Definisi
Sembelit adalah kekerapan membuang air besar yang berkurangan dari hari ke hari. Berlaku juga kesukaran untuk membuang najis
Apakah penyebab sembelit?
Selalunya sembelit terjadi kerana beberapa faktor
1. Kita kurang ambil serat di dalam pemakanan seharian
2. Kurang melakukan aktiviti
3. Salah pilih susu, ini terutamanya berlaku kepada bayi
4. Menahan membuang air besar
5. Kekurangan air
6. Masalah kolon dan rektum
7. Masalah fungsi usus
Check balik adakah anda ada faktor-faktor tersebut? Kalau iya, kenelah buat sebaliknya. Banyakkan makan serat, banyakkan minum air masak dan jangan menahan ketika rasa ingin membuang air besar
Selalunya kita akan menahan membuang air besar bila kita tengah buat benda yang kita suka, seperti tengok drama atau sedang main handphone
Tahu tak terdapat pelbagai kesan jika kita terus mengabaikan sembelit
1. Boleh menyebabkan buasir. Ini berlaku sebab kita suka sangat menahan untuk membuang air besar
2. Kalau kita sembelit biasanya adalah di sebabkan kurangnya air di dalam badan. Bila air kurang kulit akan menjadi kering dan berbintik, kulit juga akan hilang keanjalan. Nampak cepat tua lah nanti. Rugi kan π
3. Kembung perut. Bila sembelit angin akan berkisar di perut. Perut terasa berangin. Tak selesa dan kalau kita tepuk seperti bunyi gendang. Sangat menganggu aktiviti harian
4. Rekahan pada bibir. Biasanya bila kurang air, memang nampak lah kesan rekahan pada bibir. So kene cepat-cepat cukupkan keperluan air harian. Air yang cukup kene sukat berdasarkan berat badan kita. 25kg=1 liter air. Jangan lupa kira tau
5. Kesakitan bahu. Bila usus tak berapa ok, maka ia akan menekan sendiri di bahu. Sebab tu bahu kita akan merasa sakit jika sembelit tidak di rawat dengan cepat
6. Perasaan bimbang dan stress. Ketidakselesaan pada perut, menyebabkan kembung. Kembung menyebabkan angin naik ke atas. Terkadang menyebabkan kita pening. Maka wujud perasaan bimbang dan mulai stress
Nah, adakah banyak simptom di atas ada pada anda? Yok atasi sembelit.
Sembelit juga selalu terjadi kepada anak kecil. Antara sebab berlakunya sembelit pada anak kecil ialah
1. Bayi trauma dengan sembelit.
Bayi merasa sakit ketika membuang. Maka dia mengambil jalan mudah untuk menahan diri dari membuang. Maka terjadilah sembelit
2. Sensitif pada makanan tertentu
Bayi sensitif pada makanan yang ibunya makan, atau yang dia makan. Contohnya susu, madu, buah-buah seperti pisang, roti dan lain-lain
3. Cara membuat susu formula kurang tepat.
Ibu atau ayah membuat susu terlalu pekat dan tidak mengikut sukatan yang di berikan pada kotak susu
4. Dehidrasi
Bayi kekurangan air. Kurang minum air selain susu menyebabkan dehidrasi dan sukar untuk membuang
5. Masalah kesihatan
Boleh terjadi oleh penyakit seperti kerosakkan kelenjar tiroid, dan lain-lain
6. Bayi tidak dapat mencerna bahan di dalam susu
Setiap brand susu mempunyai bahan yang berbeza-beza. Ini membuatkan bayi tak sesuai dengan brand tertentu. Di sarankan untuk tukar susu
7. Memulakan pemakanan pepejal
Biasa bayi akan makan makanan pepejal seawal 6bulan. Bayi biasanya cuma minum susu. Maka bila di kenalkan dengan makanan pepejal mungkin akan berlaku sembelit ππ
No comments:
Post a Comment