pun cop halal kan?
So.. di mana halal nya Shaklee? kdg2 terasa relevant juga... hehe..
ok.. stop merapik..
as an independent distributor.. harus sy membersihkan nama baik Shaklee..
Terasa panas, hangus terbakar bile ke"halal"an Shaklee di persoalkan ..

Sy start google sumber yang sahih.. msg SAHABAT JAKIM mohon pencerahan dan penjelasan.
Alhamdullilah respon positif di berikan. Jom usha apa yang sy dapat :)

*************************************************************************

Status HALAL Shaklee

Apakah definisi HALAL?

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.


Logo Halal



Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi: 

*rujuk gambar logo halal jakim

bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
diikuti tulisan rumi “HALAL”;
bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Sumber: Halal Jakim

Halal bukan sahaja perlu jelas dalam produk makanan, malahan apa-apa barangan yang kita gunakan seperti kosmetik, pakaian (e.g. kasut) dan juga perkhidmatan mcm insurans, perbankan, perniagaan dan lain-lain. Dalam kes pemberian status HALAL, pihak JAKIM akan memberikan status tersebut sekiranya pengusaha makanan/produk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 

Jadi bagaimana dengan produk Shaklee? Adakah ia halal? Takde pun logo HALAL Jakim kat botol-botol Shaklee? 

Memang mencemaskan bukan? Cuba tengok kat botol vitamin Shaklee tu dengan teliti dan perhatikan di mana ia diperbuat (manufactured)? Kat mana? Yes, Shaklee di perbuat di sebuah kilang di California, USA.

Sebenarnya, produk Shaklee telah mendapat HALAL Certificate oleh satu badan halal di USA iaitu Islamic Services of America (ISA). Memanglah Shaklee tak menggunakan logo HALAL JAKIM, namun kalau kita bertanya dengan pihak JAKIM, mereka juga mengiktiraf Badan Islam Antarbangsa di beberapa buah negara di dunia termasuklah ISA ni. Ok, saya dah memudahkan anda untuk semak dengan membuat screen shot di website JAKIM di bawah ni.



"Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru. Berikut merupakan senarai badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara" - JAKIM
Di bawah ni pula adalah Sijil HALAL dari ISA untuk semua produk Shaklee.

*rujuk gambar sijil halal dari ISA, yg telah di iktiraf oleh jakim




Selain itu, rujuk penjelasan yang saya minta pada SAHABAT HALAL JAKIM


Diharapkan penjelasan ini sangat jelas dan tiada perasaan was-was nak menggunakan produk Shaklee ye. Saya tidak akan memakan serta menjual produk yang ragu-ragu status halalnya. Bukankah mencari halal itu suatu fardu setiap umat Islam? 

Malahan dalam al-Quran dan hadis pun banyak sebut tentang pemakan yang Halal ni. Antaranya :

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

(Surah Al-Baqarah : 168)
Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?

(Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Sekiranya terdapat keraguan lagi mengenai hal ini, boleh berhubung dengan sy, momsmilkyway, pihak JAKIM atau Shaklee sendiri.


boleh rujuk sini: 

http://www.tiffinbiru.com/2012/05/logo-halal-antarabangsa-yang-diiktiraf.html
http://www.halalscience.com/blog/category/panduan-halal/
http://www.momsmilkyway.com/2012/11/status-halal-shaklee.html
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf


No comments:

Post a Comment