Wednesday, July 8, 2020

Miscarriage again in 10 weeks

Assalamualaikum rakan blogger.
Saya di uji lagi. Mengandung lagi untuk ke sekian kali

Kali ni upt di check sebab lewat 5 hari. Tak sangka positive sebab kami biasa memang rancang sebaiknya ikut jadual

Kun fa ya kun, mungkin Allah nak tunjukkan kuasa nya, sebaik mana kita merancang. Baik lagi rancangan Nya. 

3/6/2020 check upt positive. Cakap dengan suami. Tahniah!

Mula jaga kandungan. Makan Ostematrix, vit c dan vitalea. Pengawalannya sangat baik. Im feel the plasenta is there, ada rasa berat di ari2..

No morning or evening sickness. Ingatkan baby boy. Sebab simptom sama time mengandungkan Hadiff. 

Tapi... 
Masuk minggu ke 8, dah start bledding.
Again, hati ini di ketuk kerisauan. 

Ke klinik rafeah, scan baby yg sepatutnya berusia usia 8 minggu xde. Harap sangat nampak baby loncat2 with heart beat. Tapi rezeki xberpihak pada kami. Redha lagi....

Doktor scan kantung baru 6 minggu. Sedangkan ikut kiraan 8 minggu. Doktor suruh repeat appointments 14/7/2020

Sabar menanti kan tarikh baru, darah makin hari makin banyak pulak turun nye. Hingga lah detik ini. 7/7/2020.

Tarikh double mcm abg kakak dan baby yg keguguran sebelum ni. Baby kali ni pun dapat tarikh double.. Hahah. Xtau lah kebetulan yg sangat indah

Ainan lahir 5/5/2016
Hadiff lahir 9/9/2017
Baby gugur 1st 3/3/2020 (induce) 
Baby gugur 2nd 7/7/2020 (dnc) 

Perancangan Allah maha hebat kan. Siapa kita hendak menidakkan takdir. The day to remember :)

Ok next post nak cite pasal dnc . Operate kecil untuk keluarkan sisa2 baby yg tak jadi ❤️❤️❤️

3/6/2020 upt 4th baby

check in ๐Ÿ˜ 7/7/2020

Tuesday, March 3, 2020

Alhamdullilah complete miscarriage

Alhamdullilah Allah tolong lg. Sakit induce xlama. Hari ini 3/3/2020, keluar lah kantung tempat tinggal baby.

Tarikh cantik double mcm kakak dan bang nye. Kakak lahir 5/5/2016, abg lahir 9/9/2017 dan kantung baby keluar 3/3/2020

Maha hebat perancangan Allah. 
Sy nama kan dia Muhammad. 
Walaupun tak nampak janin tu ada. Tp dia dah pun terbentuk

Kalau betul dia kembar, mcm doctor ckp. Sbb kantung tu terbelah di tengah. Sy nama kan lagi sorang sebagai ahmad
Selamat jalan anak ibu ahmad dan Muhammad ๐Ÿ™‚๐Ÿ™‚

Berlari-lari di syurga. Tarik lah kami ibu bapa ke syurga juga nnti..

Kat bawah ni kantung yang keluar tadi. 
Bulat tu plasenta lah. Kantung kat dalam. Bby dlm tu๐Ÿ™‚๐Ÿ™‚

Pengalaman induce, sakit jugak. Macam contraction nak bersalin tu. Lepas doctor masukkan ubat terus sakit tu datang. Layan lah contraction tu sambil baring. Kene baring sejam bagi ubat tu jalan

Lepas sejam rasa nk ke toilet terus bangun buang air kecil. Tup tup keluar cm belon. 
Mmg kantung dah keluar

Syukut sgt2. Panggil nurse cakap dah keluar. Dia terus suh g bilik scan, doc scan tgk ada darah beku lagi. Dia korek bagi clear

Cucuk ubat kecut kan rahim, bagi ubat ponstan (ubat tahan sakit) sbb sakit pinggang dan perut.

Petang ni kalau ok boleh balik, alhamdullilah. Pantang 2 minggu dkt rumah.

Kt cuba lagi setahun lagi yek. Serik skit hahahah.. 

Hari ni kene induce - 1st experience kene induce

Assalamualaikum,

Pagi ni kene induce since kelmarin petang keluar macam daging seketul. Tapi tak besar, sebesar ibu jari je

Darah tu keluar jam 5.40 ptg. Then kite bawak pergi jalan2.. Badan jadi letih sbb mungkin drh bnyk keluar kot

So, pagi semalam 2/3/2020 decide utk serah diri dkt kecemasan. So doc dh check semua. Doc scan bawah, macam ada divider pada kantung. Twin ke dia cakap?

Wallahualam, kt pun tak tau. Mungkin dedua pun xdpt survive. Dua2 lah keguguran.. Mummy is redha je.

Sekarang ni tgh layan induce punye ubat  rasa dia mcm contraction. Tp sakit tu berterusan. Kalau contraction tu kan dtg sekali sekala. Ni sakit je mcm nk berak pun ada. Nasib baik dh siap membuang td

Bertabah jelah ibu nye๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Ok adios. Nk lyn contraction. Kui2

Wednesday, February 19, 2020

it supposely..

Assalamualaikum
Just nak meluah rasa dekat dalam blog. 
Sebab berat mulut nak share segalanya dengan orang lain

Sejenis malas nak bercakap, sejenis tak suke orang kesian dan cari simpati. 
Kat sini jelah nak meluah

It supposely 11weeks 1 day my pregnancy journey. Tapi.. Bila scan baby xde separuh jiwa juga hilang

Hari2 dok pk awak ada x baby. Ibu salah kira tarikh ke? (ok dh start emo๐Ÿ˜‚)

Dr sabtu hingga hari ni rabu 19 February 2020, masih ada spotting keluar macam hari first period tu

Menunggu juga kalau nak keluar sendiri fi gugur. Xsanggup rasanya nk tunggu next scan 3/3/2020

Harapan palsu baby ada atau baby xde๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Penantian tu satu penyiksaan kan. 
Mcm nk ke hospital terus jalan kan dnc. Tp who knows kun fa ya kun kalau tiba-tiba check 2 minggu lg ada heartbeat?

Anyway. Sy dah dpt kan 2nd opinion dari klinik rafeah. Dia scan baby xde. Tp kantung tu berusia 7weeks ++. Hari tu kk Simpang renggam scan kantung 5 weeks

Hari2 sedapkan hati. Kalau ada rezeki bagi lah baby yg sihat, yg sempurna tanpa cacat cela

Tapi jika bukan hak ibu, kembali lah pada pencipta. Ibu redha. 

Ibu masih menanti.. Utk next scan. 
Hari2 pujuk hati.. 

Kadang nk move on kadang xnak. Ibu keliru๐Ÿ˜ข

Bawah ni scan dr klinik. 
Xde baby cuma kantung

Hope sgt dpt khabar gembira 3/3/2020 ni  klu xde pun ibu belajar redha๐Ÿ™‚๐Ÿ™‚

Siapa ibu utk menidakkan perancangan Allah yg maha hebat๐Ÿ™‚


Sunday, February 16, 2020

3rd pregnancy and its blighted ovum?

Assalamualaikum lama xupdate sini. Selalunya akan update time pregnant kan.

Yes. Tgh pregnant yg ke 3. Hari tu buat upt 3/1/2020 dan positif

Ikut kan hari ni 10weeks 4@5 days gitu.
Dah buat buku pink, dah minum air gula dan dtg appointment klinik 2x.

Dan dah start amik bp 2 minggu sekali since berat naik dgn jayanya. Ok berbalik cerita hari ni

Sy pergi scan dan rujuk doktor sbb ada bleeding dan spotting mcm period awal tu  bertali dan berkabut 

Time buang air tu mesti ada cm drh period tu. Ok bila doc scan doc ckp kandungan tak macam 10 weeks. Kantung ada tp mcm kantung 5weeks, adakah salah tarikh?

Of course tak. Sbb mmg dr tarikh period tu mmg betul 10weeks. Tapi di mana baby?
Hanya kantung. Supposedly dh ada heartbeat kan. 

Ok sy pun just ckp xtah lah doc. Tp mmg kiraan tu betul. Bulan 12 tu lah last period. 3/1 tu check dh positive naik dgn terangnya

Doc ckp ada kemungkinan miscarriage. Kalau ada darah yang banyak sila pergi hospital. Atau nk tunggu lg 2 minggu, tgk mcm mane perkembangan

I decide to choose wait for another 2 weeks. Mane tau ada rezeki baby. Atau kalau gugur pun bia lah keluar normal dr d&c or cuci rahim..

Balik klinik google. Ada satu blog ni share blighted ovum. Mcm iye je. Org tu dh pregnant 10 weeks juga. Tp bile scan mcm 5weeks. Dia balik rumah tunggu smpai baby or kantung keluar sendiri..

Ini terjadi sbb mungkin kromosom terlebih, so baby tak develop. Simptom mmg ada je. Tp baby xde. Xpelah redha je. 

Jika ini yg terbaik sy terima. Mungkin belum masa menimang anak no 3, Allah suruh fokus pada Ainan dan Hadiff. Allah kan sebaik2 perancang๐Ÿ˜Š

Stay tuned. Pape kt update. Doakan ye..