Sunday, April 17, 2016

38weeks and still counting

Salam semua

Lama tak tulis post. Takde mood lah nak update. Sekarang tengah menanti hari untuk bersalin.

Alhamdullilah semakin sihat. Sebelum ni ada juga admit wad sebab demam panas. Terjangkit suami yang demam. Suami demam 4hari sebaik balik dr jogjakarta. 

Suruh pergi klinik tak mahu. Akhirnya isteri pulak tewas dengan virus demam tu. Hehe..

Check in jugalah dekat hospital kluang 4hari. Katanya viral fever. Hari pertama tu memang dah rasa macam tak nak kerja. Tapi husband pujuk teman dia pergi kerja. Al maklum lah sejalan..

Memang tak sedap badan dah start balik dari kampung. Sempat jugalah teman mak pergi belanja bagai.

Pagi tu memang dah panas. Suami pulak pergi kursus setengah hari. Kita pun masuk jela sekolah awal. Tak dapat watpe baring je dalam stor.

Nasib baik ada tempat privacy untuk mak buyung berehat. Tengahari husband datang ajak pergi klinik. Check2 suhu 38.7. Memang demam..

Setelah bermacam prosedure akhirnya kk simpang renggam minta untuk pergi labor room hospital kluang. Dah check suhu, ctg, tah ape tah lagi doc suruh check in je.

Yang tak best tu demam ni on off. Buatkan nadi laju, ganggu juga ctg baby. Cian baby panas dalam perut..

Ingatkan dapat lah sihat terus sepanjang hamil rupanya demam juga. Hehehe. 
Ni tinggal bape hari je lagi baby nak kua. 

Happy sangat!
24/4/2016 dah start ambil cuti bersalin. Boleh lah rehat awal dekat rumah. Mudah-mudahan Allah mudahkan proses kelahiran.

Tak mahu bersalin secara operate. Mohon sangat dapat bersalin normal. Aminn.

Last check berat baby 2.8kg. Moga awak membesar dengan sihat ye sayang. Tak sabar ibu nak tengok awak. Hehe

Orang kata awak baby girl.
Mesti comel je hihi..
Jom counting days sesama heheh

No comments:

Post a Comment