Friday, May 30, 2014

Jom pergi belanja

Salam,

Sy di aeon big. Tengah belanja barang dapur. Beli utk 2 minggu punya makan. Saya berdua je. So xperlu belanja berlebihan. Kang masuk tong sampah aje.

Semua saya beli untuk sekali makan. Terutama sekali sayur. Sebab tak suka nak ulang- ulang sayur yang sama 2-3hari. Takut suami bosan.hehe

Kenapa saya boleh update blog dekat aeon big ni ye? Sebab saya tengah menunggu en suami habis solat. Hari ini kan hari jumaat. Saya minta en suami tinggal saya untuk berbelanja dan dia ke masjid.

Tapi malangnya saya belanja sekejap je. Hehe. Terpaksa la saya tunggu 1jam depan pintu aeon tengok orang lalu lalang.

Pagi ni saya banyak membaca pasal perniagaan dan selok beloknya dengan puan ainon dr PTS. Memang seronok pagi-pagi di motivasikan oleh ayat-ayat puan ainon. Saya macam nak buat bisnes lain selain shaklee. Tp sebab dah sayang shaklee saya simpan dulu cita-cita ni.

Boleh la juga simpan idea ni untuk masa depan. Antara perniagaan yang modal tak berapa membebankan tetapi lumayan dan kurang risiko:

1. Jualan telur ayam
- di edarkan ke gerai makan. Boleh mulakan dari gerai pertama dan lama kelamaan akan berjangkit, itu pun kalau servis yang di beri sangat tip top. Telur sangat penting untuk para peniaga. So memang ada potensi ;)

2. Tanaman serai
- suami saya kerja di pertanian. Saya tanya dia senang tak nak tanam serai? Suami kata senang. Lagipun binatang tak suke serai. Even "cadbury" - bahasa sopan zaman sekarang - pun tak suka serai. Senang jaga. Tanam dan tinggal ;). Pengusaha cakap serai ibarat bank. Kalau rasa tiada duit just tuai dan dapatkan modal. Menarik kan?

3. Berniaga buah potong
- depan saya ni sekarang memang ada orang jual buah potong. Tapi rasa macam tak sesuai la jual buah kat shopping complex. Tekak saya rasa basah je ni. So saya rasa boleh je nak jual buah potong. Tapi cari tempat lebih panas. Yang buat orang rasa nak basahkan tekak. Menurut puan ainon modal tak besar. Boleh dapat dalam 30-35k sebulan.

So ada sapa-sapa nak berniaga tapi tiada idea anda boleh pertimbangankan cadangan puan ainon ni. Memang sangat best baca fb dia. Tak kedekut ilmu.

Ok tu je eh celoteh hari ni. Walaupun ada setengah jam lagi menunggu cinta hati habis sembahyang. Moga bermanfaat

Huda 0176334570
hudakassim.blogspot.com
Fb : huda alif

#kadang-kadang kene berubah secara drastik dan konsisten utk berjaya

No comments:

Post a Comment