Tuesday, November 3, 2015

First time check up klinik swasta & join karnival usahawan


Assalamualaikum.

Just nak share pengalaman check baby di private klinik. Mahal juga sekali servis. Scan sahaja di klinik utama,taman intan kosnya rm60.

Saya pergi check pun sebab hari kejadian tu 27/10/15 saya terpelecok. Masa tu saya ada opening untuk Karnival Usahawan Johor di Kluang.

Saya jual perfume dexandra dan shaklee.
Meh tengok gambar sekitar karnival.
Ni first day. Orang belum datang kami dah pagi2 tercongok

Setup booth. Abaikan saya yg makin gumuk tu.huaa..




Ok berbalik kepada cerita pergi klinik swasta tu. Sebabnya saya terpelecok time tengah mengemas😊. 

Bertitik-tolak dari kejadian sorang member yang juga pernah terpelecok di usia kehamilan 6bulan. Dan bayi meninggal dalam perut, saya ambil langkah berjaga2. Alhamdullilah lepas check up tiada apa2.

Malah dapat tengok baby yang dah bergerak-gerak di usia 14weeks 2days. Comel sangat tengok dia gerak-gerak. Tanya juga doktor kenapa baby macam tu.? Doktor cakap dia saje nk tunjuk awak dia aktif. Alhamdullilah. Senyum meleret je tengok baby buat aksi akrobat. Hehe. Moga awak membesar dan jadi anak yang soleh dan solehah ye memandangkan ibu tak tau lagi jantina awak. 

Jom saya share scan pada hari kejadian.

 Baby membesar dengan sihat. Kedudukan pun betul menurut doktor.

Ok tu je nak share. Nanti saya share lagi eh. 

No comments:

Post a Comment