PENIAGA ONLINE.
Ramai tak tahu peniaga online punya perangai.
Terutama yang baru nak mula berniaga secara online.
Tengok TAB / SMARTPHONE sepanjang masa.
Kat rumah layan phone/tab ,
Keluar rumah pun layan phone/tab ,
Tengah makan pun tengok phone/tab ,
Mana mana pun tak habis habis tengok phone/tab .
Korang boleh tahan ke ? Nak sembang pun dengar tak dengar jer. Cakap apa dia jawab Haaa...Okk...Yaaa..AAhh..
Menyampah...KAN ?
Saya nak cerita kat korang ni , baca baik baik.
Peniaga online dah memang kerjanya bergantung pada gadget seperti tab,smartphone atau laptop.
Dia duk ngadap benda tu untuk cari rezeki .
Tahu tak dia duk tahan mata tu ngadap smartphone tu untuk cari pelanggan.
Terpaksa tahan duduk kerusi lama lama ngadap laptop semata nak cari idea pemasaran .
Terpaksa check henpon setiap masa takut pelanggan ada message ke whatsapp ke , nanti lambat balas tak jadi beli .
Bukan sengaja nak abaikan sekeliling ,
bukan ketagih nak layan internet ,
bukan macam orang duk bergosip dalam group whatsapp,
Bukan dan bukan dan bukan.
Dia sedang usaha cari rezeki kerana itu adalah pekerjaan nya sekarang .
Ada yang sampai sakit belakang duduk lama lama.
Ada yang sampai rabun mata tengok laptop lama lama.
Sampai tak boleh tidur sebab fikir apa nak buat esok , apa perancangan pemasaran nak buat , nak jual apa lagi dan macam macam .
Inilah pengorbanan mereka sepanjang mencari rezeki tetapi mengapa hanya nampak yang negatif saja ,
"Asyik tengok phone jerrrr...."
"Eleh orang lain niaga online gak , takde sampai macam tu"
Orang lain tu siapa ?
Kalau dah baru berniaga online , memang banyak ngadap laptop/smartphone punya .
Nak cari ilmu secara online ,
study market , validate produk , test iklan , cari group nak buat pemasaran , fikirkan ayat nak iklankan barang , cari cara nak buat itu , nak buat ini.
Kalau cerita nanti tetap takkan faham punya .
Kalau lah pasangan anda tu peniaga online ,
bawa bersabar banyak banyak yer.
Beri sokongan pada dia .
Memang akan sakit hati sebab banyak ngadap gadget .
Berilah masa pada mereka untuk bina perniagaan .
Peringkat permulaan dan perkembangan perlu pengorbanan.
"Tension tau , siang henpon , malam henpon .. langsung takde masa . "
Takkan lah setiap hari camtu ,
mungkin kebanyakkan hari akan lalui begitu .
Adat orang berniaga , terutama online , kedai nya di buka 24 jam.
Baru je nak berniaga , tak mampu nak upah orang , sendiri buat semuanya .
Jadi banyak lah masa kena uruskan 'kedai' tadi.
Serupa juga kalau berniaga buka kedai kat luar.
Silap silap langsung terus takde masa.
Pagi ke pasar tani , petang pula kejar nak buka di pasar malam.
Balik rumah penat , tidur . Esok sambung balik niaga.
Kan ?
Bezanya dia berniaga online ada depan mata tu , ada kat rumah.
Kalau ada apa apa boleh je dia stopkan online tu.
" Ada dengan takde sama je kalau duk ngadap phone tu "
Nak bagitau , dulu saya kerja makan gaji .
Kerja selalu kena roadshow 2-3 hari .
Setiap minggu ke sana sini.
Tapi biasanya pasangan tak bising sebab tau kita kerja kan.
Takde kat rumah kena keluar outstation , tak apa.
Tahu hujung bulan dah tentu bergaji.
Boleh pula berkorban biarkan sampai 2-3 hari takde depan mata.
Bila saya berniaga online ini saya tak pernah tinggalkan keluarga kalau kemana mana.
Sentiasa bersama , kan sweet tu.
( sweet apa kalau ngadap phone je )
Dia ada kat rumah , ngadap phone bukan saja saja .
Pelanggan PM nak kena balas ,
ada yang bertanya itu ini ,
ada yang perlukan itu ini ,
berniaga ini perlu pantas ,
lambat sedikit nanti tak jadi beli .
Kan rezeki untuk keluarga yang di cari .
Cuba suruh dia jangan online seminggu .
Lepas tu kalau ajak beli barang dapur dapat telur sepapan saja jangan merungut pula .
Dah nama nya berniaga online ,
tak online tak masyuk ler .
------
Janganlah marah pasangan anda ,
jangan sentap dengan mereka ,
kasihanilah mereka ,
bertungkus lumus cari rezeki dengan cara begitu.
Mereka itu belum dapat rentaknya ,
belum dapat sistem yang boleh bantu susun masa mereka.
Mereka sedang mencari dan sedang bina nya ,
InsyaAllah satu hari perniagaan mereka boleh berjalan tanpa perlu mereka ngadap phone lagi.
Tapi bukan sebulan dua boleh berjaya .
Berilah sokongan pada suami atau isteri anda yang berniaga online .
Memang ada ketika terabai jua tanggungjawab pada keluarga ,
bukan sengaja dan kehendak mereka .
Ada perkara tak boleh nak kita cerita untuk di fahami.
Berniaga bukan setakat JUAL BELI .
Banyak perkara yang kena USAHA .
Berdoalah agar mereka berjaya dalam perniagaannya.
Mereka berusaha untuk keluarga .
Bukan saja saja.
------
LUAHAN
KELAB TAK RASMI PENIAGA ONLINE
------
Orang berniaga memang sangat KENTAL .
Siapa kata berniaga online ini mudah ,
boleh ler fikir fikir balik kalau nak ceburi bidang ni yer.
------
Kepada yang berniaga online ,
betul ke asyik tengok phone jerrrrr ? ๐
Kredit pada penulis asal :
Ayadi Muhajir Khusairi